✨25✨

813 50 1
                                    

Cuti musim panas mereka pun sudah berakhir dan harini mereka semua memulakan hari persekolahan seperti biasa.

Jeonghan tersenyum seorang diri di saat memandang cincin yang tersarung di jari kelingkingnya. Cincin ni Seungcheol bagi kepadanya masa hari dorang balik dari Busan dan sebaik saja sampai di rumahnya.

"Amboi , sejak sejak bahagia ni saya tengok senyuman tak pernah lekang dari bibir awak." Usik Joshua yang berada di sebelah Jeonghan. Di dalam kelas mereka memang duduk sekali. Deskmate la katakan.

Jeonghan makin tersenyum lebar bila Joshua mengusiknya.

"I am really happy for you and Seungcheol."

"Thanks, Shua." Dia pandang Joshua lama. Dia speechless sangat. Banyak yang dia nak berterima kasih pada Joshua tapi tak dapat nak diungkapkan semuanya.

"Takde apalah Hannie. Dah jangan pandang saya lelama macam tu. Kang dari mata turun ke hati lak. Wuish manalah saya nak letak si Wooji kesayangan saya tu." dia sekadar bergurau.

Jeonghan memukul lembut lengan Joshua sambil tertawa kecil.

"Takde maknanya saya nak sampai turun ke hati awakkk,Shua. Saya pun ada Seungcheol laa. Wekkk." Jeonghan menjelirkan lidahnya.

Joshua pun tersenyum.

"Hannie. Awak ingat lagi Channie ? Budak junior yang awak pernah temankan di bilik rawatan dulu tu ?" Dia tetiba mengingatkan Jeonghan semula pasal budak lelaki itu.

"Mestilah ingat. Waeyo ?" Dia hairan kenapa Joshua tetiba saja teringat pasal Chan.

"Saya ada terserempak dia tadi dan saya dah minta maaf kat dia pasal kejadian tempoh hari tu yang saya ada marah dia. " Cerita Joshua.

"Awak buat perkara yang betul,Shua." Dia bangga dengan Joshua.

"Ya , saya tahu." Dia tersengih.

"Chan bagitahu saya dia nak jumpa awak balik nanti."

"Jumpa ?"

"Nae." -" Tapi satu je saya nak pesan, Hannie. Awak jangan layan dia lebih-lebih sangat. Saya perasan dia macam dah minat kat awak." Joshua sekadar memperingatkan Jeonghan.

"Geogjeong maseyo."

❤️

"Awak nak jumpa Channie ?" Tanya Seungcheol semula sambil jari jemarinya bantu menyelitkan rambut panjang Jeonghan di tepi telinganya.

"Eoh."

"Kalau macam tu awak pergilah jumpa dia dulu. Mana tahu ada hal penting ke. Pasal saya awak jangan risau. Saya boleh je tunggu awak." Seungcheol hanya beranggapan baik je.

Jeonghan menggelengkan kepalanya.

"Saya nak awak follow saya. Saya taknak jadi macam haritu lagi." Dia memuncungkan bibirnya sambil menunduk ke bawah. Dia masih rasa serba salah kerana pernah buat Seungcheol menunggunya.

"Angel. Kalau saya ikut awak sekali nanti apa pula kata Chan. Dia cuma nak jumpa awak. Awak pergi jumpa dia sorang ya ?" Dia memicit dagu Jeonghan dan menolaknya naik ke atas, memandangnya.

Jeonghan memeluk tubuh Seungcheol.

"Saya janji saya takkan biarkan awak menunggu saya lama lagi." Dia meletakkan kepalanya di dada Seungcheol.

Seungcheol menghidu dan mencium rambut Jeonghan dengan senyuman.

❤️

✅ 𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋, 𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐇𝐄𝐀𝐑𝐓! S1 +JeongcheolWhere stories live. Discover now