Bintang 2

364 27 0
                                    

"Kau okay tak ni?" Tanya Iqbal kepada aku.

"Okay je, luka sikit ni."

"Asal boleh jadi macam ni. Cuba cerita sikit."

"Tadi aku jalan kaki pergi sekolah, aku dengar lagu. Masa nak melintas tu ada kereta datang dari arah tepi. Tapi nasib baik ada orang selamatkan aku."

"Tok!" Bunyi ketukan dikepala aku.

"Itulah kau, aku dah kata jangan dengar lagu masa melintas. Banyak kali dah." Marah Iqbal.

"Iq! Sakit lah bongok."

"Kaulah buat aku risau je. Nasib luka sikit je. Siapa yang tolong kau tu?"

"Yela lain kali tak dengar lagu dah masa melintas. Adalah sibuk je nak tahu."

"Fine, aku tak nak tahu. Asalkan kau selamat."

____

Aku masih masuk kelas seperti biasa walaupun kemalangan kecil telah berlaku pagi tadi. Aku menoleh dia yang sedang mendengar lagu dengan mata terpejam. Aku tak tahu apa kena dengan perasaan ini tapi aku rasa sesuatu dalam hati ni bila melihat dia terutamanya matanya. Tanpa aku sedar, dia buka matanya melihat aku. Mungkin dia dapat rasa ada seseorang sedang memerhatikan dia. Cepat-cepat aku alihkan pandangan aku.

"Kau balik dengan siapa hari ni?" Tegur Iqbal ntah dari mana dia muncul.

"Jalan kaki. Ayah aku tak boleh jemput hari ni , dia busy."

"Ha eloklah tu, balik dengan aku hari ni. Kang ada yang kena langgar lagi."

"Aik, bukan umi jemput kau ke?"

"Taklah, aku jalan kaki hari ni dengan kau"

"Alright"

____

Masa berjalan dengan sangat pantas. Aku melihat tangan yang cedera itu. Kenapa tangan kanan, susah aku nak lakukan aktiviti harian aku. Hari ni, aku berjalan kaki lagi. Oleh disebabkan kejadian semalam aku tak dengar mp3 lagi. Sampai sahaja di lampu isyarat semalam. Aku rasa takut nak melintas. Lampu isyarat sudah menunjukkan lampu hijau tapi aku masih kaku di situ. Tiba-tiba seseorang menarik tangan aku untuk memimpin aku melintas jalan. Macam budak kecil aku rasa. Aku menoleh.

"Thanks again." Kataku

"No problem, lain kali kalau takut nak melintas. Naik jejantas. Jauh sikitlah but lebih selamatkan." Katanya lalu dia berjalan meninggalkan aku di belakang.

Aku tengok tangan dia ada bekas luka. Mungkin ni terseret semalam. Mika kau dah buat orang tercedera.

"Budak baru." Panggil aku.

Dia tak menoleh bahkan tidak menyahut panggilan aku.

"Akim.."

"Ya saya." Dia menoleh.

"Erk."

"Apa dia? Ha kan bagus panggil nama."

"Luka tu. Sebab semalam ke?"

"Ya, but it's okay sikit je ni."

"Sorry sangat-sangat"

"Takpalah yang penting takda melibatkan nyawa right?"

"Okay. Anyway thanks."

"You're welcome."

____

Aku rasa gembira hari ni. Aku sendiri tak tahu. Perasaan ni lain macam yang sukar untuk diterjemah.

"Cik kak jangan mengelamun. Ramai lagi orang tengah beratur ni nak beli makanan" Tegur Iqbal dari belakang.

"Eh. Makcik mee goreng ni satu dengan air susu satu." Aku memesan makanan dan bayar lalu tunggu di tepi sehingga makanan aku siap sedia untuk diambil. Lalu makanan aku diambil oleh seseorang.

Bintang MatiWhere stories live. Discover now