✨34✨

617 51 3
                                    

Eunjoo kembali ke bilik tidur Jeonghan setelah siap memasakkan bubur untuknya.

"Oppa,mari makan. Saya ada buatkan bubur ni untuk oppa. Dijamin sedap." Dia tersenyum pada Jeonghan yang sedang terbaring di atas katil.

Jeonghan hanya berdiam diri. Sia-sia je kalau dia menolak sekalipun kerana Eunjoo pasti akan tetap memaksanya.

"Buka mulut,oppa. Say aghh-" Eunjoo menganggakan mulutnya persis seperti seorang guru yang sedang mengajar anak muridnya membaca. Dia perlahan-lahan menyuakan sudu ke mulut Jeonghan.

Jeonghan menepis kasar tangan Eunjoo sehingga sudu itu terlepas dari tangan Eunjoo. Eunjoo tersentak.

"Yah, apa yang tak kena dengan oppa ni,hah?!" Eunjoo mula melenting. Dah lama dia bersabar dengan perangai Jeonghan.

"Saya tak tahulah sama ada oppa ni betul-betul nampak atau saja buat-buat tak nampak yang saya dah berusaha keras dan sanggup buat macam-macam untuk buat oppa terbuka hati untuk terima saya. Tapi apa yang saya dapat hanyalah satu penghinaan. Oppa ni memang takde hati kan?" Eunjoo mula menangis. Dia takdapat menahan air matanya kerana hatinya sudah terlalu sakit dengan sikap Jeonghan terhadapnya.

"Saya ingat lepas saya berjaya buat oppa dengan Seungcheol oppa bergaduh teruk,semuanya akan berakhir. Tapi kenapa masih sama juga? Kenapa susah sangat untuk oppa terima cinta saya? Dan kenapa susah sangat untuk oppa berpisah dengan Seungcheol ? Wae~!!!" Dia semakin beremosi.

"Maksudnya selama ini cuma rancangan awak untuk pisahkan kami ? Awak kata yang awak dicederakan dan diugut. Adakah semuanya tu tipu?" Jeonghan bersuara lemah. Dengan sisa kekuatan yang masih ada dia perlu tahu kebenarannya hari ini juga.

"Ya.Semua tu memang rancangan saya. Seriously,saya dah penat dengan semua ini,penat dengan oppa,penat menunggu cinta oppa dan penat berpura-pura yang saya okay di depan oppa!!Saya penat,penat,penat!!!" Jeritnya kerana geram.

"Kenapalah takde sorang pun yang faham saya,faham perasaan saya? Saya cuma mahu mencintai dan dicintai macam orang lain. " Suaranya dikendurkan. Dia menangis teresak-esak.

"Eunjoo. Kenapa Eunjoo sanggup buat macamni? Awak tahu tak oppa betul-betul percayakan awak. Oppa sanggup abaikan apa yang kawan baik oppa cakap pasal awak malah oppa sanggup marah,tuduh dan hina Seungcheol sebab oppa percayakan awak tahu tak?!" Dia meninggikan suaranya di hujung ayatnya.

"Sekarang awak boleh kata yang ni semua memang rancangan awak? Oppa menyesal jumpa orang yang macam awak ni,Eunjoo."Tak sangka Eunjoo akan buat dia begini. Eunjoo tipu dan memperbodohkan dia macam badut.

"Oppa tahu kan kenapa saya buat semua ini? Oppa tolak cinta saya. Oppa ingat saya akan berdiam diri dan biarkan saja oppa dengan Seungcheol oppa hidup bahagia? Haritu masa saya kata yang saya dah tak sukakan oppa,oppa tahu tak betapa sakitnya hati saya ni sebab terpaksa menipu tentang perasaan saya sendiri? Oppa tak tahu."

"Oppa dah beritahu banyak kali pada awak yang oppa tak pernah sukakan awak. Kenapa masih berharap yang oppa akan terima awak? Tolonglah Eunjoo. Biarkan oppa hidup bahagia dengan orang yang oppa sayang." Dia mencapai tangan Eunjoo.

"Oppa merayu sangat pada awak,Eunjoo. Berhenti berharap pada cinta oppa lagi. Kalau Eunjoo dah penat dengan semua ni,oppa pun penat. Oppa taknak tengok awak terluka lagi disebabkan oppa." Jeonghan kini betul-betul merayu.

"Eunjoo seorang yeoja yang cantik,baik dan sangat suka mengambil berat. Oppa yakin ada lelaki lain yang lebih layak untuk awak. Percayalah Eunjoo,awak akan jumpa lelaki yang juga mencintai awak seperti mana awak mencintainya ."

Eunjoo menangis. Dia mengenggam tangan Jeonghan. Dia tak tahu nak kata apa. Sekarang dirinya cuma dibelenggui dengan perasaan bersalah kepada Jeonghan dan Seungcheol.

"M-mia-mianhae,oppa. Sa-saya salah." Dia tersedu-sedan menahan tangisannya.

"Dahlatu. Oppa maafkan."Tangan Jeonghan yang satu lagi mengusap kepala Eunjoo.

"Kalau oppa betul maafkan saya,tolong cakap yang oppa tak cintakan saya tapi oppa cintakan Seungcheol oppa buat kali terakhir. Jebal. Saya akan cuba melupakan oppa lepas ni. Saya janji." Dia menyatakan permintaan terakhir kepada Jeonghan.

Jeonghan akur.

"Oppa tak cintakan Eunjoo. Oppa cuma cintakan Seungcheol. Cuma Seungcheol seorang saja yang oppa cintai."

Tangan Eunjoo terus menyeka air matanya yang kian laju mengalir. Dia kena move on mulai sekarang. Ini akan jadi air mata terakhir buatnya. Dia takkan menangis lagi kerana Jeonghan.

"Saya sangat mencintai awak,Seungcheol. Always." Entah kenapa dia rasa sebak. Ya,dia sangat mencintai Seungcheol. Dia juga sangat merindui Seungcheol.

"Saya pun sangat mencintai awak,angel."

...to be continued....

✅ 𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋, 𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐇𝐄𝐀𝐑𝐓! S1 +JeongcheolWhere stories live. Discover now