____________________________________Seminggu Kemudian
Chanwoo merenung kosong kearah katil Jessica.Siapa sangka sudah seminggu mereka terkurung di dalam mansion itu.
Daehyun dan Yonghwa sudah lima hari sedar dari koma.Yang tinggal hanya Jessica yang masih belum sedarkan diri.
"Sampai bila kau nak kurung kami macam binatang dekat sini?Aku bukan binatanglah sampai nak kena gari bagai!!"bentak Chanwoo sambil matanya tajam menikam anak mata Yoongi.
Tangannya yang digari ditarik-tarik untuk melepaskan diri.Lebam yang mulai kelihatan dipergelangan tangannya.
Wajahnya memerah menahan amarah.Yoongi hanya memandang Chanwoo bersama wajah kosong.
Amarah Chanwoo mulai meningkat sebaik sahaja melihat Yoongi langsung tidak menghiraukan kata-katanya.Semakin kuat dia meronta-ronta untuk melepaskan.
Daehyun dan Yonghwa saling berpandangan sebaik sahaja melihat Chanwoo yang cuba melepaskan diri itu.Mulut Chanwoo terkumat-kamit memaki hamun Yoongi.
Kepala Yoongi terus tertumpu pada Jessica sebaik sahaja dia merasakan ada pergerakan.Jessica membuka matanya perlahan-lahan.
Matanya terkelip-kelip menahan pedih dimata sebaik sahaja cahaya masuk secara tiba-tiba.Yoongi terus menyambar tangan Jessica lalu digengamnya dengan erat.
"Sayang."tangan Jessica dicium Yoongi.
Chanwoo yang meronta-ronta mulai menghentikan pergerakannya sebaik sahaja melihat tindakan Yoongi.Daehyun dan Yonghwa saling berpandangan.
"A...air."Jessica memandang kearah Yoongi bersama linangan air mata.
Dengan pantas Yoongi mencapai satu gelas lalu menuangkan air yang berada didalam jag air ke dalam gelas.Tubuh Jessica diangkatnya bagi menyandar pada kepala katil.
Air yang berada didalam gelas disuapnya dengan penuh berhati-hati.Air yang separuh didalam gelas diletakkan Yoongi dimeja sebelah Jessica sebaik sahaja Jessica menolak tangannya.
"Sayang.Sayang rehat ye.Nanti oppa datang bawa makanan."tangannya bergerak mengusap-usap kepala Jessica.
"Woi lepaskan akulah."jerit Chanwoo sebaik sahaja melihat Yoongi sudah berura-ura untuk keluar dari bilik itu.
Yoongi merengus perlahan.Dia memandang kearah Chanwoo bersama wajah bengang.
Langkah terus dibawa meninggalkan bilik itu.Sempat lagi dia berbisik sesuatu kepada salah seorang konconya itu.
Bersama wajah serba salah dia berjalan menghampiri Chanwoo.Terketar-ketar tangannya untuk membuka gari itu sebaik sahaja melihat pandangan tajam yang diberikan oleh Chanwoo.
Chanwoo terus mengurut pergelangan tangannya yang lebam.Perlahan-lahan dia turun dari katil.
Langkah dibawa kearah Jessica.Dahi Jessica diciumnya dengan lembut.
Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi bersebelahan dengan Jessica yang sedang terbaring itu.Manakala Yonghwa dan Daehyun berdiri dibelakang Chanwoo.
"Yeon ada sakit dekat mana-mana tak?"Chanwoo mengusap kepala Jessica perlahan.
Senyuman nipis diberikan buat Jessica.Yonghwa dan Daehyun hanya diam membisu.
"Mianhae.Kalau saeng tak buat rancang gila tu,tentu semua ni tak berlaku.Jongmal mianhae."air mata mulai mengalir membasahi pipi Jessica.
"Dah ramai yang mati sebab saeng.I'm sick with all of this.Saeng rasa dah tiba masanya untuk saeng mengalah."senyuman hambar diberikan buat Chanwoo.
Terdiam Chanwoo sebaik sahaja mendengar ayat yang keluar dari mulut Jessica.Daehyun dan Yonghwa saling berpandangan.
"Semuanya dah berakhir.Dah tak ada apa lagi yang tinggal sekarang.Its over."matanya dipejamkan.
"Enough.Saeng tidur ye,saeng tak boleh stress sangat.Tidur ye."Chanwoo membaringkan Jessica perlahan diatas katil.
