Sudah dua hari Iqbal tak datang sekolah. Aku ada tanya dia melalui "Whatsapp". Ya alasannya seperti biasa, malas katanya sebab lagi dua hari je sekolah sebab minggu depan dah cuti pertengahan tahun selama dua minggu. Kalau dia ada depan aku dah lama kepalanya aku ketuk. Dua minggu cuti tapi homework bagaikan cuti setahun. Kebiasannya macam itulah setiap kali musim cuti. Hari ni aku terpaksa berjalan kaki kerana ayah tidak dapat jemput aku, busy katanya. Aku nampak kelibat Akim melangkah keluar dari pagar sekolah. Aku mengekorinya.
"Ya?" Dia berhenti lalu menoleh aku di belakang.
"Hehe, sorry awak perasan eh saya ikut dari belakang?"
"Mestilah even awak tu kecik, tapi tapak kaki awak tu still berbunyi."
"Aik apa kena mengena kecik dengan tapak kaki?"
"Takda apalah. Kenapa ikut saya dari belakang."
"Boleh tak nak balik sama. Sebab depan tu ada jalan nak kena lin..." Belum sempat aku menghabiskan ayat, dia terlebih dulu memotong ayat aku.
"Ya tahu, jom lah. Ladies first"
"Alright."
Aku berjalan di depan dia. Aku rasa kekok ketika itu. Aku kena cari idea untuk memecahkan suasana sunyi itu. Aku berhenti lalu aku menoleh ke arah dia.
"Kenapa berhenti?" Tanyanya.
"Sebenarnya ada benda saya nak tanya dari hari tu lagi."
"Tanya apa?"
Kami berjalan beriringan pula.
"Masa first day awak masuk sekolah, awak pengsan kan?"
"Macam mana tahu?"
"Sebab saya tanya cikgu."
"Kenapa awak tanya?"
"Yela sebab saya tertanya-tanya. Awak datang ke sekolah tetapi tidak masuk ke kelas. That's why saya tanya cikgu."
"Oh I see. Haah saya pengsan masa tu. Terus balik lepas sedar."
"Kenapa awak tak beritahu cikgu yang awak sakit masa tu?"
"Sebab saya ingatkan saya boleh tahan. Akhirnya tumbang juga."
"Awak sakit apa masa tu?"
"Oh saya demam masa tu."
"Oh patut lah."
Suasana sunyi kembali.
"Cuti ni ada rancang nak pergi mana-mana?" Tanyanya memecahkan kesunyian.
"Setakat ni takda kot selain buat homework."
"Oh kalau macam tu, if ada masa free boleh lah kita pergi library. Kalau awak nak lah."
"Oh sure boleh je. Nanti awak tetapkan masanya dan awak hantar pesanan dekat saya."
"Tapi..."
"Tapi apa?"
"Macam mana nak hantar pesanan kepada awak, saya takda nombor telefon awak." Jelasnya.
"Oh lupa. Nah nombor telefon saya." Aku mengeluarkan pen dari poket lalu catat nombor tersebut di atas tapak tangannya.
"Baiklah"
_____
Lima hari sudah berlalu. Cuti tak macam cuti. Terperap dalam rumah. Aku masih menunggu pesanan dari Akim. Dia kata nak ajak aku pergi library hari tu. Tapi sampai sekarang tak muncul-muncul. Tiba-tiba aku teringat si Iqbal. Apa cerita budak ni. Dia merajuk dengan aku sebab taknak belanja dia gula-gula ke. Aku menghantar pesanan kepada dia melalu aplikasi "Whatsapp".
"Iq. Kau merajuk ke ni?"
Tapi tiada balasan dari Iqbal. Kalau Iqbal tak balas pesanan aku selama satu hari aku akan pergi ke rumahnya dengan bawa sebungkus besar gula-gula.
Pada malam itu, pesanan baru masuk. Aku sangka dari Akim malah pesanan dari Iqbal.
"Merajuk sebab apa? Sorry late. Telefon aku mati tadi." Balasnya
"Merajuk sebab aku taknak belanja kau gula-gula mungkin? Kenapa kau tak tegur aku dan ajak lepak. Biasanya kau selalu ajak lepak."
"Ya aku merajuk dengan kau sebab taknak belanja aku gula-gula."
"Seriuslah?"
"Takdalah. Aku ikut mak aku balik kampung hari tu. Lupa nak beritahu kau. Tahu lah signal sana macam mana. Wifi pun takda."
"Oh patut lah. Tapi setidaknya beritahu aku. Kau buat homework tak ni kat sana?"
"Haih, kau ni takda soalan lain ke? Tanyalah aku sihat ke tak, dah makan belum. Ni tak, tanya pasal homework."
"Alah soalan biasa-biasa sangat. Aku malas nak tanya."
"Hmm yela. Homework aku ada buat sikit. Selebihnya nanti aku sambung bila ada mood. Kau sihat tak ni?
"Sihat. Terlebih sihat lagi."
"Makan apa tadi?"
"Macam biasa, makan roti and my junk food."
"Agak dah. Kau patut jaga pemakanan kau. Jangan makan junk food je. Nanti senang sakitlah kalau tak jaga pemakanan."
"Tengok tu bebel lagi. Yalah esok aku makan sayur."
"Ni nasib kau takda depan aku, kalau tak dah lama aku ketuk. Pemakanan sihat bukan sayur je. Kena seimbang dengan yang lain juga."
"Janganlah bebel lagi."
"Nak care pasal kau pun tak boleh ke."
"Takdalah boleh je. Thanks anyway. Aku dah lah kebosanan ni. Esok keluar nak tengok movie?"
"Boleh juga. Aku pun dah ada kat rumah ni. Kau nak tengok movie dekat mana?
"City Mall macam mana?"
"Pukul berapa?"
"Lepas zuhur?"
"Okay cun."
"Esok jangan lambat, bye."
"Okay, jumpa esok."
Aku campak telefon bimbit ke atas tilam. Lalu pesanan baru masuk lagi, aku capai semula telefon bimbit tersebut. Tapi kali ini nombor yang tak dikenali.
"Hi Mika."
![](https://img.wattpad.com/cover/128379497-288-k497918.jpg)
YOU ARE READING
Bintang Mati
Teen Fiction"Tengok tu!" "Tengok apa?" "Bintang tu. Yang paling terang tu." Dia menunjuk ke arah bintang di langit. "Ha kenapa dengan bintang tu?" "Tu aku." "Kenapa tu kau pula?" "Dia terang sekarang, tapi suatu saat dia akan malap juga nanti." °°°°°°°°°°°°°°°°...