(25/9/2017)
Aku buka tingkap bilik. Pagi itu mendung. Awan berarak perlahan. Angin sejuk menyentuh kulitku. Macam tahu je perasaan aku hari ini. Langit jangan menangis hari ini. Tolong tabah walaupun kau tak tahan. Sama macam aku.
Selepas mandi, aku mengenakan baju kurung putih, selendang putih aku lilit dikepala. Aku calitkan sedikit gincu warna merah cair di bibir. Minyak wangi aku sembur sedikit dibadan. Aku kena cantik hari ni. Kali terakhir aku jumpa dia. Kau tunggu aku tau.
Sampai sahaja di sana. Ramai sangat orang,tak sangka ramai orang sayang kau. Aku masuk ke dalam rumah. Aku dah nampak kau. Aku duduk sebelah kau. Kau pun pakai kain putih bersih. Aku nampak kau senyum dekat aku. Tapi, kenapa kau tak buka mata, tengok lah aku. Tiga tahun lepas kau puji aku bila aku pakai macam ni kan. Kau kata aku nampak cantik dengan baju kurung putih dan selendang putih ni. Aku tahan nangis. Aku dah janji taknak nangis depan kau dah. Pagi tu aku iringi kau pergi sana. Baguslah semuanya dipermudahkan.
Kau dah selamat pun masuk dalam rumah baru kau. Rehat lah, rehat dekat sana puas-puas seperti kau kata kepada aku sebelum ini. Aku harap ini semua mimpi tapi ternyata realiti yang memedihkan. Tapi aku bersyukur dapat lihat senyuman kau untuk kali terakhir tempoh hari. Aku tak akan lupa senyuman itu. Terima kasih sebab dah jaga aku yang cuai ni dulu. Terima kasih sebab dah jadi kawan aku beberapa tahun ni dan kau tetap kawan aku sampai bila-bila Iq.
____
Selepas tamat sesi pengebumian Iqbal. Aku ikut umi Leha ke rumahnya. Aku nak tengok bilik Iqbal buat kali terakhir kerana aku sudah lama tak masuk biliknya sejak beberapa tahun yang lalu. Sampai sahaja di sana. Dengan langkah lemah menuju bilik Iqbal. Aku buka pintu bilik Iqbal. Wangi Iq bilik kau dan sangat bersih. Tak sangka pemalas kau tu still jaga kebersihan. Aku buka almarinya, sangat teratur. Aku tengok sudut meja belajarnya juga sangat kemas. Dinding di atas meja belajarnya ada banyak gambar dia dan rakan-rakannya tertampal pada dinding. Hanya terdapat satu gambar aku dengan dia sahaja di dalam bingkai kaca kecil diletakkan atas meja. Aku tersenyum. Banyak-banyak gambar kita ambil dulu masa kau hidup kau letak satu je. Ini pun masa aku tertidur di dalam bas.
Aku ingin keluar dari bilik itu tetapi mata aku tiba-tiba tertumpu pada satu kotak warna merah di atas almari. Aku nak ambil tapi tak sampai. Aku panjat kerusi. Aku cuba nak ambil lalu terjatuh kerana berat. Isi-isi dalam kotak semua terabur. Aku bangun, aku mengeluh. Kalau kau hidup sekarang mesti kau jadi penyelamat aku kan Iq. Tapi bagus juga, nanti kalau aku cuai jatuh macam ni mesti kau nak ketuk kepala aku kan, sakit tahu. Aku menoleh melihat isi-isi dalam kotak yang berselerek. Aku terdiam. Ketika itu mata aku berkaca. Aku dapat rasakan air hangat mengalir membasahi pipi. Dalam kotak itu, ada setiap gambar kami bersama dari kecik sampailah besar. Semua gambar ada tertulis nota di belakang gambar tersebut. Aku ambil satu gambar. Aku belek belakang gambar tersebut.
"28/4/2013: Aku dan Mika pergi ke taman bunga untuk pertama kali. Mika suka bunga matahari."
Lagi satu gambar aku ambil aku belek belakangnya.
"13/3/2017: Gula-gula yang Mika tinggalkan dekat taman sebab marah aku tak datang malam itu."
Iq tak sangka kau ambil gambar setiap momen kita bersama. Aku menangis teresak. Maaf Iq aku tak boleh kuat, aku rindu kau sangat-sangat.
YOU ARE READING
Bintang Mati
Ficção Adolescente"Tengok tu!" "Tengok apa?" "Bintang tu. Yang paling terang tu." Dia menunjuk ke arah bintang di langit. "Ha kenapa dengan bintang tu?" "Tu aku." "Kenapa tu kau pula?" "Dia terang sekarang, tapi suatu saat dia akan malap juga nanti." °°°°°°°°°°°°°°°°...