Bab 17

12 3 0
                                    

     "Apa yang korang buat dalam bilik ni? Kan Mak Mun dah kata jangan masuk bilik ni.." Marah Mak Mun dengan matanya yang merah.

     "Ma..ma..ma.." "Apa?!" Jerkahan Mak Mun membuatkan Ayeza hilang kosa katanya.

     "Maafkan kami.." Ujar Asya lantas menunduk. Mereka semua meminta diri untuk naik ke bilik masing-masing dan meninggalkan Mak Mun dan Mrs Helen.

     Mrs Helen menjegilkan matanya kepada Mak Mun tanda isyarat supaya lebih berhati-hati.

     Mak Mun menunduk lantas keluar. Mrs Helen mengangkat keningnya lantas tersenyum sinis.

     Setelah beberapa tapak Mak Mun keluar dari bilik itu pintunya tertutup rapat dengan begitu kuat.

    "Korang tak rasa pelik ke dengan kelakuan Mrs Helen dengan Mak Mun?" Soal Asya kepada adik beradiknya dan Faqih serta Harrasy.

    "Maksud kau? Pelik yang macam mana tu?" Soal Aziqah sambil menyorokkan buku yang dijumpainya di belakang badan.

     "Pelik macam sembunyikan sesuatu macam tu?" Soal Faqih. Yang lain mengangguk serentak. "Err... Emmmm.. Haah.." Ujar Aziqah dengan terketar-ketar kerana dia sendiri sedang menyorokkan sesuatu.

       "Dah kau kenapa? Menggeletis macam terkena ulat bulu bergonggok ni?" Soal Ayeza apabila melihat Aziqah gelisah seperti cacing kepanasan.

      "Haaa.. A.. Aku.. Aku nak terkencing.. Yes nak terkencing.. Aku ke tandas dulu.. Weiyh teman aku.." Ujar Aziqah sambil menarik Afiqah mengikutnya ke tingkat atas.

      'Pelik betul senior Aziqah.. Macam ad sorokkan sesuatu je..' detik hati kecil milik Anisa.

      "Hari dah nak petang.. Apa kata korang mandi siap².. Kita keluar pusing kampung ramai².." Cadang Harrasy.

      "Aip, aip captain..." Semua bersurai pergi ke bilik mereka.

15, January, 1961.
Aku merasakan dunia ini tidak adil untuk aku, kenapa aku yang harus merana sebegini.. Sudah lar suamiku meninggal dunia.. Malah anakku dibunuh ibu mertuaku.. Kini aku dihalau keluar..
Harry.. Ampunkan ibu kerana tidak sempat selamatkan kamu..
Ibu berjanji akan membalas segalanya.

     "Weiyh.. Buku apa tu?!" Soal Afiqah terkejut. "Syhhhh.. Diam lar weiyh.." Marah Aziqah. "Sorry².." Afiqah menjenguk isi buku itu.

     "Walawehh.. Diari sapew ni weiyh?" Soal Afiqah lantas melihat kulit buku itu. "Nurina Haslin? Mak aihh glamournya nama tapi kenapa tarikh ni macam dah lama.. Tak kan orang dulu² dah ada nama yang glamour.." Ujar Afiqah lantas tergelak ayu.

     Aziqah menjelingnya tajam. "Syhhh diam.. Aku tak habis lagi baca ni.." Marah Aziqah.. Afiqah mengangguk tanda faham lantas turut mebaca isi kandungan diari tersebut bersama Aziqah.

SIMPAN TIGA MERPATI BERDARAH,
Nama tempat ini, ibu akan ingat sampai bila-bila sayang..
Tempat kamu dibunuh dengan kejam sekali oleh nenekmu..
Sayu hati ibu melihat nenek menyangkut tubuh mu pada sebatang kayu yang tajam di anak sungai yang berada di simpang itu,
Kenapa kejam sungguh mereka memperlakukan ibu sebegini...
Ibu akan ingat setiap muka yang membunuh anak ibu..
HELENDA DAN MARRYN!!!
Akan ku sumpah kamu berdua akan mati di tangan ku!!!!!!!!!!!!!!! Kau akan MATI ditangan NURINA ini.. NURINA INI AKAN BANGKIT MENUNTUT BELA KEMATIAN ANAKNYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

     'Tok! Tok!'
     'Tok! Tok!'
     Aziqah dan Afiqah saling berpandangan apabila pintu bilik mereka diketuk. Adakah Nurina datang menemui mereka kerana telah membaca diarinya? Soal hati mereka. Adakah Nurina datang untuk menyuruh mereka menuntu bela atas kematian anaknya atau untuk menghantui mereka? Adakah Nurina ingin membunuh mereka? Soalan itu yang berlegar di kepala kedua-duanya menyebabkan mereka berdua berpelukan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 30, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Just The GhostWhere stories live. Discover now