PART 13

1.4K 91 0
                                        

____________________________________

Satu tembakan dilepaskan mengena tepat pada dada namja tua itu.Wajah tidak berperasaan terpancar jelas di wajah si penembak.

Mata dinginnya memandang tajam kearah isteri dan anak kepada namja tua itu.Tangisan memenuhi ruang rumah agam itu.

"Tolong lepaskan kami."sayu sahaja suara wanita tua itu sambil memeluk erat kaki namja yang masih memegang erat pistol ditangannya itu.

"Jangan sentuh kaki aku."tubuh wanita itu disepak agar menjauhi tubuhnya.

Tubuh wanita jatuh tersembam di atas lantai akibat perbuatan kasar namja itu.Mata namja itu menikam anak mata gadis yang sedang duduk melutut dihadapannya itu.

Tangan kanannya diangkat dan dihalakan ke arah wanita tua itu.Wajah wanita tua itu berubah ketakutan menunggu tindakan lanjut namja itu.

"Bang"

Satu tembakan dilepas tepat mengena pada kepala wanita tua itu.Darah memercik sekitar lantai dan wajah gadis yang masih terkejut dengan tindakan namja itu.

"Eo....eomma...."tangisan gadis itu pecah mengenangkan cara kematian eomma dan appanya.

"Yoo Jiae.Mulai harini kau akan jadi slave kami.Jangan kau berani larikan diri kalau kau tak nak terima nasib yang sama dengan eomma dan appa kau?Dengar tak!!??"bisik namja itu ditelinga gadis itu.

Tubuhnya mengeletar sebaik sahaja mendengar bait bicara namja itu.Air matanya mengalir dengan deras.

"Heret perempuan ni masuk dalam kereta.Pastikan tiada siapa pun nampak kelibat dia.Kalau tak, kau mati."kata namja itu sebelum berlalu pergi meninggal dua orang namja bersama Jiae.

Dengan kasar kedua-dua belah tangan Jiae ditarik dengan kasar.Jiae hanya pasrah mengenangkan nasibnya.

Tanpa dua orang namja itu sedar, Jiae mengukirkan senyuman sinis.Wajahnya bertukar riak dari ketakutan kepada riak wajah penuh kesombongan.

'Let's play the game,Min Yoongi.Kita tengok kau atau aku yang bakal memenangi game ni.'bisik hati Jiae dengan penuh bongkak.

____________________________________

"Pejam mata awak and then bagitahu saya apa yang awak nampak."bisik namja itu perlahan sambil menggosok rambut gadis itu.

"Kegelapan.Ia hanya lah kegelapan.Langsung tiada cahaya yang menerangi."kata gadis sambil matanya masih tertutup.

"Awak yakin yang ianya hanyalah kegelapan?"soal namja itu sambil tersenyum manis.

"Tak.Ada satu gambaran.Ada seorang budak perempuan sedang bermain dengan seorang remaja perempuan."satu senyuman nipis terukir dibibir namja itu.

"Awak kenal mereka berdua?"soal namja itu sambil tangannya sibuk menyediakan ubat penenang.

"Aniya.Tapi wajah mereka seolah-olah pernah saya lihat."wajah gadis itu berkerut seperti memikirkan sesuatu.

"Remaja perempuan tu macam saya tapi....."

"Dan budak perempuan tu adalah Krystal Jung.Your sister."serentak dengan itu ubat penenang dicucuk pada leher gadis itu.

Gadis itu membentak apabila secara tiba-tiba sahaja lehernya disuntik.Bersama wajah bengis namja itu memegang tangan gadis itu dengan erat sehingga meninggalkan kesan lebam.

"Argh."Jessica tersedar dari lenanya.

Dahinya yang dipenuhi bintik-bintik peluh dikesat.Bibir diketap sebaik sahaja mengingati mimpi yang dialami sebentar tadi.

"Krystal-ah bogoshipo."kata Jessica perlahan sambil memandang kearah balkoni.

Perlahan-lahan kakinya dibawa menuju kearah pintu bilik.Dapur menjadi destinasi.

Pintu peti sejuk dibuka.Satu botol air sejuk dituangkan ke dalam gelas.

Perlahan-lahan gelas itu dibawa ke bibirnya.Matanya memandang kearah kolam renang yang masih kosong.

Sudah tentu kosong kerana sekarang baru 3 pagi.Keluhan lemah dilepaskan.

"Pertama kali aku dengar Presiden sekolah mengeluh.Sangat mengejutkan."satu suara menyapa deria pendengaran Jessica.

Jessica hanya diam membisu.Matanya langsung tidak dialihkan dari memandang kolam renang itu.

"Kau dah bisu ke apa?"soal namja itu bersama wajah tidak berpuas hati.

"Kadang kita kenalah diam dari terus berbicara.Bisu dari mengatakan sesuatu yang menyakitkan lebih baik dari terus berbicara sesuatu yang menyakitkan hati."Wajah tanpa perasaan terpancar di wajah Jessica.

Namja itu mengetap bibirnya menahan amarah.Wajah Jessica dipandang dengan tajam.

"Hentikan siasatan kau terhadap BTS kalau kau tak nak menyesal."Lengan Jessica dicengkam dengan erat.

"Aku tak akan pernah menyesal atas semua tindakan."balas Jessica sambil merentap lengannya dengan kasar.

Wajah namja itu dijeling dengan tajam.Langkah kaki dibawa meninggalkan namja itu.

"Berhenti semua kerja haram kau,Kim NamJoon.Sementara aku masih baik hati."bisik Jessica perlahan apabila dia berjalan melepasi namja itu.

Penumbuk digengam dengan erat.Urat-urat hijau jelas kelihatan.

"Wait and see,Jessica Jung.Kita tengok siapa yang akan menang."bisik NamJoon dengan perlahan.

____________________________________

To Be Continue♥

♥Vote♥

♥Comment♥

Psychopath |Min Yoon Gi|Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang