✨4✨

1K 75 7
                                    

Jeonghan berjalan dengan terburu-buru kerana dia sudah terlambat untuk ke kelas pianonya.

Semua kerana dia sibuk menguruskan beberapa orang pelajar yang kononnnya tidak sihat. Tugasnya cuma membantu tapi tak tahulah pulak sejak bila dia ditugaskan untuk merawat orang sakit.

Sepanjang hari dia mengeluh. Rupanya jadi presiden KKS ini memang memenatkan.

"Ahh!" Dia tiba-tiba terlanggar dengan seseorang secara tidak sengaja.

Cuma yang lebih mengejutkan apabila tubuhnya dipeluk.

Selalu kalau dalam banyak drama atau cerita yang dia baca,lepas terlanggar seseorang mesti akan ada babak buku jatuh ke air tertumpah ke atas baju ke tapi ni lain.

"Emmm..can you please let me go?" Pinta Jeonghan dengan nada lembut.

"Ahaha. S-sorry." Seungcheol melepaskan pelukannya. Dia menggigit bibirnya dalam senyuman.

"Seungcheol?" Jeonghan tidak percaya rupanya orang itu ialah Seungcheol. Dia ingat pelajar lain yang cuba mengambil kesempatan ke atasnya.

Tapi kalau Seungcheol pun, takkan dia merelakan pula bila dirinya dipeluk sedemikian?

"Yes,that's my name." Dia asyik tersenyum dan matanya terus tertancap pada wajah Jeonghan.

Jeonghan terasa kekok.

"Ka..ki awak dah baik?" Soal Jeonghan. Dia cuba mengurangkan rasa kekok yang sedang dirasainya.

"Ya,better. Semua tu atas pertolongan awak. Thanks angel." Dia tak perasan dia terlepas memanggil Jeonghan dengan panggilan angel itu.

"A-angel? Siapa yang awak maksudkan?" Jeonghan tidak mengerti.

Sebenarnya bukanlah dia tak faham, tapi dia saja buat tak faham.

Seungcheol mengusap belakang lehernya. Dia malu kerana tertangkap memanggil Jeonghan dengan panggilan itu. Selama ini dia hanya pendam saja nama panggilan itu bila berhadapan dengan Jeonghan.

Tapi entah kenapa dia dah mula suka memanggil Jeonghan dengan panggilan itu.

Dia tidak mahu berselindung lagi.

"You are my angel. You save my life."

Jeonghan tertawa kecil.

"I think you're funny,Seungcheol." Fikir Jeonghan. Dia ingat Seungcheol cuba berlawak dengannya.

"But, sorry I'm not your angel." Dia terpaksa menafikan itu.

Seungcheol agak kecewa bila Jeonghan tidak mahu mempercayainya.

"Saya betul-betul maksudkannya." Beritahu Seungcheol dengan riak wajah lebih serius.

Jeonghan terkesima mendengarnya. Dari raut wajah dan intonasi suara Seungcheol memang dia tidak main-main dengan apa yang dicakapkannya.

"Seungcheol. Kita berbual lagi kali ye. Saya ada kelas."

"Oh my god. My kelas piano!" Dia baru sedar yang dia dah sangat lambat untuk ke kelas.

"Bye Seungcheol." Ucapnya pada Seungcheol sebelum berlari anak ke bilik muzik.

"Bye,my angel." Balasnya walaupun dia tahu Jeonghan tidak mendengarnya.

Seungcheol tersenyum bahagia. Dia bahagia dapat berbual dengan Jeonghan walaupun sekejap. Paling penting,dia dapat peluk Jeonghan. Dae.Bak!!
Bau rambut dia sangat wangi.

✅ 𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋, 𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐇𝐄𝐀𝐑𝐓! S1 +JeongcheolWhere stories live. Discover now