PART 15

1.3K 76 0
                                    


____________________________________

Matanya dibuka perlahan-lahan.Cahaya yang memasuki matanya memedihkan matanya.

Suasana sekitar bilik itu difokuskan.Tangannya naik memicit dahi.

Menyedari dirinya masih berada didalam biliknya sendiri,dia merengus perlahan.Bibirnya yang bengkak dan sedikit luka disentuh perlahan.

"Dah bangun?"

Jessica hanya memandang kosong kearah NamJoon yang sedang berdiri tegak dimuka pintu.

"Aku tak tahu pula kau dah bisu lepas kena tampar."sinis sahaja ayat yang keluar dari bibir NamJoon.

Jessica hanya memandang NamJoon sekilas.Dia bangun dari baringnya lalu langkah kaki dibawa keluar dari biliknya.

Bibirnya yang membengkak disentuh perlahan.Perlahan-lahan dia melangkah menuruni anak tangga.

"Kamu dah okay ke,Yeon?"soal Tuan Kim dengan ramah.

"Saya okay je,uncle."senyuman nipis dilemparkan buat Tuan Kim.

"Macam mana kamu boleh pengsan dekat sekolah ni,Yeon?Mujur NamJoon ada dekat situ.Kalau tidak tak tahulah apa yang akan terjadi."kata Puan Kim sambil menyusun lauk pauk diatas meja makan.

Chanwoo,Daehyun dan Yonghwa menjeling kearah NamJoon yang sedang menuruni anak tangga dengan tajam.NamJoon hanya menayangkan senyuman sinis.

"Maybe sebab Yeon penat sangat kut."Jessica memandang kearah Chanwoo yang sedang menatapnya tajam.

"Penat sangat heh.Sampai bibir luka bagai."sinis sahaja kata-kata yang keluar dari bibir NamJoon.

"Luka?"soal Puan Kim bersama wajah terkejut.

Wajah Jessica terus dibelek-belek.Jessica memandang NamJoon dengan tajam sambil menahan amarahnya.

NamJoon tersenyum mengejek sebaik sahaja melihat wajah amarah Jessica.Dia yakin yang Jessica tidak membalas kata-katanya sekiranya eomma tiri,appanya dan Tuan Jung berada dirumah.

"Yeon tak apa-apalah.Luka ni mungkin sebab terkena dekat bucu meja."kata Jessica sambil melemparkan senyuman nipis.

"Kamu patut lebih berhati-hati.Nanti Daehyun tolong ubatkan bibir Yeon ni.Cepat bersiap,nanti appa kamu sampai."Puan Kim menyambung semula kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

Jessica hanya memandang Puan Kim bersama pandangan kosong.Langkah kaki dibawa menuju kearah tangga.

"Jumpa oppa dekat luar lepas makan nanti."perlahan sahaja suara Chanwoo menyapa pendengaran Jessica.

Jessica memandang Chanwoo sekilas sebelum kakinya memanjat satu-persatu anak tangga.Pandangan tajam dihadiahkan buat NamJoon.

____________________________________

Tubuh Jiae diheret masuk ke dalam sebuah villa yang berada di kawasan yang agak terpencil.Sarung kepala yang berwarna hitam ditarik sebaik sahaja tubuhnya berada didalam kediaman itu.

Tubuh Jiae terus ditolak sehingga dia jatuh tersembam dihadapan kaki 5 orang namja.Wajah dingin ditayangkan oleh pemilik tangan yang menolaknya.

"Siapa ni,hyung?"soal namja yang agak muda diantara mereka berlima.

Salah seorang daripada mereka duduk melutut dihadapan Jiae.Rambut yang menutupi wajah Jiae diselak olehnya.

Mata milik Jiae bertembung dengan mata namja yang menyelak rambutnya itu.Senyuman sinis terlakar diwajah namja itu.

"Dia akan jadi hamba kita memandangkan Taeyeon dah mati."dingin sahaja nada yang dikeluarkan namja yang menolaknya sebentar tadi.

"Not bad."namja yang berambut kuning membalas sambil matanya tajam memandang tubuh Jiae dari rambut hingga ke kaki.

"Mana NamJoon?"soal namja yang berambut hitam itu sambil melabuhkan punggungnya diatas sofa.

"Dekat rumah eomma tiri dia.Lagipun aku dengar yang appa dia dah berpindah ke rumah eomma tiri dia.Jadi NamJoon akan tinggal serumah dengan Jessica."balas namja yang agak pendek diantara mereka berenam.

Terus mata kelima-lima namja itu termasuk Jiae yang masih terduduk diatas lantai memandang kearah namja yang agak pendek itu.Namja yang duduk diatas sofa memandangnya bersama wajah inginkan kepastian.

____________________________________

Chanwoo berdiri dihadapan kolam renang sambil memeluk tubuhnya.Perlahan-lahan Jessica berjalan menghampiri Chanwoo.

"Oppa."tegur Jessica sambil matanya memandang kearah kolam renang.

"Tenangkan air tu."kata Chanwoo tanpa memandang kearah Jessica.

"Tapi orang cakap air yang tenang jangan disangka tiada buaya."sambung Chanwoo lagi.

"Apa yang oppa cuba sampaikan ni?"soal Jessica sambil memandang Chanwoo bersama kerutan di dahi.

"Bagitahu oppa siapa yang tampar saeng?"Chanwoo memandang anak mata Jessica dengan tajam.

"Oppa."

"Oppa tak percaya bila saeng cakap yang saeng terlanggar bucu meja.Jujur dengan oppa."Chanwoo memegang bahu Jessica sambil mata redupnya memandang mata Jessica menginginkan jawapan.

"Yoongi.Dia yang tampar saeng."Jessica berkata sambil menundukkan kepalanya.

Dia paling lemah apabila Chanwoo membuat mata redupnya.Chanwoo dan appanya adalah kekuatannya tetapi mereka juga merupakan kelemahannya.

Chanwoo mengetap bibirnya menahan amarah sebaik sahaja mendengar nama Yoongi disebut.Tangannya digengam dengan erat.

Urat-urat hijau jelas kelihatan dilengan Chanwoo.Pipi Jessica diusap perlahan.

"Bagitahu appa yang oppa keluar jumpa Ikon."Chanwoo terus berjalan pergi sebaik sahaja selesai berkata-kata.

Jessica memandang langkah Chanwoo dengan pandangan redup.Tiba-tiba tubuhnya ditarik ke dalam pelukan seseorang.

"Jangan pendam apa-apa pun dalam hati Yeon.Kadang Yeon mestilah bercerita agar hati Yeon tak sakit."bisik suara itu perlahan di telinga Jessica.

____________________________________

♥To Be Continue♥

♥Vote♥

♥Comment♥

Psychopath |Min Yoon Gi|Where stories live. Discover now