✨31✨

590 49 5
                                    

.
.
.
.

Jeonghan menampar kuat muka Seungcheol. Seungcheol terkedu menerima tamparan itu.

"Saya dah cakap jangan bagi alasan tu ,kan? Your love is disgusting !"

Air mata Seungcheol menitis bila Jeonghan kata begitu.

"Jadi maksudnya hubungan kita selama ni dan cinta awak semuanya tipu?" Dia menguatkan dirinya untuk bertentang mata dengan Jeonghan.

Jeonghan hanya berdiam diri dan menyumpah dirinya sendiri di dalam hati. Dia takde niat pun nak berkata macamtu pada Seungcheol tadi.

Seungcheol mengangguk perlahan kepalanya. "I got it."Kesedihannya makin sukar dikawal.

"Let me ask you something." Dia bercakap dengan memandang ke bawah. Dia tak sanggup lagi nak pandang Jeonghan.

"Do you love Eunjoo ?"

Jeonghan mendiam agak lama.

"I'm asking you, Jeonghan. DO YOU LOVE EUNJOO?!" jerkahnya.

Badan Jeonghan terangkat sedikit kerana terkejut mendengar jerkahan Seungcheol itu.

"YES. I love her. ." Wajahnya diseriuskan dengan intonasi penuh yakin. Dia kemudiannya menangis. Dia tak kuat lagi. Tak sangka dia akan berani katakan itu pada Seungcheol. 'Paboya Jeonghan. Why do you have to lie?'

Air mata Seungcheol dari tadi tidak berhenti mengalir lebih-lebih lagi setelah mendengar jawaban Jeonghan itu.

"Semoga berbahagia,Yoon Jeonghan." Dia dengan sengaja meninggalkan bungkusan makanan di situ dan terus berlalu keluar dari rumah Jeonghan.

'Thanks,Eunjoo. Kau dah berjaya rosakkan hubungan aku dengan Jeonghan.'

Jeonghan jatuh terduduk dan menangis teresak-esak seakan tiada lagi hari esok.

❤️

Mingyu dan Wonwoo yang baru saja mahu berciuman terus terkejut apabila melihat kepulangan Seungcheol secara tiba-tiba.

"Weh,Cheol. Cepatnya kau balik? Camna,Jeonghan suka tak dengan rasa masakan kau tadi?"Namun pertanyaan Mingyu dibiarkan sepi. Seungcheol mengatur langkah ke biliknya.

"Kenapa dengan Seungcheol tu?" Mingyu hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu apabila Wonwoo menyoalnya.

"Saya nak pergi tengok Seungcheol kejap. Awak tunggu sini,okay?" Dia memegang bahu Wonwoo. Wonwoo mengiakannya.

"Eh,cheol. Kau nak pergi mana kemas semua baju tu?" Tanyanya sebaik saja tiba di bilik Seungcheol dan melihat dia memasukkan baju-baju ke dalam beg.

"Mingyu. Aku nak balik rumah parents aku semula. Buat sementara waktu ni aku tinggal kat sana." Balasnya.

"Tapi kenapa? Hey,kau ada masalah ke ? Haa,ni mesti sebab kau gaduh dengan Jeonghan,kan?" Mingyu menjungkit sebelah keningnya.

"Panjang ceritanya,Mingyu. Sorry aku takdapat nak cerita sekarang pada kau." Ujarnya dan berharap Mingyu dapat memahami keadaannya.

Bunyi macam teruk sangat pergaduhan antara Seungcheol dengan Jeonghan.

❤️

"Seungcheol kenapa? Awak dah tanya Seungcheol?" Wonwoo ingin tahu.

"Dah. Tapi saya rasa dia perlukan masa."

"Masa?"

"Dia gaduh dengan Jeonghan. Bunyi macam pergaduhan antara mereka kalini lebih serius dari sebelum ni. Seungcheol nampak tak okay langsung." Mingyu dapat rasakan kesedihan kawan baiknya itu.

"Jadi apa kita nak buat sekarang?"

"Buat sementara ni,kita biarkan Seungcheol tenangkan fikirannya dulu. Nanti kalau dia dah okay,saya akan cuba tanya dia sekali lagi. Lepastu baru kita fikir apa nak buat." Dia mengusap rambut Wonwoo.

❤️

Jeonghan membuka bungkusan makanan itu. Makanan kegemarannya; stew kimchi dan ayam goreng.

Air matanya mengalir lagi untuk yang kesekian kalinya harini.

Dia kemudian memandang cincin yang tersarung indah di jari kelingkingnya.

"Semoga berbahagia,Yoon Jeonghan." Ayat terakhir Seungcheol terngiang-ngiang di telinganya.

Beginikah pengakhiran hubungan mereka? Jujur,dia belum bersedia.

...to be continued...

✅ 𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋, 𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐇𝐄𝐀𝐑𝐓! S1 +JeongcheolWhere stories live. Discover now