Sudah Dua bulan aku tak bertegur dengan Iqbal. Selalu juga dia ponteng sekolah. Biasanya aku akan memarahinya dan dia akan datang ke sekolah ke esokkan harinya. Tapi aku sudah ambil keputusan untuk menjauhkan diri dari dia. Aku taknak dia masuk hospital bertarung nyawa disebabkan aku untuk kali ketiga. Cukup dua kali ini sahaja. Aku dah bahagia sekarang dengan hidp aku sebab ada Akim menemani aku. Aku harap dia bahagia juga, Aku tahu aku kejam. Sekurang-kurangnya aku patut beritahu dia sebabnya. Tapi ini untuk kebaikannya. Aku harap ini jalan terbaik yang aku ambil.
Aku buka almari baju untuk menggantungkan baju seragam sekolah yang sudah "digosok" tadi. Aku ternampak sweater kepunyaan Iqbal. Aku rasa rindu, selalunya malam seperti ini kami berdua akan lepak di taman. Sangkaan aku meleset, aku kira aku akan hidup dengan baik tanpa Iqbal. Tetapi aku rasa sangat sunyi. Bila melihat dia dalam kelas, aku rasa macam nak tegur dia seperti biasa tapi aku tak boleh. Aku tutup almari baju semula. Telefon bimbit berbunyi tanda pesanan masuk. Aku capai telefon bimbit yang terletak di atas katil. Pesanan tersebut aku buka. Pesanan dari Iqbal.
"Boleh tak nak jumpa malam ini di taman." Tanyanya
Aku tak membalas pesanan itu. Bunyi pesanan masuk lagi.
"Bagi aku kesempatan nak cakap dengan kau."
"Aku tahu kau benci aku dah, tapi kalau kau tak tak kisah, kali ni je."
"Please."
"Okay, jumpa sana." balasku
Aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya. Ya mungkin ini kali terakhir kami berborak dengan sangat lama sebagai kawan. Selepas ini, aku akan mintak dia untuk kami berdua saling tak mengenali antara satu sama lain walaupun kami satu kelas.
____
Sampai di taman, aku melihat dia sudah sampai. Ini kali pertama dia menepati waktu.
"Tengok aku sampai dulu. Mesti kau suka aku tepati waktu kan?" Guraunya lalu tersengih.
"Hmm." Aku cuba nak kelihatan layan dia acuh tak acuh.
"Kau sihat?" Tanyanya.
"Sihat. Kau?"
"Aku kalau dengan kau sentiasa sihat."
"Baguslah." Balasku.
"Nah." Dia menghulur gula-gula kesukaan dia.
"Thanks." Ucapku.
"Ingat tak dulu kau selalu marah kalau aku bagi kau gula-gula ni dekat kau. Padahal aku suka sangat gula-gula ni."
"Tahu tu." Balasku ringkas.
"Kau lupa eh sebab apa aku suka?"
"Ha?"
"Tak ada apa-apa. Banyaknya bintang hari ni." Katanya teruja sambil mendongak atas langit.
"Hmm, kau nak cakap apa jumpa aku sebenarnya ni?"
"Ha?"
"Cakaplah cepat." Pintaku, namun tiba-tiba telefon aku berdering. Nama Akim tertera pada skrin telefon. Aku lupa kebiasaannya masa begini Akim akan "call" aku. "Kejap" Aku meminta diri sebentar.
"Boleh tak sekejap je fokus dekat aku, please." Pintanya
"Okay." Aku tutup telefon atas permintaan Iqbal. Aku tak sanggup tengok mata dia semasa dia kata macam itu tadi.
"Thanks." Ucapnya.
"Cakaplah."
"Kenapa dua bulan ni kau mengelak dari aku." Tanyaku.
"Sebab aku busy."
"Tapi selama ni kau busy, tapi masih boleh tegur aku macam biasa."
Aku hanya mampu diam.
"Sebab kau dah ada Akim kan?"
"Tak!" Nafi aku.
"Habis tu."
"Sebab takda sebab."
"Ya itu jawapan lebih elok kau guna."
"Kenapa?" Tanyaku.
"Mungkin aku akan kecewa kalau kau kata kau jauhkan diri dari aku sebab kau dah ada Akim sekarang."
"Kau kenapa nak kecewa?"
"Aku patut tanya kau kenapa. Tak, aku patut tanya kau dekat mana sekarang. Aku dekat depan kau sekarang ni. Tapi kau, kemana? Setiap kali aku dengan kau, kau tak pernah nak fokus dekat aku. Kau tak pernah nak ambil kisah pasal aku. At least kau tanyalah aku sihat ke tak, dah makan ke belum. Kau tak pernah tahu pun aku suka apa. Ni gula-gula ni, kenapa aku suka gula-gula ni. Kenapa aku suka tengok bintang. Kenapa aku selalu care pasal kau. Ada kau tanya?" Luahnya, namun tiba-tiba dia menghentakkan tangan dia pada palang besi kerana dia marah.
"Iq! Ni bukan kau langsung, sumpah bukan kau. Kau biasanya tak macam ni. Tangan kau berdarah lah bodoh." Marah aku semula.
"Ya, aku memang bodoh! Kau puas?"
"Iq please behave, tangan kau berdarah." Aku cuba untuk pegang tangan dia namum dia tepis.
"Jangan pegang aku. Darah aku kotor!." Marahnya lalu menepis tangan aku.
"Sebab inilah aku taknak dekatkan diri dengan kau lagi. Setiap kali kau dengan aku, kau pasti tercedera. You are so stupid!"
"Kau ingat kau jauhkan diri dari aku, boleh buat aku selamat dan hidup lama?"
"I'm done. I'm so done right now with you. Kau buatlah Apa kau nak, aku tak kisah dah even kau mati sekali pun. Kita bukan kawan lagi mulai dari saat ini." Marah aku lalu beredar meniggalkan dia keseorangan.
YOU ARE READING
Bintang Mati
Teen Fiction"Tengok tu!" "Tengok apa?" "Bintang tu. Yang paling terang tu." Dia menunjuk ke arah bintang di langit. "Ha kenapa dengan bintang tu?" "Tu aku." "Kenapa tu kau pula?" "Dia terang sekarang, tapi suatu saat dia akan malap juga nanti." °°°°°°°°°°°°°°°°...