BAB SATU

467 0 0
                                    

“Nam blas, tujoh blas. Maaakk!! Manok ada ilang sekok!” teriak Johan dari dalam reban ayam ternakan keluarga mereka. Sambil berlari ke rumah, Johan terus terpekik sehingga ayam-ayam di dalam reban turut serta dengan berkokok dan menjerit-jerit bagaikan rusuhan. Tiba di rumah, Johan terus meluru kearah dapur. Mak Pi, nama panggilan untuk ibu Johan dengan rasa berang terus pergi ke arah Johan dan menempelang kepala anaknya itu dengan tong gas shell yang telah kosong. “Apa reti ko nerais sik tentu kedak urang gila?!. Manok ya marek nak kan dah resign sik mok kerja jadi manok gik. Sik ko nangga resign form nya kat bilit ko nun?” kata Mak Pi dengan nada yang tinggi sambil beliau menyambung kerja di dapur.

Sambil memegang muka yang sakit, Johan berdiri dan terus duduk di meja makan, “Manok ya dah dapat kerja siney mak?” tanya Johan dengan nada yang sakit. “Kerja ngan Prentah katanya marek time mak chat ngannya di pesbok” jawab Mak Pi singkat sambil tong gas kosong masih di pikul dibahu kanannya. Mak Pi menoleh ke arah Johan, “sik lamak gik, uncle John ko nak datang ngembak buah dari kampong, klak ko tolongnya nyual buah ya lam belon MAS, sik pun belon Air Asia”. Johan masih mengerang kesakitan berkata, “musim buah ka time tok mak. Bulan mpat musim buah apa?” tanya Johan sambil menggoyang giginya yang hampir patah selepas dibalun dengan tong gas tadi. “Ujong musim buah rian dah tok. Uncle ko madah nak ngembak 600 bijik key ko nyual dalam belon klak” ujar Mak Pi. “Mak sik dapat masak ritok, gas dah sekda. Agak ko keday makan lak.” “Aoklah” jawab Johan ringkas. Johan bangun dari duduknya dan pergi ke bilik. Dia kembali membawa tuala untuk mandi di Ranchan waterfall.

Mak Pi melihat Johan hendak keluar rumah tetapi ditahan olehnya. “Johan, iboh ko mandik lok. Sitok ko lok.” “Apa hal tek mak?” tanya Johan dengan pantas setelah sampai kembali ke dapur. “Ada datok ko online marek? Bagus beritanya sinun?” tanya Mak Pi kepada anaknya. “Ok nya sinun mak. Marek nya madah nak ngembak kawan barunya g ke bulan nebas rumput di kebon. Kawan barunya ya orang german katanya. Adolf Hitler nama kawan barunya ya. Ada kamek add pesboknya marek.” terang Johan kepada ibunya.  “Ada ko nyemput datok ko suoh datang rumah makan?.” tanya Mak Pi. “Ada mek padah tapi sikpat nya datang awal, tengah malam kelak bok nya dapat agak. Nya nak ngembak skalik kawan barunya tek datang umah malam tok.” terang Johan kepada ibunya. “isok dah genap 8 tahun datok ko ya ninggal, padah ngan nya kelak mun nak datang tengah malam tok, inform awal, dapat mak nyedia laok lebih key kawannya ya tek.” kata Mak Pi lagi. “Lak mek madah gik. Mek jalan lok mak, nak meli reload key broadband tok.” “Aoklah. Jangan ko balit aher ilak, uncle ko nak datang sik lamak gik.” “Hait!” jawab Johan sambil berlari keluar.

SAKIT KAKIWhere stories live. Discover now