"Weiyh, siapa dorang tu?" Soal Ada sambil mengerling Apiz dan Haz yang berbual dengan Harrasy dan Faqih.
"Entah.. tak tahu lah.." ujar Ayuni sambil merenung jauh ke luar jendela. "Yow, ni junior ke bukan ni?" Soal Aziqah.
"Ini bukan Ayuni tetapi hantu dalam badan Ayuni.." Ayuni menjeling Aziqah sambil tersenyum senget. Aziqah meneguk liurnya kasar.
"Oii, jangan memain lah.." Marah Ada. Ayuni menunjukkan muka tak berperasaannya lantas menjeling tajam ke arah Ada dan Aziqah sehingga menyebabkan kedua-duanya terdiam.
Ayuni bangun lantas meluru keluar ke arah buaian yang terdapat di sisi villa itu. Haz yang telah merasa ada satu tarikan pada Ayuni telah mengikuti Ayuni.
"Jangan ikut aku.." kata Ayuni dengan suara yang tegas. Haz tersenyum senget lantas beredar.
Ayuni menyanyi kecil. "Hmmmm.. hhmmmm.. hmmmm.. hmmmmmm.. hmmmmmmm.. hmmmmmm" buaian itu bergerak secara perlahan mengikut rentak nyanyian Ayuni.
Asya mengerutkan dahi apabila melihat seorang perempuan berambut panjang paras betis berpakaian putih sedang merenung Ayuni dan menolak buaian yang diduduki Ayuni itu.
"Sejak bila dia ada kawan kat sini?" Asya menggaru dahinya. "Ada lah tu.." ujar satu suara garau.
Asya terkejut lantas memalingkan kepalanya ke arah suara itu. Terkejut bukan kepalang dia melihat 3 orang lelaki yang pernah dilihatnya.
"Bukan korang ke yang buat junior aku jatuh parit an.. korang ni 'geng pedajal' kan.." ujar Asya dengan mimik muka yang sengaja ditegaskan.
Airy tersenyum sinis. "Kami datang sini bukan nak gaduh tapi nak panggil adik aku balik.." ujar Fur. "Siapa adik kau?" Soal Ada yang baru sahaja datang menempel ke arah Asya bersama Ayeza dan Anisa.
"Nina... jom balikkkkk.." laung Fur kepada perempuan yang menolak buaian Ayuni tadi. "Ninaaaaa.. tak.. nak.. balik.." ujar suara itu bergemersik dan tersekat-sekat.
"Jangan degil lah nina.." Afiq menjerkah Nina. "Hmmmmmmmm.. nina.. tak.. nak.. balikkkk.. hmmmm" tangis nina.
'Mok, suara dia cam hantu duh..' getus suara hati Anisa. Ayuni tersentak apabila mendengar tangisan seorang perempuan.
"Sapew kau?" Soal Ayuni terkejut lantas bangun dari buaian itu. "Jangan. Tinggalkan. Nina." Nina memegang kejap tangan Ayuni menyebabkan Ayuni menahan perit di tangan.
"Lepaskan dia.." Fur memegang tangan Nina yang memegang tangan Ayuni itu sambil mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu.
"Arghhhhh, ninaa. Sakittt." Nina jatuh rebah ke tanah namun sempat di sambut Fur. "Maafkan kami.." ujar Fur lantas mencempung tubuh adiknya.
Ayuni mengangguk kecil lantas berlari ke arah senior-seniornya. "Korang akan terima balasan dari aku.." jerit Nina lantas terbang melayang ke arah hutan setelah terjaga dari pengsan.
Geng pedajal berlari ke arah hutan bagi mengejar Nina. Asya and the gang terkebil-kebil melihat drama yang berlaku itu. Anisa pula sudah menikus.
"Pergi masuk.. Abaikan apa yang berlaku.." ujar Mak Mun yang entah dari mana munculnya.
"Minum petang dah disediakan.. pergi lah.." ujar Mak Mun lantas menuju ke arah kebun kecil yang terdapat di belakang villa itu.
Mereka mengangguk lantas ke arah ruang makan untuk minum petang.
Asya dan lain pelik melihat Aziqah dan Afiqah yang tengah enak menjamu karipap sehingga tidak melihat kiri kanan.
"Aku nak jugakkk.." kata yang lain kecuali Asya. Asya berura ke peti ais untuk mengambil air.
Terkejut bukan kepalang Asya melihat apa yang ada di dalam peti itu. Ianya tak ubah seperti peti simpanan mayat.
Asya dengan sepantas kilat menutup peti ais itu lantas duduk di sisi Afiqah yang ralit memakan karipapnya.
Asya mengerling inti karipap yang berada di dalam karipap di tangan Ayeza. Warnanya kemerahan dan nampak berlendir. Asya beristighfar sambil menunduk.
Afiqah bangun lantas meminta diri untuk ke tandas. "Senior.. rugi senior yak makan ni.. rasa dia perghhhh.. tak sama dengan daging lembu yang biasa kita makan dalam karipap.." ujar Ayuni.
"Aku rasa ni daging fresh ahh.. sebab rasa dia lain.." ujar Ayeza dengan mulut yang penuh.
Asya terdiam lantas mengerling ke arah Faqih yang tidak henti-henti memuji karipap itu.
"Arghhhhhhhhhhhhhhh!" Suara itu menyentakkan mereka semua. Lantas mereka bergegas ke arah suara itu.
Omaigod suara sapew tu?
YOU ARE READING
Just The Ghost
Horror"Just The Ghost!" Mwahahahahaha 👻👻👻👻👻👻👻👻👻 Queen of Devil.. Cover by @itsmefara_ The story tags ranking: #5-siblings #3-imagination #12-killer #9-ghost