Bintang 10

221 27 0
                                    

|Iqbal|

"Tok-tok." Pintu diketuk.

"Ya?" Tanya Mika.

"Mika, cikgu suruh jaga gate belakang hari ni." Kata seorang pengawas.

"Okay, nanti aku turun." Balas Mika

Aku perhatikan Mika mengemas bukunya sebelum dia keluar dari kelas untuk menjalankan tugasnya. Aku ternampak dompet Mika jatuh dari poketnya semasa dia jalan. Aku hendak memanggil dia tetapi dia dah menghilangkan diri. Aku menghampiri dan ambil dompet tersebut lalu lari mengejar Mika untuk memberi dompet itu kepadanya semula. Aku tersenyum kerana sifat cuainya masih belum berubah. Aku melihat dia tekun meneliti nota tersebut sehingga tidak perasan kewujudan aku dibelakangnya , apabila menghampiri tangga, dia terpijak tali kasutnya sendiri. Tanpa banyak masa, aku menarik tangannya. Mujur sempat tapi sayangnya aku tidak dapat mengimbangi diri lalu tergolek jatuh bawah tangga. Ketika itu aku tidak mengingat apa-apa. Dunia menjadi gelap secara tiba-tiba. Aku sedar sahaja aku sudah berada di hospital. Aku menoleh pada cermin disisi, kepala aku berbalut. Aku taknak Mika rasa bersalah melihat aku. Aku memanggil dokor yang merawat aku.

"Dokor, doktor ada beritahu pasal itu kepada orang lain selain keluarga saya?" Tanya aku.

"Belum, kerana saya dimaklumkan untuk merahsiakannya."

"Baguslah. Macam mana dengan kesihatan saya? Adakah saya jatuh akan menjejaskannya?" Tanyaku lagi.

"Nanti saya bincang dengan kamu setelah kamu sembuh." Jelasnnya.

"Baiklah, hari ni saya taknak ada pelawat boleh? Kecuali ibu saya." Pinta aku.

"Baiklah, nanti saya maklumkan kepada mereka."

____

Sudah dua minggu Mika bersikap tidak mempedulikan aku sejak kejadian tempoh hari. Aku tak tahu kenapa dia bersikap seperti itu bahkan dia tidak melawat aku tempoh hari. Dia cuma memberi aku sedikit buah tangan beserta nota terima kasih dan maaf itu. Ada aku tanya dia tentang ini, tapi dia akan mengelak untuk jawab pertanyaanku. Ini membuatkan aku bertambah sedih atas sikapnya. Kerap juga aku tidak datang ke sekolah. Tetapi dia langsung tidak tanya mengenai itu. Tidak seperti biasa, jika aku tidak datang ke sekolah pasti dia akan tanya.

Termasuk hari ini, sudah sebulan Mika tidak menegur aku. Keadaan semakin memburuk. Jika aku rasa rindu dia, aku akan pergi ke taman pada waktu malam.

Malam ini, di taman, langit seakan tahu perasaan aku. Aku menoleh ke arah kanak-kanak yang sedang bermain basikal itu. Aku teringat memori hitam sewaktu aku bermain basikal dengan Mika di situ pada dua tahun lepas.

(Flashback)

"Iq! Tolong aku, break aku rosak." Jerit Mika.

"Mika ada kereta kat depan!" Balasku.

Ketika itu aku kayuh sepantas yang boleh, aku tolak Mika ketepi jalan. Kami terjatuh lalu tergolek di bahu jalan. Kepala aku terhentak dengan kuat pada bucu pembahagi jalan. Darah mengalir dengan sangat banyak. Lepas itu aku tak ingat apa-apa, dunia menjadi gelap. Sedar sahaja aku sudah berada di hospital.

Aku tak kisah aku pengsan sebab selamatkan Mika atau aku cedera disebakan dia. Memori buruk yang aku maksudkan ialah, aku disahkan menghidapi penyakit HIV. Ya penyakit tiada penawarnya. Semua ini dapat tahu semasa menjalankan pemeriksaan untuk kali kedua selepas kemalangan tempoh hari. Disebabkan aku kehilangan banyak darah, doktor terpaksa memasukkan darah dalam tubuhku. Ya darah dari seorang menghidapi darah HIV yang mengalir dalam tubuh aku ketika itu. Dunia aku seakan kelam ketika itu. Seperti mimpi. Aku harap ini semua mimpi. Aku kirakan ini hanya berlaku di dalam drama atau movie. Tapi realitinya, semua ini berlaku kepada aku. Kadang aku tertanya, kenapa berlaku terhadap aku. Kenapa aku. Selama sebulan aku kurungkan diri dalam bilik. Aku meminta untuk merahsiakan dari orang lain selain keluarga aku. Ya termasuk Mika, dia tidak tahu. Dia menyangka, aku marah dia ketika itu kerana cedera disebabkan dia. Tapi selepas dia bagi aku gula-gula perisa susu sebagai tanda maaf, ketika itu aku tersedar bahawa aku patut teruskan hidup seperti biasa dan luangkan masa aku bersama orang tersayang. Sehingga sekarang, dah dua tahun aku bertarung dengan penyakit yang perlahan-lahan memakan aku dalam diam ini. Dan aku masih bernafas lagi. Aku harap hari seterusnya juga seperti ini. Bintang jangan malap sekarang, bagi aku masa untuk terang di samping orang aku sayang.

Bintang MatiWhere stories live. Discover now