✨37✨

654 52 8
                                    

Jeonghan duduk mengecil diri di atas sofa. Jantungnya berdegup laju kerana terlalu gementar saat dirinya menjadi tumpuan kedua ibubapa Seungcheol.

"Omma ingat Jeonghan ni mula-mula teman wanita kamu,Seungcheol. Omo,he's so pretty." Pujian Pn.Choi membuatkan pipi Jeonghan merona kemerahan mendengarnya.

"Dia memang cantik, omma. Kalau omma nak tahu kat sekolah ramai peminat dia sampai naik jeles saya dibuatnya." Dia memuncungkan mulut ketika memandang Jeonghan.

Pn.choi dan En.Choi ketawa kecil.

"Kenapa pula kamu nak jeles? La,appa ingat kamu mewarisi kekacakkan appa. Appa dulu ramai peminat tau. Ni tanyalah omma kamu kalau tak percaya. Dia pun termasuk dalam senarai peminat appa. Apa yang selalu budak remaja sekarang sebut tu..? Crash? Crunch? Eh.."

Pn.Choi sudah tersipu-sipu malu disebabkan suaminya.

"Crush la,appa." Seungcheol memperbetulkannya.

"Ha,crush. Eh,macam-macam betul budak-budak muda sekarang." Dia ketawa.

Mereka yang lain menyertai En.Choi ketawa bila merasakan ianya satu lawak.

Perasaan gementar Jeonghan terus hilang. Tak sangka ibubapa Seungcheol seorang yang sangat menyeronokkan untuk dijadikan teman berbual.

"Kamu mesti dah ada teman wanita kan,Jeonghan?" Soalan spontan yang dilemparkan oleh Pn.Choi membuatkan Jeonghan dan Seungcheol tergamam. Jeonghan memandang Seungcheol. Dia taktahu nak jawab apa. Jujur atau sebaliknya?

"Atau..kamu takde teman wanita tapi kamu ada teman lelaki?" Sekali lagi pertanyaan Pn.Choi membuatkan mereka berdua tergamam.

"Apalah tanya soalan macamtu kat Jeonghan. Tengok,awak dah buat dia rasa tak selesa dah tu." Kata En.Choi bila dia sendiri rasa tidak selesa dengan pertanyaan isterinya itu kepada Jeonghan.

"Takpe,pakcik. Saya okay je." Jeonghan cepat meleraikannya supaya tiada ketegangan yang berlaku.

"Haa,Jeonghan okay je. Alahai abang ni... kamu pulak Jeonghan,jangan beritahu makcik yang kamu ni single lagi,makcik takkan percaya. Tapi takpelah kamu tak perlu jawab pun soalan makcik tadi. Dah tentu-tentulah untung sapa saja orang tu kan. Kamu ni dahla sopan-santun,cantik pastu pandai hormat orang tua. . Kalau makcik ada anak perempuan dah lama makcik mahu bermenantukan kamu. Tapi tulah Seungcheol ni sorang jelah anak lelaki yang makcik ada. " dia mengeluh kecil kemudiannya.

Jeonghan makin malu dibuatnya. Seungcheol berdehem.

"Amboi omma. Pasang angan-angan tinggi melangit nampak?" Perlinya dalam nada gurauan. Namun dia tertawa sendiri.

Jeonghan hanya tersenyum.

"Ala kamu ni. Omma nak berangan sikit pun tak boleh." Pn.Choi menjeling manja ke arah anaknya.

"Dah dahlah tu cheol. Jangan dilayan sangat angan-angan omma kamu ni. Tak berkesudahan nanti,haa." En.Choi faham sangat perangai isterinya itu. Kalau isterinya sampai dah mula pasang angan-angan nanti setiap hari dia akan cakap pasal tu saja. Boleh naik pening kepalanya dibuatnya.

"Eum..Omma,appa sebenarnya saya ada benda nak bagitahu ni." Seungcheol mula serius. Dia rasa dah tiba masanya dia memberitahu kepada mereka tentang hubungan sebenar antara dia dengan Jeonghan memandangkan ommanya pun sudah sangat menyukai Jeonghan.

✅ 𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋, 𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐇𝐄𝐀𝐑𝐓! S1 +JeongcheolWhere stories live. Discover now