✨5:𝑷𝒂𝒓𝒕 𝑰𝑰✨

946 63 12
                                    

"Jun,sakitlahhh!" Wonwoo cuba meronta-ronta agar tangannya segera dilepaskan.

Tangannya sakit kerana Jun menariknya dengan terlalu kasar.

Jun tidak pedulikan rayuan Wonwoo minta supaya dirinya dilepaskan.

"Jun!" Wonwoo hampir menangis.

Suara muzik yang dipasang di party itu agak kuat sehingga membataskan pendengaran orang ramai untuk mendengar sekalipun Wonwoo terpaksa menjerit. Lagipun semuanya buat hal masing-masing. Dia tak rasa akan ada orang datang dan menolongnya.

Tiba-tiba tangan Wonwoo yang sebelah lagi ditarik oleh seseorang.

Wonwoo tersentak dan segera menoleh.

"M-mingyu?!"

Jun menghentikan langkahnya kerana dia merasa berat dan seolah-olah ditarik dari belakang.

Wonwoo terus merentap kasar tangan Jun dan dengan pantas Mingyu menarik Wonwoo ke belakangnya.

Jun terus berpaling apabila tangannya direntap oleh Wonwoo.

Laju saja Mingyu melepaskan tumbukan padu dan tepat ke muka Jun.

"Yarkkkkk!!!" Jun marah. Dia memegang wajahnya yang kesakitan kerana tumbukan itu.

"Itu amaran pertama untuk orang bullshit macam kau!!"

Mingyu nampak sangat cool bila dia serius atau marah.

"Kau siapa nak sibuk?!!!" Dadanya turun naik menahan rasa marah pada Mingyu kerana telah menumbuknya.

"Aku Mingyu. Lelaki paling popular di sekolah. Hah,ko ade?" Dia mencalit hidungnya penuh bangga.

Jun mengetap giginya.

"Wonwoo antara kita belum selesai." Dia bertekad akan kembali lagi untuk Wonwoo.

"Dan kau...."Dia menuding jarinya ke arah Mingyu.

"Tunggu kau!" Dia merenung tajam kepada Mingyu. Dia terus beredar.

Mingyu memusing badannya menghadap Wonwoo.

"Kau ok?" Mingyu memegang kedua lengan Wonwoo sambil memeriksa keadaan tubuhnya.

"Aku ok." Balasnya Wonwoo.

Dia gembira kerana Mingyu nampak risau tentangnya.

"Kau tak patut kawan dengan Jun tu. Satu sekolah kenal perangai dia. Kalau aku takde tadi..entah apa yang dia akan buat pada kau."Mingyu berleter. Dia tak sedar yang dia sekarang tengah merisaukan Wonwoo.

"Aku minta maaf." Ucap Wonwoo.

"Aku taknak dengar kau minta maaf pada aku."

"Gumawo?"

"Pun aku taknak dengar. Aku cuma mahu kau berada dengan aku je sekarang. Tu dah cukup bermakna dari ucapan maaf dan terima kasih."

"Kau tak boleh duduk sorang-sorang lagi." Kata Mingyu perlahan. Dia mencubit dagu Wonwoo dan ditolak naik ke atas sedikit supaya dia dapat melihat wajah Wonwoo dengan lebih jelas.

✅ 𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋, 𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐇𝐄𝐀𝐑𝐓! S1 +JeongcheolWhere stories live. Discover now