✨32✨

620 49 0
                                    

Joshua dan Woozi baru tahu yang Jeonghan dan Seungcheol bergaduh dari Mingyu tapi mereka masih belum tahu punca sebenarnya.

Jeonghan banyak mengelak dari berjumpa dengan Joshua. Malah, di dalam kelas pun dia sanggup duduk di tempat paling belakang. Dia belum bersedia nak berhadapan dengan Joshua dan juga kawan-kawannya yang lain.

Seungcheol pula sudah tidak seceria selalu. Harini hatinya sakit dan dia bertambah sedih bila dia ternampak Jeonghan dan Eunjoo makan bersama di kafeteria tadi. Cintanya selama ini memang tak bermakna apa-apa ke buat Jeonghan?

"Seungcheol. Kau macammana harini. Kau dah okay?" Mingyu cuba mengambil berat pasal Seungcheol. Dia kena buat Seungcheol ceritakan padanya kerana dia tak boleh biarkan Seungcheol terus memendam sendiri masalahnya.

"Okay sikit." Tipunya.

"Kau masih tak bersedia lagi ke nak ceritakan apa-apa pada aku?"

"Kau je satu-satu je kawan baik yang aku ada,Mingyu. Kat sapa lagi aku nak cerita kalau bukan kat kau."

"Aww,you're being sweet." Mingyu mencubit perlahan pipi Seungcheol. Seungcheol tersenyum.

"Kau dah nampak sehensem aku bila tersenyum macam ni." Gurau Mingyu.

"Ni kes nak bodek suruh aku cita la ni. Kan?"

"Hehehe. Of course~"

❤️

"Hannie. Tunggu." Joshua menahan Jeonghan di depan pintu kelas.

"Shua. Apa ni? Saya nak baliklah." Jeonghan cuba menolak tubuh Joshua tak berjaya. Sekurus-kurus Joshua pun sebenarnya dia ni kuat juga. Dia mengalah akhirnya dengan kekuatan Joshua.

"Kenapa awak cuba mengelak dari saya?" Joshua seakan marah.

Jeonghan tak menjawabnya. Joshua terpaksa mengetepikan pertanyaannya itu. Lagipun itu tak penting.

"Betulke awak dengan Seungcheol bergaduh?"

"Kalau awak dah tahu kenapa tanya saya lagi." Jeonghan berpeluk tubuh dan merengus.

"Okay soalan seterusnya pasal Eunjoo. Since when you became too close with Eunjoo?"

"Dia junior saya,shua. Apa salahnya kalau saya rapat dengan dia?"

"Tak salah pun cuma, awak dengan Eunjoo tak serapat ini dulu. Awak tak ingat apa yang berlaku sebelum ini? Eunjoo tu bukan sekadar anggap awak sebagai senior dia tapi lebih dari tu even dia dah pun luahkan perasaannya pada awak."

"Eunjoo kata dia dah boleh lupakan saya dan dia juga kata dia dah tak sukakan saya."

"Mwoh? Dia kata camtu dan..awak percaya ??"

"Uhm."

"Awak boleh percaya dia secepat itu? Yah,awak tahu tak melupakan seseorang yang kita sayang ni bukan perkara yang mudah. Makan masa tahu tak? Ada setengah orang sampai tak boleh melupakan juga walaupun dah bertahun-tahun. How can you trust her that fast? I really can't believe this." Dia menyebak rambutnya ke belakang.

Jeonghan jadi tak terkata. Betul juga kata Joshua itu. Macammana dia boleh percaya yang Eunjoo sudah betul-betul move on? Dulu pun tak semudah itu untuk dia move on.

"Awak dengan Seungcheol gaduh pasal Eunjoo kan?"

Jeonghan diam lagi.

"Don't you love him?"

Jeonghan cuba pergi. Tapi ditahan lagi oleh Joshua.

