Kali terakhir aku jumpa dengan Iqbal 3 bulan lepas semasa aku marah meninggalkan dia di taman tempoh hari. Dia pun dah berhenti sekolah. Aku tertanya-tanya juga tapi ego aku makin tinggi sejak peristiwa tempoh hari.
Petang itu, mama mengajak aku ke rumah umi Leha. Saja nak melawat katanya sebab sudah lama mama tidak kesana. Aku tak tahu kenapa mama nak heret aku juga kesana. Dengan terpaksa aku pergi juga ke rumah Umi Leha.
"Assalamualaikum." Serentak aku dan mama beri salam.
"Walaikumusalam." Umi Leha membalas salam kami. "Eh Fatimah, lama kau tak kemari." Tanya umi Leha kepada mama.
"Sibuk sikit beberapa hari ni Leha. Ni baru teringat hendak kemari."
"Oh patutlah. Ni baru nampak batang hidung si Mika ni. Dia pun lama tak datang kemari." Tanya umi Leha.
"Hehe, busy juga umi." Senggihku
"Mana Iqbal Leha." Tanya mama.
"Dia ada kat atas tu, tengah rehat."
"Kenapa dia sakit ke?"
"Haah, kepenatan sikit."
"Boleh aku jengguk dia?"
"Eh tak usah lah Timah, dia taknak diganggu katanya. Kejap lagi dia turun tu bila dah bangun." Jelas umi Leha.
"Umi."
"Ya Mika."
"Iqbal sekolah dekat mana sekarang?"
"Dia tak beritahu Mika ke?"
"Tak pun."
"Dia home schooling sekarang. Dia kata malas pergi sekolah lagi."
"Oh begitu."
Mama dan umi Leha rancak berbual di dapur. Aku hanya menonton tv di ruang tamu. Lama juga Iqbal tidur di atas. Aku tertanya kenapa dia nak belajar di rumah berbanding di sekolah. Dia ambil keputusan untuk berhenti sekolah sebab nak mengelak dari jumpa aku ke.
Tak lama kemudian, aku dengar tapak kaki turun tangga. Iqbal pandang aku dengan pandangan kosong lalu dia pergi ke dapur, dia menyalam mama setibanya di dapur kemudian menuang air kerana kehausan mungkin. Sebelum naik semula ke atas, dia ada bisik sesuatu kepada umi Leha. Muka dia nampak pucat.
Aku dan mama meminta diri untuk pulang. Tiba di rumah, aku masih teringat lagi muka pucat dia. Dia sakit sangat ke sampai pucat macam tu. Telefon bimbitku berbunyi tanda ada panggilan masuk. Aku lihat nama yang tertera pada skrin telefon dan buat aku tersenyum lupa tentang Iqbal tadi.
"Hello." Suaranya kedengaran.
"Hello Akim." Balasku.
YOU ARE READING
Bintang Mati
Fiksi Remaja"Tengok tu!" "Tengok apa?" "Bintang tu. Yang paling terang tu." Dia menunjuk ke arah bintang di langit. "Ha kenapa dengan bintang tu?" "Tu aku." "Kenapa tu kau pula?" "Dia terang sekarang, tapi suatu saat dia akan malap juga nanti." °°°°°°°°°°°°°°°°...