✨18✨

723 54 8
                                    

Mereka sampai di hadapan rumah Wonwoo.

"Kau nak aku teman kau tak malam ni?" Mingyu bertanya. Dia kalau boleh taknak Wonwoo duduk bersendirian di dalam rumah ini sebab dia risau.

Wonwoo melakar senyuman. "Takpe." Kekadang terdetik juga dalam hati tu nak Mingyu temankannya.

"Cakap je bila-bila saja kau nak aku datang teman kau,okay? Aku pasti akan datang."Dia memegang kepala Wonwoo.

Wonwoo rasa berbunga mendengarnya.Kalau macamni,setiap hari dia mahu Mingyu datang temankannya.

"Team aku dah menang harini. Jadi,aku dah boleh minta sesuatu la kan?" Dia sengaja mahu mengingatkan Wonwoo mengenai itu.

"Nae. Kalau camtu apa yang kau nak minta?"

Mingyu terdiam dan berfikir sejenak. Dia pun masih belum fikir betul-betul apa yang dia nak.

"Well. Not yet. Buat masa sekarang aku nak simpan dulu permintaan ni. Nanti aku bagitahu bila aku rasa aku nakkan sesuatu dari kau."

Selagi Wonwoo tak tahu apa yang Mingyu nak minta selagi tulah dia rasa berdebar. Janganlah nanti dia minta yang bukan-bukan.

❤️

Jeonghan tergesa-gesa berlari mendapatkan Joshua yang berada di luar pintu pagar sekolah.

"Shh-shua!" Dia kemengahan sebab berlari tadi.

"Hei,awak dari mana ni?" Tanya Joshua kebingungan setelah melihat Jeonghan seperti sedang dikejar oleh sesuatu(?).

"Saya dari resting room tapi dah takde sesiapa. Awak ada nampak Seungcheol tak,Shua?"

"Hannie. Memanglah dah takde sesiapa. Sekarang dah pukul 5.30petang. Saya rasa Seungcheol pun dah balik." Fikir Joshua.

Jeonghan mengeluh kecil.

"Ni dah kenapa pula ni?" Muka cemberut Jeonghan dipandang.

"Shua. Saya rasa serba salahlah sekarang. Seungcheol mungkin dah tunggu saya lama tadi tapi saya tak datang-datang pun."Dia jadi resah.

"Kenapa awak tak call je bagitahu dia kata awak ada club meeting?"

"Bateri fon saya kong." Dia mengeluh untuk kesekian kalinya.

"Laa.." "so,awak nak pinjam fon saya tak call dia?" Dia meraba kocek seluarnya untuk mencari telefonnya tapi dihalang oleh suara Jeonghan.

"Takpayah Shua. Nanti saya pergi jumpa dia sendiri bagitahu. Saya takut dia salah faham."

"Haa, eloklah kalau macam tu."

"Eoh,Hannie-ya. Saya nak bagitahu awak yang team Warrior menang perlawanan bola keranjang tu." Dia memberitahu sekadar untuk makluman Jeonghan.

"Jinjja?!" Dia terkejut dan pada masa yang sama teruja.

Joshua mengiakan dengan senyuman.

"Omo. Saya dah agak dah mereka pasti akan menang." Dia menekup mulutnya yang melopong sebab terlampau teruja.

Joshua menggeleng-geleng melihat reaksi Jeonghan itu.

"Yah,Hannie. Awak dapat agak tu pun sebab Seungcheol kan?" Dia smirked pada Jeonghan dengan senyuman penuh makna.

Pipi Jeonghan memerah. Dia menumbuk lembut lengan Joshua.

"Mana adalah." Katanya dengan malu-malu.

"Eleh. Yelahtu." Dia mengumam perlahan dengan senyuman.

"Hannie. Apa perasaan sebenar awak terhadap Seungcheol?" Hati Joshua tetiba mendesak untuk bertanyakan pada Jeonghan tentang perkara yang dah lama dia ingin tahu.

Jeonghan hanya diam. Bukan dia tiada jawapan untuk itu,dia ada cuma dia masih teragak-agak untuk memberitahu Joshua walaupun dia sedar Joshua ada hak juga untuk tahu sebagai kawan baiknya.

"Saya yakin yang awak sebenarnya sayangkan dia,kan?" Dia cuma mahukan kepastian saja dari Jeonghan sebab itu dapat membuktikan apa yang difikirkan olehnya selama ini tak salah. Waktu dia fikir Seungcheol sememangnya sukakan Jeonghan pun sama. Semua itu ternyata memang betul. Instinct nya tak pernah silap.

Itu soalan yang hampir sama dia perlu jawab pada Seungcheol nanti. Entah kenapa dan bagaimana,rasa teragak-agaknya tadi serta-merta hilang. Ya,mungkin dah tiba masa untuk dia berterus-terang kepada Joshua mengenai Seungcheol yang dipendamnya selama ini.

"Tak. Saya tak sayangkan Seungcheol."

❤️

Seungcheol terdengar samar-samar macam namanya disebut. Suara itu kedengaran seperti tidak begitu jauh darinya. Dia pun mencari arah datangnya suara itu. Suara itu akhirnya membawa dia kepada Jeonghan dan Joshua. Dia berada tidak beberapa jauh di belakang mereka dan cuba meneruskan lagi langkahnya untuk mendekati mereka.

Namun,langkahnya terberhenti mendadak apabila telinganya terdengar sesuatu yang tidak menyenangkan.

Namun,langkahnya terberhenti mendadak apabila telinganya terdengar sesuatu yang tidak menyenangkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tak. Saya tak sayangkan Seungcheol."

Jantung Seungcheol hampir gugur. Dia langsung tak sangka akan tahu lebih awal jawapan sebenar dari Jeonghan kepada pertanyaannya tadi dalam keadaan macam ini. //bacacampelik.

Dia memegang(?) hatinya yang tetiba terasa sangat sakit bagaikan disiat-siat dengan pisau.

Dia mengundurkan langkahnya secara senyap ke belakang dan segera berlari pergi dari situ dengan perasaan kecewa,sakit dan segalanya bercampur-baur.

~Sampai hati awak,Jeonghan!~

......to be continued.....

Maaf sangat chap.ni hambar.😭 Tapi betul ke Jeonghan tu tak sayangkan Seungcheol? So,kiranya dalam previous chap.Jeonghan cuma nak bermain dengan kata-katanya untuk bagi Seungcheol rasa semangat jelah? Okay,jawapannya simple. Nak tahu teruskan membaca chapter-ii yang akan datang.

✅ 𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋, 𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐇𝐄𝐀𝐑𝐓! S1 +JeongcheolWhere stories live. Discover now