Prolog

513 16 2
                                    

SUDAH beberapa hari dia bertapak pada bangunan tidak berpenghuni ini semata-matanya mencari sasarannya di dalam misi ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUDAH beberapa hari dia bertapak pada bangunan tidak berpenghuni ini semata-matanya mencari sasarannya di dalam misi ini. Setiap kali orang lalu lalang di pasar pada waktu petang untuk beroperasi OPS Kill, matanya ligat mencari sasaran dari tingkat 4 menerusi senapang skop laser penembak tepat jenis AR-15.

Kerana dia tahu pada waktu itu, sasarannya akan keluar dari sarang di celah orang ramai.

"Sasaran dikesan!" Dia mula bersuara dengan alat telekomunikasi tidak berwayar

"Hawk eye perhatikan gerak geri sasaran. Jangan sampai terlepas." Komander Ariffin memberi memberi arahan tegas yang selaku Assisten komisioner polis.

"Copy that!" Matanya tajam memerhati menerusi skop penembak tepat itu. Setiap gerak-geri sasarannya diperhati.

"Sasaran berada di jam tiga dengan jarak 600 meter."

"Bersedia untuk menembak." Suara Komander Ariffen sudah mengeluarkan arahan.

Iskandar kembali meneropong menerusi skop laser penembaknya. "Musuh mula berselindung di balik orang ramai Tuan. Saya tak rasa saya boleh menembak tanpa disedari orang ramai."

"We need to shoot him, hawk eye. Jika tidak, kita tidak akan dapat peluang ini lagi. Do you have any idea?"

Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan.

Matanya tajam memerhati sasaran yang seolah-olah tahu dia sedang diperhati. Langkah tangkas menyelit di balik orang ramai sehingga membuatkan dia teragak-agak untuk menembak pada sasaran.

"Dapat sasaran?" Soal Komander Ariffin lagi.

"Sedikit lagi."

"Target is confirmed!" Tangannya sudah bersedia untuk memetik picu penembak.

"Jarak 600 meter dan kelajuan angin 0.4 tamparan." Iskandar kemap bibir sambil membuat kira-kira untuk tembakannya.

"Dengan jarak ini dan kelajuan angin, aku masih berpeluang untuk melepaskan tembakan kedua dalam masa 0.5 saat."

Sebaik tangannya mahu memetik picu penembak sasaran bijak berselindung di belakang seorang wanita. Jarinya yang tadi pada picu serta-merta terlepas. Kepalanya terus menjengah ke arah luar jendela sebelum kembali meneropong sasaran dari skop laser penembak.

Iskandar ketap bibir apabila sasarannya sedang mendampingi seorang wanita yang sedang berjalan sambil menjijit belanjaannya. Sasarannya benar-benar berdiri di belakang wanita tersebut membuatkan dia tidak dapat mengunci sasaran tanpa disedari wanita itu.

"Sasaran mendekati seorang wanita, over!" Iskandar memberi amaran pada rakan setugasnya yang lain menerusi penghubung tidak berwayar.

Bagaimana dia mahu menembak sasaran tanpa disedari wanita didekat sasaran itu? Dia tidak mahu misi kali ini terlibat dengan orang awam. Misi mereka bakal bertambah rumit. Dan malah yang lebih teruk, misi mereka bakal gagal.

Hati Untuk diaWhere stories live. Discover now