Bintang 5

242 25 0
                                    

|Iqbal|

Aku lihat pada dinding lagi satu minit sebelum masa yang dijanjikan untuk bertemu di taman dengan Mika. Tapi aku tak boleh keluar, aku tak tahu macam mana nak terangkan dengan dia. Aku ambil "phone" di tepi. Jari ligat mencari nombor telefon seseorang. Butang "call" ditekan.

"Salam, tolong aku boleh?"

Butang "End call" aku tekan. Selesai buat panggilan aku tertidur sekejap. Tak lama beberapa minit kemudian. Aku dengar pintu dibuka. Tandanya abang sudah balik. Mata aku buka kerana satu pesanan masuk. Aku membaca pesanan dari Mika. Dia nampak marah. Maknanya dia tengah berseorang di sana sekarang.

"Lagi sekali eh? Mana dia?" aku dengar suara abang bertanya kepada umi di dapur.

"Tu dia, tengah rehat kat ruang tamu."

"Lah kenapa tak masuk dalam bilik?"

"Sunyi katanya. Dia lebih suka tidur kat situ." Jelas ibu.

"Yela. Ha umi nanti nak jalan dekat laluan utama itu hati-hati tau. Takut tergelincir ada tumpahan minyak dekat atas jalan. Lagipun lampu situ rosak. Belum lagi dibaiki." Jelas abang kepada umi.

Sebaik sahaja ayat itu muncul dari mulut abang, terus aku bangun perlahan-lahan. "Sweater" yang disangkut di tepi pintu aku pakai.

"Iq keluar sekejap je. Jangan risau." Jelasku sebelum pintu aku tutup.

Aku gagahkan juga berlari sepantas yang mungkin. Aku ingatkan dia dah sampai temankan Mika di taman. Aku tak tahu kenapa dia lambat sangat sampai. Aku harap Mika tak tergelincir disebabkan tumpahan minyak tu.

Sampai sahaja di sana. Aku nampak Mika didukung oleh seseorang. Aku bersembunyi di balik tembok. Orang itu Akim. Aku rasa lega dia tak cedera teruk tapi hati ni rasa sakit.

"Kenapa aku rasa cemburu." Bisik hatiku.

____

Beberapa hari pun sudah berlalu. Cuti sekolah selama dua minggu sudah pun tamat. Sesi persekolah dijalankan seperti biasa. Sampai sekarang Mika masih tidak menghubungi aku. Dia masih marah mengenai tempoh hari. Salah aku juga sebab tak jelaskan kepada dia. Tapi bagaimana aku nak jelaskan kepada dia?

Didalam kelas pun Mika masih sama. Dia tak mahu pandang aku pun inikan menegur aku. Aku menghampiri meja Akim.

"Akim, ikut aku jap pergi tandas. Ada benda aku nak tanya."

Ada banyak persoalan bermain di fikiran aku. Aku kena juga dapatkan jawapan.

"Ha apa, tanya lah." Tanyanya tidak sabar.

"Tempoh hari, aku mintak tolong dengan kau untuk temankan Mika dekat taman, kenapa kau lambat datang?"

"Aku dah usaha nak datang awal. Tapi aku tak tahu taman tu dekat mana. Kau kena faham aku masih baru di taman perumahan tu."

"Hmm. Mika okay masa itu?"

"Dia okay, cuma kaki terseliuh sebab tergelincir. Jalan licin masa tu ada tumpahan minyak."

"Sekarang?"

"Dia dah okay kau sendiri boleh nampak dia boleh jalan."

"Baguslah."

Aku terdiam seketika sebelum menyambung pertanyaanku.

Kau suka dia ke?"

"Ya aku suka dia. Aku pun nak tanya kau suka dia ke?"

"Aku? Tak..."

"Baguslah. Dan lagi satu, tolong jauhkan diri kau dari dia."

"Kenapa pula!" Marah aku, lalu aku tarik baju sekolahnya. "Kau sepatutnya jauhkan diri dari dia, dia kawan aku!"

"Tapi aku dah official jadi boyfriend dia. Siapa sepatutnya jauhkan diri dari dia?" Senyumnya sinis.

Aku lepaskan dia. Hati aku bagai direnyuk menjadi serpihan.

"Korang dah "couple"?" Tanyaku.

"Ya. Dia pun suka aku dari mula kami kenal. Dan kau kena ingat kalau bukan sebab dia nak jumpa kau malam itu, dia tak akan tercedera malam itu. Itu ke namanya kawan?"

"Tapi aku ada sebablah bodoh, aku tak boleh datang sebab aku ada sebab sendiri."

"Takda benda dalam dunia ni tanpa sebab. She is happy right now without you. So ,just leave her alone." Katanya lalu beredar dari situ.

Aku terduduk. Rasa perasaan ketika itu lagi sakit dari dihimpap oleh batu besar. Tapi apa aku boleh buat, aku sayang dia atau tak, aku kena jauhkan perasaan itu. Tiba-tiba kepala aku rasa sangat sakit. Aku rasa dunia aku berputar. Aku ambil ubat tahan sakit di dalam poketku. Aku telan. Rasa sakit itu beransur hilang. Aku tertidur sekejap sebelum aku mengambil keputusan untuk balik ke rumah.

Bintang MatiWhere stories live. Discover now