✨26✨

722 50 3
                                    

Seungcheol terus terjaga dari tidur lenanya kerana merasakan lengannya seakan berat dan baru dia sedar kepala Jeonghan yang sedang berbantalkan lengannya. Jeonghan masih ketiduran sambil memeluk tubuhnya. Dia menggosok mata dengan belakang tangannya bagi menghilangkan rasa mengantuk.

Dia memusingkan badannya,menghadap muka Jeonghan.
Walaupun tengah tidur pun masih boleh nampak cantik lagi. Dia memegang wajah Jeonghan dan mengoles lembut bibir Jeonghan dengan ibu jarinya.

Jeonghan mula tergerak kerana sentuhan itu. Taklama kemudian matanya pun celik. Dia terus tersenyum di saat melihat wajah Seungcheol.

"Morning Angel." Senyuman Seungcheol melebar.

"Morning." Balasnya perlahan dengan suara pagi yang serak-serak basah.

"So, have a good sleep last night?" Soal Seungcheol sambil menjungkit sebelah keningnya.

"Don't try to make me blushing,Seungcheol." Dia tarik hidung Seungcheol. Dia sudah terasa bahang di pipinya bila teringat pasal semalam.

Seungcheol tertawa kecil. Dia suka bila tengok Jeonghan malu macam tu.

Tangan Seungcheol mendakap tubuh Jeonghan dan dia memberi satu ciuman di pipi Jeonghan.

"Sekarang dah pukul berapa ?" Soal Jeonghan bila dia baru teringat harini mereka bersekolah.

"Oh yelah. Sekolah !" Tangan Seungcheol laju mencapai jam tangan yang terletak di atas meja sebelah katil mereka itu.

"Shit. Dah 7.15pagi." Seungcheol mencampakkan jam tangannya ke tepi dan bingkas bangun dari katil.

"WHATTT?!" Jeonghan turut terkejut. Mereka mungkin akan terlambat ke sekolah nanti.

"Kaja." Seungcheol menarik tangan Jeonghan untuk bangun dari katil.

"Pergi mana ?" Dia bingung.

"Mandi sekalilah. Jimat masa. Kalau tak nanti kita terlambat."

Seungcheol terus menarik tangan Jeonghan. Jeonghan pun akur dan bangun dari katil. Dia melepaskan selimut yang menutupi hingga ke paras dadanya dan bergegas menuju ke bilik air bersama Seungcheol.

❤️

Jeonghan berjumpa dengan Eunjoo untuk selesaikan salah faham itu seperti apa yang Seungcheol suruhnya semalam.

"Ada apa oppa nak jumpa Eunjoo ni ?" Dia tersenyum kerana teruja.

"Oppa nak beritahu awak yang...." Kenapa tetiba mulutnya rasa berat pula untuk dia beritahu benda yang mudah pada Eunjoo haa. Haish.

"Oppa nak beritahu apa ?" Eunjoo jadi makin tak sabar nak tahu.

"P-pasal bunga yang oppa berikan pada awak kelmarin tu."

"Kenapa dengan bunga tu ? Oppa nak pastikan saya buang atau tak ke bunga tu? Oppa takperlu risau. Saya takkan buang sebab saya memang sangat sukakan bunga. Lebih lebih lagi bila oppa yang beli dan bagi sendiri bunga tu pada saya."

"Bukan macam tu,Eunjoo. Bunga tu sebenarnya....eum...kawan oppa yang bagi. Oppa tak sukakan bunga dan disebabkan tu jugalah, oppa bagi pada Eunjoo. Oppa minta maaf sebab tak bagitahu Eunjoo lebih awal pasal tu. Jeonghan berterus-terang.

Dia ingat Eunjoo akan marah,terasa hati ataupun merajuk tapi sebaliknya. Eunjoo malah tersenyum kepadanya.

"Gwaechanna,oppa. Atleast,saya dah tahu oppa sentiasa ingat pasal saya. Kalau tak,tak mungkinlah oppa akan pilih saya untuk bagi bunga tu,kan ?" Dia terus membuat spekulasi sendiri.

✅ 𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋, 𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐇𝐄𝐀𝐑𝐓! S1 +JeongcheolWhere stories live. Discover now