Bab 16

15 7 0
                                    

     Mereka berlari anak ke arah sebuah bilik yang terdapat bertentangan dengan bilik larangan. Pintu kayu bilik itu kelihatan agak usang.

     Faqih mengetuk pintu tersebut dengan perlahan. Kedengaran suara tangisan dari dalam yang membuatkan bulu roma mereka berdiri tegak macam nak nyanyi lagu Negaraku.

     "Ada orang ke?" Soal Harrasy lantas cuba memulas tombol pintu tersebut. "Eayh, tak berkunci.." mereka semua melihat Harrasy yang telah membuka pintu bilik tersebut.

     Terpaku mereka melihat keadaan bilik tersebut. Katil yang sangat kemas dan sedikit usang elok terletak di tengah bilik manakala terdapat katil bayi yang agak usang di tepi tingkap bersama gantungan permainan bayi.

     Kerusi rotan yang agak usang kelihat elok berdiri di sebelah sofa yang koyak rabak. Di penjuru bilik tersebut terdapat sebuah almari lama berwarna coklat yang masih teguh berdiri walaupun sudah di gigit anai-anai.

     Ada mengerutkan dahinya. Pelik. Bilik ini tiada orang tetapi kelihatan kemas dan tidak bersawang seperti ada yang menduduki bilik tersebut. Perkara ini terlintas di setiap fikiran masing-masing.

     Mereka tidak menghiraulan keadaan bilik tersebut lantas mencari suara yang menjerit tadi. Anisa dan Ada yang telah merasai kepenatan lantas berbaring di katil tersebut.

     "Weiyh, bangun lah.. Jangan baring kat situ lah.." marah Asya. Anisa dan Ada mengendahkan kata-kata Asya.

     Aziqah berjalan ke arah katil untuk turut berbaring namun dia hmpir tersadung akibat tersepak sesuatu.

     Alangkah terkejutnya dia apabila sesuatu yang di sepak itu merupakan sebuah buku berwarna hitam dan agak usang seperti sebuah diari lantas mengambilnya dan ingin menunjukkan ke arah adik-beradiknya.

     'Dum! Dum! Dum!'

     Semua menoleh ke arah almari usang yang terdapat di bilik itu. Almari tersebut seperti di hentak sesuatu dari dalam. Mereka semua tersentak.

     Anisa dan Ada terus membuka matanya lantas ingin bangun dari baringan mereka namun tidak boleh kerana merasakan ada sesuatu yang menghalang mereka.

     Untuk meminta tolong mereka tidak mampu kerana seperti ada sesuatu yang menyekat suara mereka. Anisa sudah menitiskan air matanya akibat ketakutan lantas membaca ayat kursi sebanyak tiga kali lantas dihembus ke arah atas badannya begitu juga yang di lakukan oleh Ada.

     Mereka berlari anak ke arah Asya dengan keadaan yang berpeluh dingin. "Asal korang ni?" Soal Asya. Pelik dengan keadaan juniornya itu. Ayeza yang berdiri berdekatan dengan Ayuni di sebelah katil memegang hujung baju Ayuni dengan kejap.

     'Dummmm!'

     Pintu tertutup rapat dengan begutu kuat sekali sehingga menyentakkan mereka semua. Almari kembali dihentam dan bergoncangan.

      Peluh dingin mulai membasahi tubuh mereka. Lampu mulai tertutup dan terbuka seperti ada yang memain lampu.

     'Pap!'

     "Arghhhhh!" Jerit mereka apabila lampu dengan secara tiba-tiba mati. "Tak de ape.. relaks guys.."Faqih dan Harrasy cuba mententeramkan hati mereka semua.

     Ayuni yang merasa sesuatu yang dipijaknya lantas menunduk. "Rantai?" Soalnya perlahan lantas melutut untuk mengambil rantai tersebut namun dia di tarik ke bawah katil.

     "Yuni.. junior.. mana kau weiyh?" soal Ayeza. Panik. Asya meraba dalam gelap untuk ke arah Ayeza sambil di ikuti yang lain.

     "Weiyh, yuni mana weiyh?" Soal Ayeza lantas tercari-cari juniornya nan seorang itu. "Weiyh jangan lah memain.." mereka terdengar suara tangisan.

     'Pap!'

     Lampu kembali menyala. "Weiyh, yuni takde.." ujar Asya. Tiba-tiba ada satu tangan memegang pergelangan kaki Aziqah membuatkan Aziqah menggeletar teruk.

     "Weiyh, to.. to.. to long aku.." ujar Aziqah tersekat-sekat. Ayeza pantas menunduk. "Tangan yuni lar.. cepat tolong aku.." ujar Asya lantas menarik tangan Ayuni. Mereka semua berkerjasama menarik Ayuni.

     Ayuni berjaya dikeluarkan dari bawah katil. Setelah di keluarkan Ayuni memeluk semua seniornya.

     Tiba-tiba Ayeza merasakan ada sesuatu cecair jatuh ke arah bahunya lantas mendongak melihat ke atas.

     "Subhanallah.." terkejut bukan kepalang dia apabila melihat seorang nenek bergantungan di siling dengan mulut ternganga dan mengeluarkan darah.

     Mereka semua berlari anak ke arah pintu lantas mencuba dengan segala kudrat untuk membuka pintu tersebut.

     'Bam!'

     Pintu tersebut terbuka seperti ditolak angin yang kuat dan terlihat tiga susuk tubuh di situ.

Siapa tiga susuk tubuh tu?

Aiyoookkkk tatiyookkk..

He he he he he he..

👻👻👻👻

Idea by jyhnrmfc

Thanks weiyh 😊😊😊😊

Just The GhostWhere stories live. Discover now