"Hannie. Seungcheol tu sayangkan awak sangat. Dia pendam lama sangat perasaan dia. Saya yakin awak boleh nampak betapa bahagianya setiap kali dia dapat bersama awak."

"His love isn't love,Shua. Dia cuma seorang lelaki yang obses dengan cintanya sampai sanggup ugut dan cederakan Eunjoo. Macammana saya boleh nak berdiam diri je?"

"Look. You still believe,Eunjoo. Kalau betul Seungcheol cederakan Eunjoo kenapa dia nampak okay je? Dia sepatutnya pergi laporkan pada pihak polis kalau betul dia dicederakan dan diugut."

"Mungkin dia takut Seungcheol akan bunuh dia kalau dia berani laporkan pada pihak polis."

"Dia ada tunjuk sebarang kesan luka akibat dicederakan oleh Seungcheol tak pada awak?"

"Takde. Saya tak pernah suruh dia tunjuk pun."

"Aish awak ni kan,Hannie~." Joshua betul-betul geram dengan sikap Jeonghan.

"Lain kali pastikan kebenarannya dulu sebelum awak tuduh Seungcheol yang bukan-bukan. Kalau ternyata semua tu tak betul,awak memang dah buat silap besar pada Seungcheol,Hannie." Dia tak pernah nampak Joshua seemosi ini padanya.

Jeonghan kini risau. Risau kalau betul semua tu tak betul.

"Saya minta sangat awak jangan biarkan Eunjoo terus meracuni fikiran awak dan satu lagi,awak janganlah mudah percayakan dia." Joshua terpaksa merayu. Dia nak sangat Jeonghan dan Seungcheol berbaik semula.

"Kenapa semua orang asyik nak memburuk-burukkan Eunjoo? Eunjoo mangsanya sekarang. Seungcheol sendiri mengaku yang dia memang buat semua tu pada Eunjoo. Awak nak tunggu dia betul-betul bunuh Eunjoo baru awak nak suruh saya percaya? Nonsense,Shua."

Joshua melepaskan keluhan berat.

"Saya dah penat dah nak cakap dengan awak ni Hannie. Awak bukan macam Jeonghan yang saya kenal lagi." Joshua perlahan-lahan pergi meninggalkan Jeonghan.

Jeonghan sedih mendengarnya. 'Semua ni salah aku ke?'

❤️

"Kau percaya dia cakap dia cintakan Eunjoo ?" Mingyu betul-betul tak percaya yang Jeonghan sanggup mempermainkan perasaan Seungcheol.

Seungcheol mengangguk.

"Sebab Eunjoo ada beritahu perkara yang sama juga sebelum ini. Dia kata jeonghan memang ada perasaan pada dia."

"Dan kau percaya cakap Eunjoo juga?"

"Tak. Aku tak percaya cakap dia tapi aku percaya cakap Jeonghan."

"Complicated betullah love story korang ni." Mingyu mengaru kepalanya yang tak gatal.

"Kau rasa aku patut putuskan hubungan ini?" Soalnya sambil memandang cincin yang tersarung di jari kelingkingnya.

"Mestilah,TAK. Janganlah mengalah cepat sangat. Eunjoo akan menang kalau kau putus asa macam ni."

"Kau ingat ini pertandingan merebut Jeonghan ke?" Dia tersenyum kecil.

"Yelah. Kau nak dapatkan Jeonghan balik kan? Angel kau. Come on lah,bro. Jangan jadi macam arnab,jadi kura-kura. Biar lambat asalkan menang." Mingyu cuba mengembalikan semangat Seungcheol.

"Kau dapat manalah pepatah alien tu?"

"Dapat dari pengalaman." Dia mencalit hidungnya.

"Pengalaman hotak kau." Mereka sama-sama tertawa sejurus itu.

....to be continued....

Ff ni akan terus diupdate sampai complete. Harap maklum.

✅ 𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋, 𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐇𝐄𝐀𝐑𝐓! S1 +JeongcheolWhere stories live. Discover now