Bintang 7

228 23 1
                                    

Pagi ni aku pergi ke sekolah dengan Iqbal. Dah janji dengan dia semalam untuk pergi sekolah dengan dia kerana umi Leha tak boleh hantar dia ke sekolah.

"Lambat enam minit" kataku.

"Eleh enam minit je pun." Balasnya.

"Kejap, sebenarnya dah lama aku nak tanya, kenapa kau suka pakai sweater ni. Nampak selekeh lah."

"Aku sejuklah. Nanti sampai sekolah aku buka lah sweater ni."

"Okay apa-apa jalah. Jom nanti lambat."

Kami jalan beriringan sambil berborak menuju ke sekolah. Aku terhenti apabila mendengar seseorang memanggil nama aku. Aku menoleh, ternyata orang itu ialah Akim. Dia senyum kepada aku lalu menghampiri aku.

"Nak join sekali." Pintanya.

"Eh jom lah."

"Spoil je." Kata Iqbal dengan suara perlahan tetapi aku masih boleh mendengar apa dia kata.

"Iq, jangan buat hal." Bisik aku kepadanya.

"Jom Akim. Iqbal boleh jalan sorang-sorang."

"What? Kau janji dengan aku nak jalan sama tadikan." Marahnya.

"Eleh taknak." Kataku lalu menjelir lidah kepadanya.

"Okay fine." Balasnya.

____

Aku tak tahu kenapa sejak pagi tadi lagi perut aku rasa tak selesa. Rasa sakit sangat sampai lah sekarang. Nak fokus dalam kelas pun susah. Sakit, tapi aku masih mampu tahan sebab nanti tertinggal pelajaran. Bunyi jam loceng masuk waktu rehat buat aku rasa lega. Boleh aku rehat sebentar di bilik sakit. Aku mengemas buku-buku lalu bangun dari kerusi. Baru sahaja hendak melangkah keluar kelas ada seseorang tarik tangan aku menghadapnya. Kemudian dia mengikat sweater pada pinggang aku untuk menutupi bahagian belakang aku.

"Kenapa ni tiba-tiba?" Tanyaku terkedu kerana muka aku dan dia begitu hampir. Jantung aku rasa sesuatu bila melihat anak matanya.

"Ada kesan darah kat belakang." Balas Iqbal menunduk malu.

"Serius?"

"Ya buat apa aku nak tipu."

"Okay aku pergi tandas dulu."

Aku masuk ke dalam tandas dengan terburu-buru. Aku melihat belakang aku ada kesan darah sedikit. Tetapi nasib baik ada sweater ini menutupinya. Aku ketuk kepala sendiri kerana lupa membeli pembalut wanita di koperasi. Aku keluar semula untuk pergi koperasi tetapi dihalang seseorang.

"Nah." Iqbal menghulur pembalut wanita dan ubat tahan sakit serta air mineral.

"Weh kau tahu-tahu je"

"Lain kali dah tahu sakit tak payah paksa diri datang sekolah." Pesannya lalu menolak dahi aku menggunakan jari telunjuknya.

"Sakit lah!"

"Padan muka."

"Thanks."

"Patut thanks dekat sweater aku yang selekeh tu. Buat apa yang patut dan makan ubat tahan sakit tu. Kalau tak tahan rasanya dah boleh balik rumah kot. Jumpa esok." Katanya lalu meninggalkan aku terpinga-pinga di depan tandas.

Aku meminta kebenaran untuk pulang ke rumah oleh disebabkan perut aku yang sakit. Tiba sahaja di rumah. Aku membersihkan diri lalu makan sedikit bubur yang dimasak oleh mama untuk mengalas perut. Ubat yang diberi oleh Iqbal aku makan, kemudian terlelap beberapa minit kemudian.

Kira-kira dalam pukul 2 aku terbangun kerana mendengar pesanan dari telefon bimbitku masuk. Telefon bimbit aku capai, lalu membuka pesanan itu. Pesanan dari Akim menanyakan keadaan aku.

"Dah okay dah. Ni baru bangun dari tidur." Balasku.

Tak lama beberapa saat kemudian panggilan dari Akim masuk. Butang "accept" aku tekan.

"Hello." Suara Akim kedengaran.

"Hello." Balasku.

"Kenapa tadi? Kenapa balik. Tak sihat ke?" Tanyanya kerisauan.

"Ya." Aku diam sebentar. "Ehem, masalah perempuan." Jelasku.

"Oh, saya faham. Sekarang dah okay ke?"

"Dah."

"Kenapa tak beritahu saya tadi dalam kelas?"

"Saya lupa. Masa tu dah sakit sangat."

"Saya risau tahu tak. Balik dari tandas, saya nak ajak awak rehat tapi tengok awak dah takda. Saya ingatkan awak rehat dengan kawan-kawan awak. But after rehat awak tak masuk kelas saya tanya Iqbal dia kata maybe awak balik. Saya tanya kenapa dia hanya jawab tak tahu je" Jelasnya panjang lebar.

"Hahahah." Aku tergelak.

"Kenapa gelak?"

"Awak nampak cute cakap panjang lebar macam tu."

"Sebab saya risaulah. Hmm"

"Sorry lah buat awak risau."

"It's okay. As long you feel better right now. But next time kalau rasa sakit, jangan tahan and take care of yourself, please."

"Okay baiklah. Will do." Aku tersenyum mendengar ayatnya.




Bintang MatiWhere stories live. Discover now