✨39✨

709 48 4
                                    

Rumah Wonwoo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rumah Wonwoo

Setelah selesai makan malam,mereka berenam duduk bersantai di ruang tamu bagi merehatkan perut mereka yang sudah kekenyangan,

" Tahun ni kan tahun terakhir kita sebagai senior dan pelajar di Cheonsil Art Highschool tu,korang dah ada perancangan sendiri ke nak buat apa selepas ni?" Mingyu mula membuka topik untuk merancakkan lagi suasana.

"Aku tak terfikirkan apa-apa pun lagi tapi setakat yang aku tahu lepas je tamat sekolah ni aku nak banyak luangkan masa dengan Jeonghan,my angel." Dia meletakkan kepalanya di atas bahu Jeonghan.

"Yah,kalau macamtu lebih baik kau dengan Jeonghan kahwin je terus." Balas Mingyu dan membuatkan semua tergelak besar.

"Yelah,parents kau pun dah restu hubungan kau dengan Jeonghan. Jadi,korang nak tunggu apa lagi?" Kata Joshua pula.

"Kami cuma taknak terlalu terburu-buru. Nanti bila dah tiba masa yang sesuai, barulah kami akan berkahwin. Betul kan,cheol?"

"Yup. That's right." Dia bersetuju dengan Jeonghan. Sebelum ini pun mereka dah berbincang tentang ini dan masing-masing dah pun bersetuju untuk berkahwin bila kedua-duanya sudah betul-betul bersedia.

"Wah,kira korang dah ada perancangan jugaklah." Woozi sedikit cemburu dengan pasangan itu.

"Kau dengan Joshua lak macammana? Takde buat perancangan apa-apa ke selepas tamat sekolah nanti?" Mingyu menyoal lagi.

Joshua dan Woozi saling berpandangan antara satu sama lain untuk seketika. Woozi tersenyum kepadanya membuatkan dia rasa lebih yakin untuk memberitahu mereka.

"Sebenarnya lepas tamat sekolah ni, aku nak kena ikut parents aku balik ke America dan mereka nak aku sambung belajar di sana." Joshua berterus-terang kepada mereka.

"Hah?! Kenapa awak tak bagitahu saya pun?" Jeonghan terkejut mendengar berita itu dari Joshua. Pada masa yang sama dia berasa sedih kerana Joshua tidak memberitahunya lebih awal.

"Maaflah. Saya pun baru je bagitahu Wooji kelmarin dan tak sempat nak bagitahu pada awak dengan yang lain pasal ni."

"Awak akan balik sini lagi kan,Shua?" Jeonghan seakan tak sanggup untuk melepaskan kawan baiknya pergi jauh.

"Ye,saya akan balik sini lagi. Cuma tak tahu bila. Tak sanggup rasanya nak tinggal korang semua dan lebih-lebih lagi,Wooji ni lama-lama. Rindu." Kata Joshua dengan sengihan.

Sambungnya lagi.

"Lagipun Hannie,awak tak lonely lagi macam awal-awal dulu. Kalau tanpa saya sekurang-kurangnya awak masih ada Seungcheol."

"Nae,Shua. Betul sangat."

Jeonghan menjeling manja kepada Joshua dan Seungcheol yang tiba-tiba jadi sekepala itu tapi kemudian dia sendiri tersenyum kecil.

"So,both of you. Any planning?" Seungcheol menujukan soalan kepada Mingyu dan Wonwoo.

Pasangan itu serta-merta tersenyum lebar.

"Ini mesti ada sesuatu ni kan?" Seungcheol sekadar meneka.

"Okay,okay. To be honest,aku dengan Wonwoo memang ada planning. Kitaorang planning untuk berkahwin lepas tamat sekolah nanti."

Reaksi semua orang terkejut tapi gembira mendengarnya. Mereka langsung tak menyangka Mingyu dan Wonwoo akan berkahwin secepat itu.

"Oh,dalam diam kau eh,Mingyu. Hanat." Seungcheol tergelak.

" apa? Eleh, jelesla tu? Wekk. " Mingyu menjelirkan lidahnya kepada Seungcheol.

"Sikit tarak heranlah." Buat pig nose kat Mingyu.

"Jibake punya kawan."

Mereka semua tergelak sejurus itu. Mereka akan rindu saat-saat macam ni. Lepas ni semua akan ikut haluan masing-masing dan mereka akan jarang bertemu.

"Harap semuanya akan berjalan dengan lancarlah seperti yang diharapkan." Kata Woozi.

"Ye. Mudah-mudahan." Wonwoo dan Mingyu membalas serentak.

"Wooji. Aku tengok sejak kau dengan Joshua ni bercinta, kami tercari-cari mana captain kami yang garang dulu tu pergi. Sudah tenggelam di dalam lautan asmara kah? Atau sudah dibawa terbang dek tiupan angin monsun barat daya? Pastu kalau kau punya leteran,tujuh keturunan dengar pun still bernanah telinga auu. Tapi kalau sekarang,ibarat macam pijak semut pun tak mati oo.."

"Ha'ah lah kau kan ke dulu suka pinjam novel cinta dari si Wonwoo ni?" Tambah Seungcheol pula.

Jeonghan,Joshua dan Wonwoo sudah tergelak mendengarnya manakala muka Woozi sudah merah dibuatnya. Marah campur malu. Mereka berdua memang saja nak tengok dia bertukar jadi raksasa hijo.

"YARKKKK,MINGYU-AH,SEUNGCHEOL-AHH. I'M GONNA KILL BOTH OF YOU." Dia menyerang Seungcheol dan Mingyu. Dia menarik merangkul dan menarik leher mereka berdua rapat ke dalam celah ketiaknya. Dia menjerut kuat leher mereka dengan tangan kecilnya hingga buat Seungcheol dan Mingyu mengerang kesakitan dan minta dilepaskan.

Joshua hanya membiarkan saja Woozi beraksi ganas. Dia malah tertawa lagi dan lagi bersama dengan Jeonghan dan Wonwoo.

"Angel-ah. Leher saya dah nak patah ni. Help!" Dia mengadu pada Jeonghan yang sedang tertawa kecil melihatnya.

"Haa,cari pasal lagi. Kan dah kena."

Seungcheol dan Mingyu dan macam anak anjing yang ketakutan.

Wonwoo tolong memicit leher Mingyu.

"Ganas bhai,denihh. Yah,Shua. Atas katil pun dia ganas macam ni gak pa? Aku ingat dia dah berubah rupanya ada lagi DNA raksasa dalam badan dia." Mingyu mengomel. Woozi membaling bantal kusyen tepat mengenai muka Mingyu.

"Arkkk!"

"Mingyu better kau diam before dia smack down kita pulak." Kata Seungcheol perlahan tapi dapat didengari oleh semua orang.

Ketawa mereka meledak disebabkan oleh drama Seungcheol,Mingyu dan Woozi.

...to be continued....

✅ 𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋, 𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐇𝐄𝐀𝐑𝐓! S1 +JeongcheolWhere stories live. Discover now