✨10✨

918 60 13
                                    

Training pada petang itu tamat.

Jeonghan terus melulu pergi ke arah Seungcheol.

"Cheol. Yah,gwaechanna?" Sambil matanya meliar mencari kalau ada kesan cedera pada mana-mana bahagian badan Seungcheol.

Seungcheol kebingungan. Begitu juga dengan Mingyu.

Di satu sudut,Joshua cuba menahan tawanya.

"Saya okay." Jawabnya saja tanpa langsung mengetahui apa-apa.

"Joshua kata awak jatuh banyak kali masa main tadi. Mustahil awak okay. Kalau cedera bagitahu saya. Saya boleh bantu ubatkan."Jeonghan main cakap saja. Dia tak sedar yang sekarang dia sedang menjadi perhatian Joshua,Seungcheol dan Mingyu.

Seungcheol beralih memandang Joshua.
Joshua sedang tersenyum. Sekarang baru dia faham. Kerja Joshua rupanya. Dia pula yang tersenyum saat melihat wajah kerisauan Jeonghan.

"Ya,saya cedera." Kata Seungcheol. Tiba-tiba riak wajahnya dikerutkan seperti sedang menahan sakit.

"Beritahu saya kat mana yang sakit."

"Yeogi." Tunjuk pada hatinya.

"Semakin lama semakin teruk. Saya tak tahu nak buat macam mana lagi. Tapi sekarang ni saya rasa dah makin baik pula sebab saya dah jumpa ubatnya. Dan ubat tu ada dekat depan mata saya sekarang." Pandang Jeonghan.

Muka Jeonghan memerah apabila dia sedar Seungcheol memaksudkannya.

Mingyu tiba-tiba datang berdiri depan Seungcheol dan automatik membelakangkan Jeonghan.

"Ubat kau sini." Mingyu menunjuk pada dirinya sendiri. Dia sengaja membantutkan adegan tadi.

Seungcheol buat tidak endah pada Mingyu.

"Apa yang berlaku ni? Aku tak fahamlah." Soal Mingyu. Dia masih bingung dengan keadaan yang tengah berlaku sekarang.

"Eum listen..actually..saya tak jatuh pun masa main tadi. Saya rasa ada salah faham sikit kat sini." Seungcheol cuba berterus-terang. Risau nanti dia pula yang kena marah sebab cuba bersekongkol juga dengan Joshua.

Berkerut -kerut wajah Mingyu yang cuba untuk memahaminya. Dia sememangnya lambat pickup.

Jeonghan terkejut mendengarnya. Tak lain tak bukan dia tahu ni semua idea siapa.Dia terus berpaling memandang Joshua. Dia nampak Joshua sedang tersenyum-senyum sendiri.Tak guna punya Joshua.

"OHH! Sekarang aku rasa aku dah faham. " Respons Mingyu yang baru tahu agak lambat.

Joshua rasa dia patut perbetulkan semula keadaan kerana dia sendiri yang mulakan.

"Takde apa pun. Ni semua cuma idea saya untuk awak datang ke sini. Tu je.Sorry Hannie-ah."

"Yarkkkkk,Joshua ! Awakkkk ! Erghh. " Jeonghan hanya mampu menahan geramnya pada Joshua. Takde guna kalau dia marahkan Joshua sekalipun sebab dia dah kantoi risaukan Seungcheol tadi.

Laluan Wonwoo dihalang oleh Jun.

"Jun. Please." Wonwoo malas nak melayani Jun.

"Wonwoo. Saya minta maaf atas apa yang berlaku sebelum ni dan sekarang saya nak tebus kesilapan saya. Saya harap awak boleh bagi saya peluang." Rayu Jun. Dia mengenggam tangan Wonwoo.

Wonwoo tidak memberikan sebarang jawapan lagi.

Dia cuba menepis lembut tangan Jun.

✅ 𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋, 𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐇𝐄𝐀𝐑𝐓! S1 +JeongcheolWhere stories live. Discover now