✨21✨

734 53 0
                                    

Mereka hanya terdiam seribu bahasa sepanjang makan malam itu. Minsoo,Eunjoo dan Solhyun berpandangan antara satu sama lain. Mereka hairan kerana suasana di meja makan ini sunyi sepi saja padahal keenam-enam lelaki itu sudah saling kenal.

"Jeonghan oppa. Makanlah banyak sikit. Ni ambillah udang Eunjoo. Lagipun Eunjoo kurang makan udang." Dia menyepit udang masuk ke dalam pinggan Jeonghan.

Mata semua orang tertumpu ke arah mereka berdua terutama sekali Seungcheol. Seungcheol memandang tajam apabila melihat Jeonghan mengukir senyuman malu-malu disaat Eunjoo memasukkan udang-udang itu ke dalam makanannya.

"Dah cukuplah tu,Eunjoo. Macam mana Eunjoo pun nak kenyang kalau asyik bagi kat oppa je." Jeonghan menghentikan tindakan Eunjoo kerana dia rasa tak selesa bila perasan dirinya diperhatikan oleh semua orang lebih-lebih lagi Seungcheol. Seungcheol nampak annoyed dengan situasi sekarang.

"Alaa oppa ni. Udang je pun. Takde ape sangatlah."Dia tersengih-sengih malu.

"Eumm..semua. Makanlah, banyak lagi ni." Solhyun menyampuk apabila suasana seakan tegang seketika bagi yang lain.

Mata Jeonghan bertembung dengan Seungcheol seri-sekala. Namun,seungcheol hanya memberi jelingan pada Jeonghan.

"Tak sangka korang pun akan ada sekali." Ujar Joshua sekadar mahu memecah keheningan itu untuk yang kesekian kalinya.

"Aa..yeah. Tak sangka pula yang sebenarnya kita ni bercuti sekali." Mingyu membalas.

"Kami ke sini pun sebab dorang bertiga ni yang ajak." Kalini Wonwoo pula bersuara. Mereka bertiga itu dia maksudkan Eunjoo,Minsoo dan Solhyun.

"Eoh,Jinjja? Kalau macamtu samalah. Eunjoo,Minsoo ngan Solhyun ni yang beria-ria ajak kami datang sini." Beritahu Joshua lagi.

"Sebenarnya,kami bertiga rasa berbesar hati sangat oppa-oppa kacak semua sudi bercuti dengan kami sekali. Macam mimpi pula." Kata Solhyun sambil tangan yang digenggam diletakkan di tepi pipinya dengan senyuman bahagia.

"Anggaplah kami ajak ni sebagai satu celebration untuk meraikan kemenangan perlawanan basketball haritu." Kata Minsoo pula.

"Lagipun bagus juga sebab kita ada captain Woozi yang comel kat sini. Ahh..i adore you so muchh!" Solhyun separuh menjerit tatkala dia melihat wajah kecil dan comel Woozi.

Pipi Woozi dah memerah. Joshua berdehem. Dia nampaknya macam sudah cemburu. Namun di bawah,Woozi meraih dan memegang erat tangan Joshua. Joshua terus terpujuk dan tersenyum kecil.

"Seungcheol oppa. Kita pernah berjumpa di bilik muzik. Oppa ingat lagi kan? Sebenarnya saya minat tengok oppa main basketball. Nanti boleh tak ajarkan saya? Nampak seronoklah. Lebih-lebih lagi kalau oppa yang ajarkan." masa mula-mula dia tak berapa minat pada Seungcheol tapi bila nampak kehandalan Seungcheol bermain bola keranjang haritu Minsoo terus jadi minat. Sekarang dia jadi tak keruan pula bila player fav nya ada di hadapannya sejak dari tadi.

Jeonghan mencuri pandang pada Seungcheol untuk melihat reaksinya.

"Boleh je. Kenapa tidak? Oppa lagi suka kalau ada orang nak belajar main basketball ni. Nanti lepas habis cuti ni,kita start belajar k."Dia mengerling sekilas pada Jeonghan. Macam saja nak bagi dia cemburu.

"Ohmygod. Seungcheol oppa sudilahhh!!" Dia menjerit kecil kerana terlampau teruja.

Seungcheol hanya berpura-pura tersenyum gembira melihat Minjoo seperti itu.

✅ 𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐆𝐄𝐋, 𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐇𝐄𝐀𝐑𝐓! S1 +JeongcheolWhere stories live. Discover now