Bintang 4

240 26 1
                                    

Aku mengenakan baju putih dan skirt panjang warna merah jambu pada pagi itu. Rambut aku lepas. Gincu warna merah cair aku calit pada bibir agar tidak nampak pucat dan aku semburlan sedikit minyak wangi pada badan. Beg aku galas, selesai. Aku turun ke bawah untuk makan seperti biasa sebelum keluar rumah.

"Dah siap?" Tanya ayah.

"Dah. Rasanya dah boleh gerak sekarang."

"Alright jom."

Sengaja aku suruh ayah hantar ke tempat yang hendak aku tuju sebab aku malas nak berjalan kaki ke sana kerana agak jauh. Lagipun kami dah berjanji bertemu di sana.

"Sure eh balik nanti ayah tak payah jemput?" Tanya ayah.

"Ya nanti Mika balik dengan kawan."

"Okay, tapi jangan balik lambat sangat."

"Okay ayah." Aku salam ayah sebelum keluar dari kereta.

____

Aku ambil keputusan untuk menunggunya di dalam kerana di luar panas.

"Mika!" Tegur seseorang dari belakang.

"Akim." Aku tersenyum melihat dia.

"Lama ke tunggu. Sorry lah lambat. Tadi saya hantar adik saya terlebih dahulu baru datang ke sini." Jelasnya

"Eh takdalah saya pun baru sampai ni. Oh yeke patutlah."

"Jomlah kita masuk. Banyak juga buku awak bawak, budak pandai nanti tolong ajar saya subjek sains eh." Guraunya.

____

Selesai kami belajar di library, kami singgah di kedai makan untuk mengisi perut. Sesudah itu dia menghantar aku balik ke rumah. Sepanjang aku dengan dia tadi aku rasa bahagia tapi dalam masa yang sama aku asyik fikir pasal Iqbal. Sebab aku dah berjanji dengan dia terlebih dahulu tetapi malam itu Akim hantar pesanan untuk mengajak aku pergi library. Aku dalam dilema ketika itu tetapi aku ambil keputusan untuk keluar dengan Akim. Jadi aku beli gula-gula kegemaran Iqbal tadi. Aku akan memujuk dia sebab tak jadi keluar dengan dia tadi.

"Iq.." Pesanan kepada Iqbal aku hantar melalui aplikasi "Whatsapp".

"Ya?" Tak lama itu dia membalas pesanan aku.

"Kau marah ke?"

"Marah sebab apa?"

"Yela aku yang ajak kau semalam tapi aku keluar dengan orang lain."

"Taklah. Kalau tu buat kau happy, aku okay je. Chill."

"Hmm..."

"Why?"

"Lepak jom esok malam kat taman? Aku ada benda nak bagi kau."

"Kali ni betul eh?"

"Ya aku janji."

"Okay jumpa esok."

____

Pada malam itu aku tunggu di taman sebab nak lepak dengam Iqbal. Aku membawa gula-gula kegemaran dia yang aku beli tempoh hari bersama aku. Aku hendak bagi dia gula-gula itu tanda mintak maaf sebab mungkir janji. Setengah jam juga aku tunggu dia, masih tidak muncul-muncul. Aku keluarkan "phone" aku dari poket untuk menghantar pesanan kepadanya.

"Iq kau kat mana? Lama ni aku tunggu kau"

Masih tiada lagi balasan. Aku mengambil keputusan untuk menunggunya lagi sepuluh minit, kalau masih tidak muncul aku akan balik ke rumah.

Sepuluh minit berlalu. Aku hantar pesanan kepada dia lagi.

"Aku kecewa dengan kau kalau kau nak balas dendam dengan aku sebab aku mungkir janji tempoh hari. Aku tinggalkan
gula-gula yang aku beli ni dekat sini. Kalau nak ambil kalau taknak biarkan saja. Aku balik dulu." Butang "send" dihantar dengan perasaan marah.

Aku berjalan menuju ke rumah dalam keadaan marah. Laluan untuk pulang ke rumah gelap kerana satu-satunya lampu yang menerangi jalan itu sudah rosak. Tanpa aku sedar, aku tergelincir ke atas jalan kerana ada tumpahan minyak atas jalan. Aku tidak perasan kerana jalan itu agak gelap. Aku cuba untuk bangun tetapi tak mampu kerana kaki aku terseliuh. Aku mengeluarkan "phone" aku untuk menghantar pesanan kepada Iqbal supaya tolong aku. Tapi aku lupa yang aku masih marah dengan dia. Nak tak nak aku terpaksa meminta bantuan adik aku walaupun dia akan mengadu dengan mama dan ayah dan aku tak akan dibenarkan keluar malam lagi. Belum sempat aku "call" adik ,ada suara penyapa dari belakang. Aku menoleh.

"Mika.."

Dia menggampiri aku lalu melutut di depan untuk melihat keadaan kaki aku.

"Terseliuh ni, nampak bengkak."

"Akim macam mana awak boleh ada kat sini?" Tanyaku hairan.

"Naik belakang saya. Saya dukung awak balik rumah." Suruhnya tanpa pedulikan soalan aku.





Bintang MatiWhere stories live. Discover now