"Mika!" Jerit mama dari bawah memanggil aku.
"Ya!" Balas aku.
"Turun kejap."
Dengan rasa malasnya aku gagahkan diri turun ke bawah.
"Ha ni dia. Hantarkan makanan ni kat umi Leha tolong. Mama busy ni." Pinta mama.
"Alah mama, jauhlah rumah umi Leha."
"Apa yang jauh. Naik motor pun boleh apa. Jangan banyak alasan. Hantarkan tolong."
Aku bukan malas untuk menghantar makanan itu kepada umi Leha. Tapi aku takut keadaan menjadi kekok kalau terserempak dengan Iqbal. Nak tak nak aku terpaksa jugak mengantar ke rumah umi Leha.
____
"Assalamuaalaikum." Aku memberi salam sebelum masuk.
"Waalaikumusalam. Ini pun si Mika ni lama tak datang rumah umi dah. Merajuk lah macam ni."
"Ala umi janganlah macam ni. Sebenarnya kan Mika gaduh dengan Iqbal." Bisik aku untuk mengadu.
"Kenapa boleh gaduh pulak?" Tanya umi
"Panjanglah kisahnya. Ni ha mama suruh hantar makanan ni"
"Wah sedapnya. Ni mama masak Mika ada tolong tak?"
"Ada, tolong rasa, hehe."
"Apalah tolong rasa umi pun boleh."
"Mika balik dulu lah umi."
"Eh cepatnya nak balik, duduk lah dulu."
"Nak buat homework lah umi"
"Eleh nak elak dari jumpa Iqbal lah tu kan."
"Mana adalah."
"Ha sebelum balik tu. Bawak kerepek dari kampung umi beli tempoh hari. Lupa nak bagi hari tu. Mika ambil dalam kabinet dapur tu. Umi nak solat jap. Nanti balik jangan lupa tutup pintu tau."
"Baiklah."
Aku masuk ruangan dapur. Aku buka kabinet atas yang selalu umi Leha letak bungkusan makanan. Aku tak tahu pula kabinet itu penuh dengan bungkusan makanan. Nasib aku tak baik kerana sudah pasti bungkusan-bungkusan itu akan jatuh atas kepala aku. Aku tutup mata kerana tidak mahu melihat bungkusan-bungkusan itu jatuh atas kepala aku. Tapi pelik bunyi bungkusan makanan jatuh tapi bukan jatuh atas aku. Aku buka mata, rupanya Iqbal yang menahan dengan tangannya daripada bungkusan itu jatuh atas kepala aku. Aku tak tahu dari mana dia datang.
"Diri kau dan cuai tak pernah berpisah." Tegurnya.
"Tengok salah aku lagi. Mana aku tahu dalam tu banyak bungkusan makanan."
"Sebab itu kau kena hati-hati. Jangan sambil lewa je. Tak sepanjang masa ada orang boleh lindungkan kau.
"Tak masalahnya..."Kata-kata aku terhenti kerana aku nampak darah pada tangan dia.
"Apa?"
"Tangan kau."
"Jangan sentuh!." Jeritnya lalu menepis tangan aku.
____
Aku naik atas, aku ketuk pintu umi.
"Umi..."
"Ya Mika, eh tak balik lagi?"
"Ubat luka ada tak?"
"Kenapa, siapa terluka?"
"Iqbal..."
"Ya Allah! Biar umi yang ubatkan."
Aku menceritakan semuanya dari awal. Umi Leha nampak lega sikit berbanding tadi nampak sangat risau padahal luka sikit je.
YOU ARE READING
Bintang Mati
Teen Fiction"Tengok tu!" "Tengok apa?" "Bintang tu. Yang paling terang tu." Dia menunjuk ke arah bintang di langit. "Ha kenapa dengan bintang tu?" "Tu aku." "Kenapa tu kau pula?" "Dia terang sekarang, tapi suatu saat dia akan malap juga nanti." °°°°°°°°°°°°°°°°...