____________________________________Hanbin membuka matanya perlahan sebaik sahaja cahaya matahari memancar ke wajahnya.Matanya terkelip-kelip menahan pedih.
Senyuman sinis mulai muncul sebaik sahaja dia melihat BTS kecuali Yoongi dihadapannya sambil memegang kayu besbol.Dia bangun dari baring lalu duduk menyandar pada dinding.
"Jadi sekarang apa?Korang nak belasah aku dengan kayu besbol pula?"senyuman sinis dilemparkan buat mereka berenam.
"Kenapa?Kau dah tak sanggup diseksa dengan kami ke?Kalau kau nak, kami boleh tamatkan riwayat hidup kau sekarang juga."Jin duduk mencangkung dihadapan Hanbin.
"Kau bukan Tuhan yang boleh tentukan bila nyawa aku nak ditarik."wajah Jin diludah Hanbin.
Jin menutup wajahnya yang terkena air liur Hanbin.Tangannya bergerak mengambil sapu tangan dari poket seluarnya lalu wajahnya dikesat.
"Kau pun tak pernah pergi ke gereja,ada hati nak bercakap pasal Tuhan bagai."Taehyung menjongketkan keningnya kearah Hanbin.
Ketawa kecil keluar dari bibir Hanbin.Senyuman sinis diberi kepada mereka berenam.
"Tapi aku rasa kau patut mula berdoa supaya nyawa kekasih kau tu dipanjangkan.Aku tak tahulah berapa lama dia boleh bertahan."NamJoon memberikan senyuman sinis buat Hanbin.
"Tch aku tak kesah pun kalau dia mati.Dia tak penting pun buat aku."Bersama wajah tidak bersalah dia menuturkan kata-kata itu.
Mereka berenam mulai saling berpandangan sebaik sahaja mendengar ayat yang keluar dari mulut Hanbin.NamJoon berjalan menghampiri Hanbin.
"Apa maksud kau?"Bersama wajah serious dia mencangkung dihadapan Hanbin.
"Argh betullah cakap Jessica yang suatu hari nanti benda ni pasti akan terbongkar."ketawa kecil keluar dari mulut Hanbin.
"Bagitahu aku apa maksud kau!!"kolar baju Hanbin direntap NamJoon dengan ganas.
"Aku dan Jessica tak pernah bercinta.Ianya sebahagian dari rancangan Jessica untuk menguji Yoongi.Tapi tak sangka pula sampai tahap tu Yoongi gilakan dia."senyuman sinia diberikan kepada NamJoon.
NamJoon melepaskan kolar baju Hanbin dengan kasar.Langkah kaki dibawa menuju ke pintu bilik bawah tanah itu.
"Selesaikan dia."langkah dibuka meninggalkan bilik itu.
Mereka berlima saling berpandangan.Mereka tersenyum sinis sebelum menghampiri Hanbin.
____________________________________
"Aku nak uji dia,sejauh mana dia cintakan aku."pandangan dibuang kearah cermin tingkap.
"Macam mana kalau kami mati?"gadis yang berpakaian singkat sehingga menjolok mata memeluk tubuhnya.
"That why aku nak pilih orang yang sanggup mati untuk misi ni."wajahnya langsung tidak dipalingkan.
"Yah Jessica Jung,kau sedang merancang sesuatu yang gila.Macam mana kalau kau sendiri yang mati."namja yang sedang menghisap rokok itu menyoal.
"Aku tak heran kalau aku mati.Sekurang-kurangnya aku mati untuk sesuatu yang berbaloi."
"Dan saeng akan kecewakan harapan appa."tajam anak mata namja itu menikam anak matanya dongsaengnya itu.
"Saeng tak bermaksud nak kecewakan appa.Cuma saeng nak tahu kebenarannya."mata redupnya membalas pandangan namja itu.
"Aku akan sertai.Sekurang-kurangnya kalau aku mati,tiada siapa yang risau.Lagipun aku dah tak ada sesiapa pun."puntung rokok yang sudah pendek dilenyeknya pada permukaan meja.
"Yah Kim Hanbin...."
