✨6✨

962 65 5
                                    

Sepanjang masa pertama dan masa kedua pelajaran Sastera Seungcheol tidur.

Mingyu walaupun tidak tidur tapi dia tidaklah begitu fokus kepada apa yang diajarkan oleh cikgunya di hadapan.

Dia malah menongkat dagu dan tumpuannya sekarang adalah pada Wonwoo.

Wonwoo. Setiap gerakan lelaki itu diperhatikan.

Dari arah belakang,Mingyu perasan Wonwoo seperti sedang mencatatkan sesuatu. Pastinya nota ringkas dari penerangan yang diberikan oleh cikgu. Rajinnya.

Wonwoo sememangnya top student dalam kelas ini.

Fikirannya melayang mengingati untuk pertama kalinya masa birthday party Vernon haritu dia rasa berdebar sangat bila dengan Wonwoo.

Selama ini dia cuma suka mengusik Wonwoo je sebab baginya Wonwoo nampak sangat comel bila dia malu.

Mingyu malas mahu meletakkan sebarang spekulasi lagi melibatkan perasaannya itu. Mungkin juga masa tu dia berdebar sebab lain. Dia juga tak tahu. Yang pasti dia tahu itu bukan sebab dia sedang jatuh cinta. Lol.

❤️

Waktu rehat.

Seungcheol menjamah roti sandwichnya dengan lahap.

Lepas tidur tadi buat perut dia jadi sangat lapar. Tapi nak buat camna dah dia mengantuk. Dahlah kelas tadi semuanya membosankan.

Kelas apa je yang kau tak tido CHEOL uii. Semua kau tido. Wkwkwkwk

Seungcheol perhatikan Mingyu seperti sedang mengelamun.

Menghairankan ni. Selalu hyper je.

"Wuit Gyu. Kau ok tak ni?" Seungcheol melayang-layangkan tangannya di hadapan wajah Mingyu.

Mingyu terus tersedar sebaik sahaja mendapat gangguan daripada Seungcheol.

"Apa kau tanya tadi?" Dia tak fokus tadi.

Seungcheol menepuk dahinya.

"Aku tanya. Kau.Ok.Ka.Tak?" Tanyanya untuk kali kedua tapi dengan ayat patah demi patah supaya Mingyu lebih jelas.

"Hm." Balasnya sepatah.

Pehal mamat ni?

"Haa taw dah tak ok. Gitau jelah aku kau kenapa?" Seungcheol sememangnya sudah tahu Mingyu tak ok cuma sekadar bertanya untuk pastikan semula keadaannya takut dia tersalah faham.

"Betul ke kalau kita rasa berdebar-debar means kita dah jatuh cinta dengan someone tu?" Soal Mingyu secara mendadak dan serba-sedikit mula mahu berkongsi dengan Seungcheol tentang masalahnya. Bila dia pendam semua ni buat dia makin serabut.

Selama ini pun Seungcheol jelah tempat dia luah macam-macam tak kiralah masalah apa pun.

"Act aku saja cakap je haritu. Tapi kalau kau rasa debar yang lain macam tu haa kira betulla tu."

Mingyu menggigit bibir bawahnya setelah mendengar kata-kata Seungcheol itu.

"Kau dah dapat tanda-tanda 'aneh' tu dah ke?" Seungcheol mendekatkan wajahnya ke arah muka Mingyu. Dia sengaja merenung ke dalam anak mata Mingyu dengan senyuman untuk mengusik.

Mingyu terus menolak dahi Seungcheol dengan tapak tangannya supaya dia segera menjauhi dari wajahnya.

"Setakat ni aku cuma rasa berdebar -debar je. Cuma macam mana aku nak tahu kalau aku betul jatuh cinta ni?Dah kalau betul yang aku rasakan sekarang ni cinta..apa aku nak buat,Cheol. Apa aku nak buat?!" Dia mengoncang-gocang tubuh Seungcheol. Mingyu sememangnya tidak dapat bertenang.

✅ 𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋, 𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐇𝐄𝐀𝐑𝐓! S1 +JeongcheolWhere stories live. Discover now