Daehyun dan Yonghwa hanya memandang kearah Jessica yang mulai lena.Chanwoo mengigit bibirnya lalu memandang kearah Yonghwa dan Chanwoo.
Tanpa mereka sedar,ada seseorang yang mencuri dengar percakapan sejak tadi.Air matanya mengalir tanpa henti.
"I'm sorry."bisiknya dengan perlahan.
____________________________________
Yoongi melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan Jessica,Chanwoo,Daehyun dan Yonghwa bersama senyuman lebar.Ditangannya terdapat satu mangkuk bubur dan air.
Chanwoo memandang kearah Yoongi dengan tajam.Chanwoo,Daehyun dan Yonghwa terus melangkah keluar dari bilik itu sebaik sahaja dipaksa NamJoon dan Taehyung.
Chanwoo sempat memberi jelingan tajam kearah Yoongi.Yoongi hanya membuat tidak tahu sambil dia melabuhkan punggungnya disebelah Jessica diatas.
Jessica hanya memberikan senyuman lemah buat Yoongi.Yoongi memandang Jessica lama sebelum mengangkat sudu yang berisi bubur lalu menyuap Jessica.
Jessica hanya tersenyum nipis sebaik sahaja melihat sikap prihatin Yoongi.Tangan Yoongi dipegangnya sebaik sahaja dia sudah kenyang.
Yoongi tersenyum nipis lalu meletakkan mangkuk itu diatas meja.Gelas yang berisi air diberikan buat Jessica.
Gelas itu dibawa ke bibirnya sambil diperhatikan oleh Yoongi.Gelas yang kosong diletakkan diatas meja.
"Apa yang dah berlaku pada Hanbin?"bersama nada suara yang lemah Jessica bertanya.
"Dia okey.Cuma luka sikit."dengan penuh protes Yoongi membalas.
"Lepaskan.Dia tak ada kena mengena dalam hal ni."Jessica mengetap bibirnya sebaik sahaja berkata-kata.
"Lepaskan dia?Untuk apa?Supaya dia dapat larikan diri dia.Dalam mimpi kau."balas Yoongi lalu bangun dari duduknya.
Langkah dibawa menghampiri tingkap bilik itu.Jessica mengeluh perlahan.
"Kau masih cintakan aku ke,Yoongi?"Belakang tubuh Yoongi dipandangnya.
"Perasaan sayang dan cinta aku dekat kau tak pernah pun hilang.Malah perasaan tu semakin bertambah dari hari ke hari."Yoongi langsung tidak memandang kearah Jessica.
"Kalau macam tu,tolong berubah demi aku.Kalau betul sayangkan aku.Kalau kau betul-betul nak aku bersama dengan kau."Jessica memandang Yoongi bersama mata redupnya.
"Berubah?Heh kau cakap seolah-olah benda tu mudah untuk dibuat."sinis sahaja ayat yang keluar dari mulut Yoongi.
Perlahan-lahan Jessica turun dari katilnya.Tangannya memeluk Yoongi dari belakang.
"Aku cintakan kau,Yoongi.Tapi aku tak boleh bersama dengan kau kalau kau tak berubah.Cinta kita tak akan kekal Yoongi."kepalanya disandarkan pada belakang Yoongi.
"Kau tak tipu aku kan?"soal Yoongi sambil memutarkan tubuhnya menghadap Jessica.
Tangannya memeluk pinggang ramping Jessica dengan erat.Matanya memandang kearah mata Jessica bagi mendapatkan kepastian.
"Saranghae."kepalanya ditundukkan.
"Nado saranghae."satu ciuman diberi Yoongi kepada Jessica.
Mata Jessica dipejam rapat.Bibir pucat Jessica dicium Yoongi dengan lembut.
____________________________________
♥To Be Continue♥
♥Vote♥
♥Comment♥
Next part ialah ending.Fuh aku tak sangka yang story ni akan habis juga.
![](https://img.wattpad.com/cover/108836211-288-k515131.jpg)
YOU ARE READING
Psychopath |Min Yoon Gi|
Mystery / ThrillerDia Pendiam, Dia Pembunuh, Dia Panas Baran, Dia Ketua Mafia, Dia Pendendam, Dia Kaki Seks, Dia Psycho Dan Dia Obses Dengan Seorang Yeoja. Dia Min Yoon Gi