Flasback: (24/9/2017)
Dua hari berlalu. Sedang aku asyik menonton tv di ruang tamu pada malam itu. Telefon rumah berbunyi. Aku jerit suruh adik angkat kerana aku malas. Tapi sahutan aku tidak direspon. Dengan langkah longlai aku rajinkan juga angkat panggilan yang berdering.
"Hello." Suara umi Leha kedengaran."
"Ya umi?"
"Iq, Iqbal dah takda. Dia dah pergi."
"Tahu dia ada kata dia nak pergi bercuti. Tapi dia tak beritahu dekat mana. Dia pergi mana umi?"
Aku dengar umi menangis.
"Kenapa umi menangis, dia pergi kejap je umi tu pun dah rindu ke?" Tanyaku hairan cuba untuk bergurau.
"Iq dah meninggal, Mika. Dia ada kat hospital sekarang"
Aku terkedu. Aku melepaskan ganggang telefon rumah. Aku tak mampu nak kata apa-apa. Aku teringat kata- kata Iqbal dua hari lepas.
"Ya nak pergi jauh. Padan muka kau tak boleh jumpa aku dah."-Iqbal.
"Okay janji jangan nangis kalau aku pergi jauh nanti."-Iqbal.
"Mana lah tahu aku tiba-tiba suka tinggal sana. Malas nak balik." -Iqbal.
"Tak lama lagi dah. Mungkin dalam beberapa hari ni." -Iqbal.
"Tempat paling indah. Teka sendiri. Semua orang suka. Taklah, aku nak rehat-rehat je kat sana." -Iqbal
____
Aku dan sekeluarga tiba di hospital kira-kira pukul 10 malam. Aku masih tak menangis. Aku dah janji taknak nangis. Sampai sahaja aku peluk umi Leha.
"Umi, dia masih sedarkan. Umi bergurau je kan?" Tanyaku.
"Mika, terima takdir."
"Dua hari lepas dia okay je umi. Dia bahagia je tersenyum berborak dengan Mika. Please umi cakap ni bergurau je."
"Mika, Iq dah lama sakit. Tapi dia mintak rahsiakan dari sesiapa pun. Dia selama ni bertarung sorang-sorang. Umi pun tak dapat terima Mika, umi sayang dia sangat-sangat. Tapi dah ajal dia Mika. Kita kena redha."
"Tapi kenapa selama ni dia pendam sorang-sorang. Kenapa dia tak beritahu Mika. Mika kan kawan dia umi. Dia sakit apa umi."
"Dia cakap dia taknak buat Mika risau dan bersalah. Selama ni dia menderita, dia sakit HIV."
"Kenapa dia umi. Kenapa. Dia orang baik kenapa perlu dia dihukum macam ni."
"Mika, sedar Mika. Jangan ikutkan perasaan." Umi Leha memelukku
Aku tak mampu, aku terduduk. Aku rasa macam nak menangis sekuat yang mampu tapi aku tahan. Aku dah janji dengan dia.
Aku masuk dalam bilik wad di mana dia di tempatkan. Badan dia penuh dengan bekas merah-merah. Wayar penuh ditampal di badan dia. Aku masih tahan menangis. Iq kau terseksa selama ni. Kenapa kau pendam sorang-sorang. Aku ni ha kawan kau, dekat depan kau. Tengok aku dah janji kan taknak nangis. Aku kuat macam kau. Iq kau nampak sangat terseksa. Kenapa badan kau macam ni. Kenapa kau tak beritahu aku. Baru sahaja aku nak sentuh badan dia tiba-tiba aku teringat ayat dia seolah-olah dia bersuara menjerit pada aku.
"Jangan sentuh aku!" -Iqbal.
"Jangan sentuh aku. Darah aku kotor." -Iqbal
Maafkan aku Iq sebab jadi kawan tak berguna. Maafkan aku Iq.
YOU ARE READING
Bintang Mati
Teen Fiction"Tengok tu!" "Tengok apa?" "Bintang tu. Yang paling terang tu." Dia menunjuk ke arah bintang di langit. "Ha kenapa dengan bintang tu?" "Tu aku." "Kenapa tu kau pula?" "Dia terang sekarang, tapi suatu saat dia akan malap juga nanti." °°°°°°°°°°°°°°°°...