PART 21

1.3K 79 6
                                    

____________________________________

Tubuh Jessica disarungkan baju dan dibantu oleh Chanwoo.Manakala semua pakaian Jessica disumbat ke dalam beg bagasi oleh Daehyun.

Zip ditarik dengan pantas.Chanwoo terus menarik tangan Jessica menuruni anak tangga.

Daehyun dan Yonghwa mengikuti langkah Chanwoo dan Jessica dari belakang.Langkah kaki mereka terhenti sebaik sahaja melihat NamJoon berdiri betul-betul dihadapan mereka berempat.

"Korang nak pergi mana?"NamJoon memandang mereka bersama kerutan didahi.

"Bukan urusan kau."Chanwoo membalas dengan dingin.

Kunci kereta yang tersangkut di dinding dicapai Yonghwa.Dia dan Daehyun terus mengheret beg bagasi mereka menuju kearah kereta mereka yang berada di garaj.

"Jangan-jangan korang nak lari.Aku tak akan benarkan."NamJoon terus merentap tangan Jessica dari genggaman tangan Chanwoo.

Tubuh Jessica tertarik kearah NamJoon apabil direntap dengan kuat.Chanwoo mengetap bibirnya menahan amarah yang mulai membuak-buak.

"Buk!!"

Satu tumbukan hinggap di perut NamJoon menyebabkan pegangan pada lengan Jessica terlepas.Tubuh NamJoon ditumbuk bertalu-talu sehingga menyebabkan dia lemah.

Tangan Jessica terus ditarik Chanwoo.Tubuh Jessica ditolak masuk ke dalam perut kereta.

NamJoon mengetap bibirnya menahan sakit.Telefon yang berada didalam kocek seluar diambil lalu di dail nombor seseorang.

"Pusing balik."

"........"

"Mereka cuba larikan diri.Kalau kau pusing maybe korang akan bertembung."

"......."

"Aku akan menyusul kejap lagi."

Panggilan dimatikan.NamJoon mengesat darah yang mengalir dibibirnya bersama senyuman sinis.

____________________________________

Kereta dipecut Yonghwa dengan laju.Konco-konco Yoongi yang mengejar mereka dipandang sekilas.

"Oppa,Yeon takut."bisik Jessica perlahan.

Tubuhnya masih lagi didalam pelukan Chanwoo.Daehyun dan Yonghwa sudah berpeluh-peluh.

"Jangan risau oppa ada."balas Chanwoo bersama wajah risau.

Sesekali matanya memandang kearah belakang.Tiba-tiba cermin belakang kereta mereka pecah akibat tembakan yang dilepaskan Yoongi terkena pada cermin.

Kelihatan Yoongi sedang melepaskan beberapa das tembakan.Chanwoo memandang kearah Yonghwa bersama wajah cemas.

Kereta mereka terus bergerak laju memotong beberapa kereta dihadapan.Bunyi tembakan masih jelas kedengaran.

"Bang!!"

Satu tembakan terkena tepat pada tayar kereta menyebabkan kereta jenama Lamborghini Gallardo itu terbabas lalu melanggar kereta yang berada disisi mereka.Mereka berempat tersentak sebaik sahaja kereta mereka terlanggar kereta yang lain.

"Oppa akan lindungi saeng."satu bisikan halus menyapa telinga Jessica sebelum segala-segalanya menjadi kelam.

Kereta Lamborghini itu terbalik berkali-kali apabila ada kereta lain melanggar mereka disebabkan tidak sempat membrek.Suasana mulai hingar-bingar.

Yoongi keluar dari keretanya sebaik sahaja melihat kereta itu berhenti bergerak.Langkah dibuka menghampiri kereta itu.

Diikuti ahli BTS yang lain.Dia tergamam sebaik sahaja melihat keadaan Jessica yang parah itu.

"Jess!!Jess kau dengar tak!!"cermin kereta diketuk berkali-kali.

"Kita kena keluarkan mereka.Tangki gas dah bocor ni."sampuk Jimin menyebabkan wajah Yoongi semakin cemas.

Bersama wajah cemas,pintu kereta dibuka dari luar.Tubuh Jessica,Chanwoo,Daehyun dan Yonghwa dibawa keluar oleh mereka bertujuh penuh berhati-hati.

Bunyi siren ambulans dan polis mulai kedengaran.BTS mulai saling berpandangan.

"Kita nak tinggalkan mereka dekat sini atau bawa mereka semua bersama?"Taehyung memandang kearah Yoongi bersama wajah risau.

Yoongi memandang wajah calar-balar di wajah Jessica lama.Matanya berkaca-kaca.

"Kita bawa mereka.Cepat sebelum polis datang."desak NamJoon sebaik sahaja melihat cara pandangan Yoongi terhadap Jessica.

Tubuh mereka terus dibawa kearah kereta Ferrari,Audi A5 dan BMW I8 milik mereka.Kereta terus dipecut meninggalkan kawasan kejadian.

____________________________________

Satu mesyuarat telah diadakan oleh Suho,Youngji,Taecyeon,Ken,Yunhyeong dan Mark mengenai kematian Jiae dan kehilangan Hanbin.Masing-masing bersama wajah serious.

"Mana Jessica?"Ken menyoal sambil matanya menjeling kearah jamnya sekilas.

"Dia tak datang.Busy maybe."Suho membelek beberapa helai kertas.

"Gais buka televisyen sekarang."Youngji berkata dengan wajah serious.

"For?"Mark memandang kearah Youngji bersama wajah berkerut.

"Buka jelah."tegas sahaja Youngji berkata.

Yunhyeong terus menekan remote televisyen.Satu berita menyapa deria penglihatan mereka.

"Satu kemalangan dahsyat telah berlaku di kawasan lampu isyarat sekitar Seoul.Sebuah kereta jenama lamborghini gallardo dipercayai ditembak tepat pada tayar menyebabkan kereta tersebut terbabas dan melanggar kereta disisinya.Mangsa yang berada didalam kereta berkenaan ialah Jung Chanwoo 17 tahun,Jung Soo Yeon 16 tahun,Jung Daehyun 18 tahun dan Jung Yonghwa 20 tahun.Malangnya mangsa keempat-empat mereka tidak dapat ditemui.Orang awam melaporkan bahawa mereka ternampak sekumpulan namja bersenjata mengheret mereka berempat kedalam kereta sebelum meninggalkan kawasan kejadian.Kes ini masih lagi dalam siasatan polis.Saya Lee Daehwi melaporkan dari kawasan kejadian..."

Wajah mereka berenam tergamam sebaik sahaja selesai melihat berita itu.Air liur diteguk dengan perit.

"Be...betul ke apa yang aku dengar ni?"Youngji memandang kearah Suho untuk mendapat jawapan.

Suho menganggukkan kepalanya.Lidahnya kelu berkata-kata.

"Korang rasa siapa yang serang mereka tu?Siap bersenjata bagai?"Taecyeon bertanya bagi memecah kesunyian.

"Aku masih tak boleh percaya dengan berita tu."Mark mengeluh perlahan.

Rambutnya diraup perlahan ke hadapan.Suho mengurut dahinya yang sakita secara tiba-tiba dengan perlahan.

____________________________________

♥To Be Continue♥

♥Vote♥

♥Comment♥

Seriously talk,aku tak pandai nak gambarkan situasi tu macam mana.Hope korang enjoy.

Psychopath |Min Yoon Gi|Where stories live. Discover now