Bintang 9

215 25 0
                                    

"Ma mana kasut sekolah Mika?" Tanyaku.

"Kan semalam basah kena hujan." Balas mama.

"Oh lupa."

"Pakai lah kasut lagi satu tu."

"Ala kasut tu tali dia panjang sangat. Asyik terbuka je ikatannya."

"Untuk satu hari je apa salahnya."

"Haih, baiklah."

Sesudah memakai kasut, aku salam mama sebelum berangkat ke sekolah. Sampai sahaja di dalam kelas aku meletakkan beg di tempatku lalu membersihkan papan putih yang barangkali kelas sesi petang terlupa hendak membersihkannya sebelum tamat kelas. Lalu pintu diketuk, Akim yang baru sahaja sampai di kelas menghampiri aku.

"Good morning." Ucapnya dengan menghadiahkan senyuman manis kepadaku.

"Good morning." Ucapku lalu membalas senyumannya.

"Awal hari ni?" Tanyanya.

"Sebab saya bertugas hari ni."

"Oh patutlah, alright nak letak beg jap." Dia berlalu hendak letak beg tetapi dia patah balik kembali menghadap aku.

"Kenapa?" Tanyaku hairan.

"Kenapa tak ikat tali kasut?" Tanyanya lalu tunduk mengikat tali kasut aku yang terbuka ikatannya.

"Oh terbuka tadi, sebab tali dia panjang sangat."

"Bahaya lah nanti boleh jatuh kalau terpijak." Katanya. "Okay siap" sambungnya lalu berdiri semula.

"Thanks."

"No problem." Dia kenyit mata kepada aku lalu beredar di tempat duduknya untuk meletakkan beg.

Pipi aku mula merah selepas dia buat macam itu. Tak lama itu, pintu kelas diketuk dan tersembul muka Iqbal yang mengantuk sambil menguap akibat masih tidak cukup tidur. Aku perhatikan dia dengan pandangan maut.

"What?" Tanyanya.

"Datang sekolah je mengantuk."

"Sesungguhnya pagi-pagi macam ini untuk tidur bukan belajar."

"Tok." Satu ketukkan dikepalanya aku beri.

"Sakitlah!" Berangnya sambil menggosok kepala yang sakit.

"Dah sedar sleeping ugly?"

"Kau ni tak boleh tengok aku senang."

"Apa nak gaduh ke?"

"Ajak gaduh pulak, aku jentik je dah nangis."

"Akim, tengok ni Iqbal."

"Sikit mengadu."

"Biarlah.' Balasku.

"Haih, korang dua ni pantang berjumpa." Kata Akim.

"Jealous lah tu." Balas Iqbal.

"What? Kenapa pulak aku nak jealous." Berang Akim.

"Dah-dah, jangan gaduh pagi-pagi ni."

"No way!" Kata mereka berdua serentak.

"Tok-tok." Pintu diketuk.

"Ya?" Tanyaku.

"Mika, cikgu suruh jaga pagar belakang hari ni." Kata seorang pengawas.

"Okay, nanti aku turun."

____

Fuh nasib baik ada orang datang tadi kalau tak pasti mereka berdua sambung gaduh. Aku mengeluarkan buku nota kecil untuk mencatat nama dari poket. Leka aku meneliti nota tersebut, tanpa aku sedar aku terpijak tali kasut yang terbuka ikatannya berhampiran tangga. Kali ini aku pasti akan tergolek jatuh ke bawah tangga. Sangkaan aku meleset kerana ada seseorang menarik tangan aku sepantas kilat ke belakang tetapi dia tak dapat mengimbangkan dirinya lalu jatuh tergolek ke bawah tangga. Kejadian itu sangat pantas sehingga tidak dapat hadam oleh otak.

"Iqbal!" Aku menjerit kerana terkejut.

____

Aku menunggu Iqbal untuk sedar di ruang menunggu. Mujur dia tidak cedera teruk cuma kepalanya luka sedikit akibat terhentak. Aku tak habis-habis mintak maaf dekat umi Leha atas kecuaian aku. Aku tahan dari menangis. Sejujurnya aku rasa sangat bersalah walaupun umi Leha tidak memarahi aku bahkan dia memujuk aku supaya jangan terlampau salahkan diri sendiri. Doktor yang merawat Iqbal keluar dari pintu.

"Iqbal dah sedar, dia kata dia taknak ada pelawat hari ini kecuali ibunya." Jelas doktor itu.

"Saya macam mana doktor? Kawan dia?" Tanyaku.

"Mungkin esok awak boleh datang semula. Dia masih lemah dan terkejut sekarang jadi dia taknak diganggu." Jelasnya lagi.

"Baiklah."

____

Aku melangkah lemah keluar dari hospital. Aku nampak Akim yang baru tiba di luar hospital.

"Keadaan Iqbal macam mana sekarang?" Tanyanya.

"Dah sedar." Jawab aku lemah.

"Takpa, don't blame yourself too much." Katanya lalu memelukku.

"Why, why this always happens to him." Akhirnya air mata aku jatuh ke pipi.

"Please don't cry." Dia melepaskan pelukkan lalu mengelap air mata aku di pipi.

"How? Dia terbaring kat dalam tu disebabkan saya and should I be happy right now?"

"Tak, maksud saya jangan rasa bersalah sangat. Saya pasti dia pun tak marah awak, kalau tak buat apa dia selamatkan awak. Lagipun dia dah sedarkan."

"But he don't want to see me."

"Maybe dia perlukan rehat."

"Maybe saya patut jauhkan diri dari dia lepas ni."

____

Keesokkan harinya, semasa aku melawat dia, dia sedang nyenyak tidur. Aku perhatikan kepalanya berbalut. Aku menjadi sangat bersalah. Aku letak buah tangan yang aku bawa dan berserta nota terselit yang bertulis "Aku mintak maaf sebab buat kau cedera dan terima kasih sebab selamatkan aku" di sisi meja.Aku sudah mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari dia. Selama ni bila dia sentiasa di sisi aku, dia selalu cedera. Dari dulu lagi. Aku sayang dia dan aku taknak dia sakit disebabkan aku lagi. Aku tak melawat dia semasa dia sedar. Mungkin ini jalan yang terbaik untuk dia.




Bintang MatiWhere stories live. Discover now