✨1:𝑷𝒂𝒓𝒕 𝑰𝑰✨

1.2K 96 11
                                    

"Woi!"

Satu suara menjerkah ke arah mereka berdua.

Seungcheol dan Mingyu serentak menoleh ke arah pemilik suara itu.

Seperti yang mereka jangkakan.

Dia ialah Seungkwan. Pengawas sekolah yang paling di anti oleh semua pelajar.

 Pengawas sekolah yang paling di anti oleh semua pelajar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seungkwan
+Dipanggil sengkuang/boo.
+pengawas sekolah yang terlalu mengikut peraturan sekolah.
+kaki report atau tulis nama pelajar yang langgar peraturan sekolah.

Seungcheol dan Mingyu buat muka menyampah apabila dia datang menghampiri mereka.

Seungkwan kini berdiri secara bertentangan dengan Mingyu dan Seongcheol.

"So..?" Dia mengangkat sebelah keningnya.

"Pehal kau ada kat sini?" Seungcheol bertanya dengan nada sedikit dingin.

"Well. Aku dekat sini sebab aku ditugaskan untuk memantau korang berdua. Ada masalah?" Dia berpeluk tubuh dan memandang angkuh Mingyu dan Seungcheol.

Itu yang membuatkan mereka lagi bertambah sakit hati.

"Awalnya tadi memang takde masalah tapi lepas kau muncul depan kitaorang terus semuanya jadi bermasalah." Mingyu menghentam Seungkwan dengan kata-kata tak berlapiknya.

Seungkwan tersenyum sinis mendengar kata-kata Mingyu itu.

"Aku tahu korang berdua tak habis lari lagi. Nak aku bagitahu Cikgu Song? So that korang boleh lari lagi 10 round. Wah,mesti best kan?" Seungkwan sengaja mahu menaikkan amarah mereka berdua.

"Bagitahulah. Sikit tak heranlah." Seungcheol sengaja mahu tunjuk lagaknya.

"Kau gila. Kau lari 10 round tadi pun dah macam nak pengsan. Ni kan lagi..." Mingyu hampir lost control buat seketika.

"Shhh..diamlah. Aku tahu apa aku cakap." Katanya secara perlahan kepada Mingyu. Sebenarnya dia pun tak sangka dia akan cakap sembarangan tanpa berfikir terlebih dahulu.

Mati kalau dia betul laporkan pada Pn.Song.

"Baik. Aku akan laporkan." Dia pantang dicabar.

Baru je dia mahu melangkah,lengannya sempat ditarik oleh Seungcheol dan Mingyu.

"Okay okay. Kitaorang lari. Tak payah bagi tahu Cikgu Song pape. Deal?"Mingyu beralah dengan Seungkwan.

"Okay then." Seungkwan senyum kemenangan.

Dia mahu akhiri semua ini dengan cepat.

"Cheol. Jom." Ajak Mingyu.

"Eung." Dia sempat memberi jelingan maut kepada Seungkwan sebelum menyambung semula lariannya bersama Mingyu.

❤️

Akhirnya selesai 30 pusingan.

Mingyu dan Seongcheol terus terbaring kepenatan di atas padang.

Sungguh memenatkan. Dan mujur Sengkuang dah pergi melapor diri kepada Pn.Song setelah mereka berjaya menghabiskan larian mereka.

Mereka memejam mata mereka.

"Aku harap lepas ni aku tak jumpa lagi si sengkuang tu." Kata Mingyu dengan perasaan yang masih sakit hati.

"Kalau jumpa memang nahaslah budak tu." Perasaan Seungcheol sama dengan Mingyu.

Dua-dua sakit hati kerana ugutan Seungkwan nak beritahu pada Pn.Song yang mereka tidak mahu habiskan larian.

Masing-masing mendiam diri.

"Hello. Are you guys okay?" Satu suara menegur mereka.

Mata Mingyu dengan Seungcheol celik dengan serentak.

Lagi terbeliak mata mereka melihat wajah yang terpampang di atas muka mereka.

"J-Jeong.." Mingyu tergagap-gagap.

Oh my god,what kind of creature is this. So beautiful. Perfect.

Seungcheol tersenyum seorang diri. Dia terpukau dengan kecantikkan Jeonghan. Jantungnya berdegup laju.

"Mingyu. Kawan awak ni ok tak?" Jeonghan bertanya untuk mendapatkan kepastiannya setelah dia nampak keadaan Seungcheol macam tak ok.

Mingyu mengalih pandangan ke arah Seungcheol.

Shit.

Seungcheol senyum macam orang tak betul.

"He.he. Dia.m-memang tak ok." Mingyu bantu untuk cover Seungcheol supaya tak kantoi.

Faham sangat perangai Seungcheol bila berhadapan dengan crush dia macam mana.

Jeonghan pandang Mingyu. Mukanya berkerut. Dia tak faham.

"Dia alami penyakit..errr..penyakit..Ma.mala.."

Aduh,dia lupa nama penyakit tu. hentam jelah.

"Malaria." Sambungnya dengan yakin.

Jeonghan gelak kecil mendengarnya.

"Malaria tu penyakit yang disebabkan oleh gigitan nyamuk tiruk atau anopheles." Jelas Jeonghan untuk memperbetulkan kesalahan istilah yang digunakan oleh Mingyu tidak kena dengan situasi sekarang.

Mingyu terpegun mendengarnya. Kemudian malu sendiri.

"Sebenarnya Seungcheol..dia alami kekejangan lepas lari 30 pusingan tadi." Beritahu Mingyu masih dengan idea untuk menarik perhatian Jeonghan.

"Kalau macam tu kita kena bawak dia pergi bilik rawatan dengan segera."Usul Jeonghan.

Dia memandang Seungcheol. Lelaki itu langsung tidak berkerdip mata melihatnya.

Kejang otot atau kejang mata?

"Haa.elok sangatlah tu." Mingyu berdiri. Dia memperbetulkan uniform sekolahnya yang sudah menjadi tidak terurus.

Mereka bantu mengangkat Seungcheol.

"Mingyu. Awak tolong beritahu pada guru bertugas. Saya akan bawa Seungcheol ke bilik rawatan." Jeonghan memberi arahan.

Dia kini sedang memapah tubuh Seungcheol.

"Ouh.Okay.Tolong jagakan Seungcheol untuk aku ye,Han." Dia memberi senyuman penuh makna ke arah Seungcheol.

Seungcheol tersenyum kecil. Dia tidak mahu Jeonghan perasan tentang itu.

"Jangan risau." Balas Jeonghan dengan senyuman.

"Ouch ouchh.." Seungcheol mengaduh sakit. Dia berpura-pura kekejangan supaya dapat dekat dengan Jeonghan.

Mingyu segera pergi meninggalkan mereka.

"Bertahan. Saya akan bawa awak ke bilik rawatan." Beritahu Jeonghan dan mula mengatur langkahnya perlahan bersama Seongcheol.

'Mission completed.' Hati kecil Seungcheol bersorak riang. Dengan bantuan Mingyu dia dapat rapat dengan Jeonghan.

Thanks to his beloved friend,Mingyu.

.....To be continued....

✅ 𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋, 𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐇𝐄𝐀𝐑𝐓! S1 +JeongcheolWhere stories live. Discover now