"Aku pun.Aku tak heran kalau aku mati lagipun keluarga aku dah buang aku jauh dari diaorang."gadis yang berpakaian singkat itu memberi senyuman kelat buat Jessica.
"Yah Stephanie Hwang...."
"Tak salah kalau kami nak tolong Chanwoo-ah.Bila semua selesai,Jessica boleh hantar Yoongi ke hospital untuk rawatan lanjut.And the end diaorang akan bersama selamanya."Hanbin melemparkan senyuman nipis buat Chanwoo.
"Kau yakin ke yang diaorang akan ada happy ending?"keningnya dijongketkan kearah Hanbin.
"Belum cuba belum tahu."gadis yang berpakaian seksi itu tersenyum sinis.
"Yeon!!"
Dia bangun secara mendadak.Peluh menitik membasahi bajunya.
Tangannya diangkat bagi meraup wajahnya.Kepalanya terus dipusingkan sebaik sahaja merasakan tangannya tidak dapat diangkat.
"Sial!!"makinya sebaik sahaja melihat tangannya digari pada kepala kaki.
Matanya terus bergerak memerhati sekitar.Matanya terhenti sebaik sahaja melihat Jessica,Daehyun dan Yonghwa yang sedang terbaring diatas katil.
Bibirnya diketap menahan amarah.Matanya meliar memandang sekelilingnya.
"Kau dah sedar."satu suara mengejutkan Chanwoo yang leka memandang sekeliling.
"Kau!!Lepaskan akulah!!"jerkah Chanwoo bersama wajah merah padam.
"Shhhh jangan bising sangat.Kau pun nampakkan yang dongsaeng dengan sepupu kau tu belum sedar lagi."Yoongi mengusap rambut Jessica perlahan.
"Jauhkan diri kau dari dongsaeng aku!!"gigi diketap menahan amarah yang membuak-buak dalam dirinya.
"Nanti dongsaeng kau nilah yang akan jadi isteri aku dan kau akan jadi abang ipar aku.Jadi apa masalahnya?"senyuman sinis diberikan buat Chanwoo.
"Yoongi."panggilan dari NamJoon membuatkan Chanwoo dan Yoongi berpaling.
Yoongi menjongketkan keningnya manakala Chanwoo memandang NamJoon dengan tajam.NamJoon memandang kearah Chanwoo sebelum memandang kearah Yoongi.
"Hanbin cakap yang dia dan Jessica tak pernah bercinta.Apa yang jadi semuanya ialah rancangan Jessica untuk menguji sejauh mana kau cintakan dia."NamJoon memandang kearah Hanbin bersama pandangan kosong.
Senyuman sinis terus terlakar dibibir Chanwoo.Yoongi dan NamJoon memandang kearah Chanwoo bagi mendapatkan jawapan.
"Apa maksud dia?"Yoongi memandang Chanwoo bersama mata berkaca-kaca.
"Kenapa aku nak kena bagitahu kau?"soalan yang ditanya Yoongi dibalas dengan soalan.
"Bagitahu aku,Jung Chanwoo!!"jerkah Yoongi.
Jerkahan Yoongi menyebabkan NamJoon dan Chanwoo terkejut.Keluhan berat keluar dari mulut Chanwoo.
"Hanbin dan Jessica tak pernah bercinta.Apa yang kau tengok selama ni hanyalah lakonan.Dia nak tengok sejauh mana cinta kau buat dia."Chanwoo langsung tidak memandang kearah Yoongi.
Yoongi tergamam sebaik sahaja mendengar ayat yang keluar dari mulut Chanwoo.Matanya berkaca-kaca memandang kearah Jessica.
____________________________________
♥To Be Continue♥
♥Vote♥
♥Comment♥
Beberapa part lagi story ni akan habis.Hope korang enjoy..

ANDA SEDANG MEMBACA
Psychopath |Min Yoon Gi|
Mystery / ThrillerDia Pendiam, Dia Pembunuh, Dia Panas Baran, Dia Ketua Mafia, Dia Pendendam, Dia Kaki Seks, Dia Psycho Dan Dia Obses Dengan Seorang Yeoja. Dia Min Yoon Gi