✨20✨

724 56 2
                                    

Setiap kali mereka terjumpa tak kira di sekolah atau dimana saja Seungcheol asyik mengelak daripada Jeonghan. Hampir seminggu sudah mereka tidak bercakap antara satu sama lain. Jeonghan rasa sedih kerana Seungcheol tidak pernah berbuat begitu kepadanya. Ya,dia tahu dia salah tapi tak boleh ke bagi dia peluang untuk jelaskan semuanya?

"OPPA!" Laung tiga orang yeoja yang berada tidak jauh di hadapannya dengan serentak. Mereka berlari-lari anak mendapatkan Jeonghan.

"Eoh,Minsoo, Eunjoo, Solhyun. Ada apa ni?" Dia ingat setiap nama ketiga-tiga yeoja itu. Mereka adalah junior yang selalu datang belajar piano darinya.

"Oppa free tak esok?" Eunjoo lantas bertanya memandangkan esok sudah bermula cuti musim panas mereka selama seminggu.

"Free je.Kenapa? Korang bertiga nak belajar main piano ke?" Jeonghan masih tak tahu apa-apa.

"Eh,takk!" Mereka membalas serentak dan kemudian mereka saling berpandangan seperti memberi isyarat antara satu sama lain.

"Eum,sebenarnya macam ni oppa..." Minsoo mula membuka mulut bagi pihak dua orang kawannya itu.

Jeonghan membiarkan Minsoo menghabiskan ayatnya.

"Kami ingat nak ajak oppa pergi ke busan esok untuk 3 hari 2 malam. Short vacay. Oppa nak join kami tak?"Ujar Minsoo dan berharap sangat Jeonghan sudi untuk mengikuti mereka.

Jeonghan terdiam agak lama sebelum memberi respons pada mereka bertiga.

"Minsoo,Solhyun,Eunjoo..rasanya oppa tak bolehlah kalau nak ikut awak bertiga ke Busan." Dia cuba menolak lembut. Mana mungkin dia mahu pergi ke Busan bersama tiga orang perempuan manakala dia seorang saja lelaki.

Mereka bertiga mengeluh kecewa apabila Jeonghan menolak pelawaan mereka.

"Tapi oppa. Kita ke sana bukan berempat je. Kami ajak yang yang lain juga." Solhyun mencuba sekali lagi untuk mengajak Jeonghan. Dia seolah-olah tahu apa yang Jeonghan fikirkan tadi.

"Ha'ah oppa. Takkanlah kami nak biarkan oppa takde teman kat sana nanti. Lainlah kalau oppa sanggup kami temankan. Heheheu."Gurau Minsoo. Kemudian yang lain hanya tersengih dengan gurauan Minsoo itu.

Jeonghan hanya tersenyum pahit mendengar gurauan Minsoo tadi. Memang taklah.

❤️

Seawal pukul 7.30pagi,mereka berenam bertolak ke Busan dengan menaiki train.

Sebaik sahaja sampai,mereka check-in terlebih dahulu di chalet yang telah mereka booking. Bilik lelaki dan perempuan asing dimana Jeonghan,Joshua dan Woozi berkongsi satu bilik sekali manakala bilik satu lagi dikongsi oleh Eunjoo,Minsoo dan Solhyun.

Mereka mengambil keputusan untuk beristirehat di dalam bilik sebelum melakukan sebarang aktiviti lain.

Jeonghan menguak luas langsir balkoni itu dan terbentang luaslah pemandangan indah di hadapan mata mereka. Apa yang paling mengujakan mereka bila bilik mereka betul-betul bertentangan dan tidak jauh dari pantai. Jadi,mereka dapat rasakan angin pantai yang segar dan nyaman menerjah masuk ke dalam bilik mereka itu.

"Dah lama rasanya tak pergi short vacay macam ni." Ujar Joshua dengan nada teruja. Dia kemudian merebahkan badannya di atas tilam katil yang super empuk dan selesa tu.

Jeonghan mendengar tapi dia tidak memberikan sebarang respons. Dia seronok melihat pantai. Bunyi deruan ombak kecil yang datang menghentam(?) gigi air sangat mengasyikkannya. #mainhentamjaayattu.

"Wooji-ah~Sinilah. Baring sini." Dia mengajak WooZi sambil menepuk tilam yang masih ada ruang di sebelahnya..

Telinga Woozi memerah. Sesungguhnya dia malu bila ajakan Joshua itu didengari oleh Jeonghan. Lagi bertambah tak selesa kalau nanti Jeonghan terpaksa melihat mereka bermesra-mesraan.

✅ 𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋, 𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐇𝐄𝐀𝐑𝐓! S1 +JeongcheolWhere stories live. Discover now