Flashback: (22/9/2017)
Malam itu aku dapat panggilan dari Iqbal. Aku terkejut. Panggilan pertama dan kedua aku tak angkat. Masuk panggilan ketiga aku angkat. Aku dapat dengar suara dia yang lemah ketika itu.
"Mika." Suaranya kedengaran.
"Hmm." Balasku
"Malam ni, jumpa nak kat taman. Please ni permintaan terakhir aku."
"Kenapa kau nak jumpa aku."
"Please, kali ni sahaja."
Malam itu aku berjanji nak jumpa dia di taman seperti biasa. Dari jauh aku dapat lihat dia dengan sweater tebal dan memakai sarung tangan beserta topi.
"Iq." Tegurku.
"See, aku boleh je datang awal. Just selama ni aku malas je." Katanya sambil gelak.
"Kau sakit ke, kenapa pakai macam ni?"
"Haah, demam sikit. Tiba-tiba rindu nak borak dengan kau. Tu yang aku call kau." Balasnya.
"Nah." Dia menghulur coklat kesukaan aku.
"Tak pernah-pernah coklat?"
"Sebab kau suka coklat tu kan. Tiba-tiba aku teringin nak makan makanan kau suka pula." Jelasnya.
"Oh. Sorry pasal hari tu. Aku cuma marah ikutkan perasaan je. Tapi aku tak pernah bermaksud pun apa aku kata."
"Dah lah tu, dah lama pun. Aku pun nak minta maaf segalanya aku pernah buat dengan kau. Perangai pemalas aku. Perangai menjengkelkan. Selalu ketuk kepala kau. Selalu lambat."
"Sejujurnya aku tak pernah kisah pun dengan semua tu. Aku rasa happy dan selesa even aku selalu marah kau. Sorry."
"Tapi aku paling suka kau marah aku, sebab aku dapat rasa kau care pasal aku."
"Hahaha pelik lah kau ni. Mana ada orang suka kena marah."
"Well, aku lain sebab aku handsome."
"Apa kena mengena?"
"Takda sangat pun. Tapi boleh tak lepas ni aku nak mintak tolong?"
"Tolong apa?"
"Tolong jangan cuai sangat."
"Tengok tu tak habis kata aku cuai."
"Yalah, aku bukan pun selalu boleh ada dekat sisi kau untuk selamatkan kau. Lepas ni siapa tahu aku tak boleh jadi hero kau dah. Ingat, lepas ni kau cuai lagi aku ketuk kepala kau." Katanya.
"Kenapa pulak?" Tanyaku hairan.
"Sebab bintang tu dah nak malap." Jawabnya sambil gelak.
"Ya perangai kau memang sama dari dulu. Suka cakap benda yang takda kaitan. Seriuslah sikit"
"Memang pun. Aku seriuslah ni. Tapi kalau rindu aku tengoklah bintang tu."
"Tengok bintang? Ntah-ntah kau..."
"Ntah-ntah aku?"
"Ntah-ntah kau nak pergi luar negara ke lepas ni?"
"Ya nak pergi jauh. Padan muka kau tak boleh jumpa aku dah."
"Eleh tak kisah pun."
"Serius? Tak kisah?."
"Ya."
"Okay janji jangan nangis kalau aku pergi jauh nanti."
"Ya janji. Alah macam tak boleh jumpa dah lepas tu."
"Manalah tahu aku tiba-tiba suka tinggal sana. Malas nak balik."
"Tak akan punya kau akan balik sebab rindu aku. Tapi serius lah ni kau nak pergi luar negara?"
"Ya, jauh gila. Kau tak boleh ikut."
"Jangan lupa aku dekat sana nanti. Ingat muka comel ni."
"Ish." Dia mencubit pipi aku.
"Sakitlah!"
"Padan muka, siapa suruh comel sangat."
"Hahaha puji ke perli?"
"Dua-dua."
"Boleh pulak?"
"Mika..."
"Ya?"
"Lepas ni nak lintas jalan hati-hati, jangan dengar lagu masa melintas. Tali kasut pastikan sentiasa ikat, kalau panjang sangat potong. Makan makanan yang sihat, jangan makan junk food je. Kalau tak sihat jangan paksa diri. Jangan terlampau disiplin sangat. Enjoy your life. Ni tak orang lambat sikit marah. Turun tangga berhati-hati. Jangan buat kerja lain semasa jalan, pandang depan masa berjalan. And please be happy and jangan bagi orang sakitkan hati kau. Okay dah."
"Wow panjangnya. Ni nasihat ke membebel."
"Dua-dua pun boleh hahahah." Gelaknya.
"Baiklah boss. Nanti balik jangan lupa bawak hadiah tau untuk aku.
"Tak janji."
"Kedekut."
"Biarlah."
"Tapi kau nak pergi mana? Bercuti ke belajar sana?"
"Tempat paling indah. Teka sendiri. Semua orang suka. Taklah, aku nak rehat-rehat je kat sana."
"Oh bila tu?" Tanyaku.
"Tak lama lagi dah. Mungkin dalam beberapa hari ni." Jawabnya.
"Oh, umi ikut?"
"Tak, mana boleh dia ikut. Aku sorang je. Dan lagi satu, kaulah kawan dunia akhirat aku. Aku sayang kau sangat-sangat.
"Aku pun sayang kau juga. I will miss you soon. Janji tau nanti balik semula dekat sini."
"Tak janji." Katanyanya sambil tersenyum.
YOU ARE READING
Bintang Mati
Teen Fiction"Tengok tu!" "Tengok apa?" "Bintang tu. Yang paling terang tu." Dia menunjuk ke arah bintang di langit. "Ha kenapa dengan bintang tu?" "Tu aku." "Kenapa tu kau pula?" "Dia terang sekarang, tapi suatu saat dia akan malap juga nanti." °°°°°°°°°°°°°°°°...