Bintang 1

683 33 2
                                    

"Mika bangun!" Jerit mama dari luar bilik.

Aku tak tahu kuasa apa mama guna tapi dengan satu jeritan je aku boleh bangun. Letaklah sepuluh jam loceng dalam bilik ni aku masih belum tentu terjaga. Aku merenung jam loceng di sebelah katilku, tepat pukul 6.30 pagi lalu aku menutup jam loceng yang bingit memecahkan suasana bilik yang sunyi itu.

Aku mencapai tuala untuk mandi dan menunaikan solat subuh selepas itu. Rutin pagiku seperti biasa, aku mengenakan seragam sekolah yang sudah aku "gosok" malam semalam. Rambut aku ikat menggunakan riben bewarna putih dan aku sembur sedikit minyak wangi kesukaan aku pada tubuh. Selesai itu, aku turun untuk sarapan dengan keluarga aku.

"Dari atas lagi dah bau. Apa menu pagi ni chef?" Tanya aku kepada mama setibanya di dapur.

"Nasi goreng special." Balas mama

"Eleh asyik menu kesukaan adik Ira je."

"Okay what. At least akak dapat makan." Celah adik lalu duduk di kerusi meja makan.

"Tengok tu, pasal makanan laju je. Boo."

"Eleh biarlah mama yang masak mestilah."

"Dah lah tu cepat makan. Siapa lambat kena tinggal." Tegur mama

"Baik boss." Jawabku.

Seperti biasa, ayah akan menghantar kami ke sekolah sebelum dia pergi kerja. Ayah akan menghantar di sekolah adik terlebih dahulu. Selepas itu baru sekolah aku. Nasib baik sekolah kami berdua berdekatan.

"Ayah, nanti Mika balik dengan Iqbal tau. Sebab kami dah janji nak singgah beli barang untuk hiasan kelas nanti."

"Nak ayah hantar?"

"No need. Susahkan ayah je. Lagipun kedai tu tak jauh sangat pun."

"Oh alright. Jangan balik lambat sangat nanti."

"Okay ayah, thanks"

Sampai sahaja di sekolah. Aku akan menjalankan tugas aku sebagai seorang pengawas. Hari ini aku diberi tugasan untuk menjaga pintu masuk pelajar. Aku paling suka kalau diberi tugas menjaga pintu masuk pelajar kerana aku boleh kenakan Iqbal kerana dia sering datang lambat ke sekolah. Oh ya sebelum itu. Iqbal kawan rapatku. Kemana-mana kami berkepit macam belangkas. Bahkan keluarga kami pun mengenali antara satu sama lain. Pernah juga kami dituduh seperti sepasang kekasih tetapi aku tak kisah pun apa orang kata sebab lama-lama orang akan diam juga.

"What! Lima minit je pun."

"Lambat still lambat. Your name please."

"Please kali ni je ni."

"No. You late!"

"Alright, alright tak payahlah marah."

"Mana ada marah tegas je."

"Apa-apalah cik pengawas."

"Good. Your name please."

"Akim Bin Zahin"

"Kelas?"

"4 Alpha"

"Eh kejap? Awak budak baru ke?"

"Haah. Kenapa?"

"Tak percaya betul lah. Today is your first day and you are late?"

"Tulah, saya tak sihat sikit hari ni that's why lambat sikit."

"Still bukan alasan untuk awak datang lambat ke sekolah."

"Ya I know. My mistake, sorry."

"It's okay. Dah sana beratur. Hari ni denda lari keliling padang bagi pelajar yang lambat."

Bintang MatiWhere stories live. Discover now