✨11✨

855 62 1
                                    

Mingyu membelai lembut rambut sambil menatap lama wajah Wonwoo yang sedang tidur.

Dia tak boleh bayangkan nasib Wonwoo lepas ni kalau dia lambat sampai tadi. Jun tu memang tak guna. Kalau ikutkan hati nak je dia belasah Jun tu sampai mati. Mujur dia masih tahu akan kesannya kalau dia buat demikian tanpa berfikir panjang.

Satu kebetulan dia ternampak Wonwoo dan Jun di kelab tadi. Pada awalnya Mingyu cuba untuk buat tidak tahu saja apa yang berlaku antara mereka tapi disebabkan dia tahu perangai setan Jun itu dia jadi tidak sedap hati untuk biarkan Wonwoo bersamanya. Jadi dia perhatikan saja setiap gerak-geri mereka. Dia tak tahu apa yang difikirkannya pada tika itu. Apa yang dia tahu dia cuma mahu pastikan Wonwoo berada dalam keadaan baik dan selamat.

Flashback:

Mingyu nampak Jun cuba untuk mencium Wonwoo. Dia terus mencengkam baju belakang Jun dan menariknya kuat. Masa Jun cuba untuk memusingkan badannya,dia terus melepaskan satu tumbukan padu pada muka Jun.

"Jauhkan diri kau dari dia kalau kau taknak aku pecahkan muka kau !" Tengking Mingyu.

Jun memegang tepi bibirnya yang pecah dan berdarah akibat tumbukan Mingyu itu. Dia masih lagi terkejut dan tak menyangka Mingyu akan berada di sini.

"Kau tu bukan sesiapa. Ni antara aku dengan dia. Kau takpayah nak sibuklahhh!" Jun geram. Dia mengenggam penumbuknya dan kemudian tangannya laju menumbuk muka Mingyu.

Mingyu membalasnya dengan menumbuk perut Jun. Mereka berbalas-balas tumbukan.

Jun akhirnya jatuh tersungkur dan memuntahkan darah.

"Kalau kau nak lepaskan nafsu kau tu kau kena ingat yang Wonwoo bukan orangnya. Kau takde hak nak sentuh dia!"

"And one more things....kalau kau rasa aku ni bukan sesiapa pada Wonwoo.. aku rasa kau dah silap because i am his boyfriend. " Mingyu tidak tahu kenapa tapi dia rasa selesa mengaku dirinya ialah boyfriend kepada Wonwoo.

"Orang bodoh je yang taknak kan Wonwoo tu." Dia tergelak sendiri,sengaja untuk menyakitkan hati Mingyu.

"Aku lebih kenal Wonwoo tu dari kau. Dari dulu sampai sekarang dia tak pernah ada boyfriend jadi kau takpayahlah nak acah mengaku kau boyfriend dia untuk jadi hero kat sini. Takde sapa nak tengok pun." Jun berterusan mengeluarkan kata-kata yang menaikkan amarah Mingyu.

"Kau ni memang nak mati kannn?!!!"

Mingyu hilang sabar dan terus menumbuk bertalu-talu muka Jun sehingga dia rasa sedikit puas.

"YOU BETTER KEEP YOUR MOUTH SHUT !"

Jun terbaring lemah selepas tumbukan itu.

" Remember this is your last warning.Aku takkan teragak-agak nak belasah kau sampai mati kalau kau berani dekati Wonwoo lagi. " Dia menolak kasar dagu Jun.

Jun terpaksa mengalah memandangkan keadaan dirinya yang nyawa-nyawa ikan sekarang.

"Wonwoo."

Dia mendapatkan Wonwoo yang sudah tidak sedarkan diri.

End flashback.

Tubuh Wonwoo seakan menggigil. Tapak tangan Mingyu menyentuh dahi Wonwoo.

Oh,god. Panas sangat.

❤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
✅ 𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋, 𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐇𝐄𝐀𝐑𝐓! S1 +JeongcheolWhere stories live. Discover now