Johan duduk diruang tamu sambil bermain iPadnya. Hari diluar sudah pun gelap. Johan melihat jam didinding yang tetap menunjukkan pukul tiga. “lom balit gik mak tok. Ku dah lapar. Asa nak makan burger jak klak” kata Johan sambil melayari facebook dengan iPadnya. Dari dalam bilik tidur Johan kedengaran bunyi telefon bimbitnya. Johan segera bangun dan pergi kebilik tidur. “Hallo, siney kitak mak? Kitak lom balit kah?” tanya Johan. “Mak sik balit kali malam tok tapi mak ada tapau KFC ngan burger tek. Mak dah suoh kawan kitak nak tinggik kedak undertaker ya ngantar ke rumah tek” kata Mak Pi dari dalam telefon. “Mak malam tok nak men mahjong, kakya sambung gik training men bol isok. Petang isok bok mak balit umah” jelas Mak Pi kepada Johan. “Bah oklah, mun cam ya sik perlu kamek nunggu kitak balit. Kamek tido jak” kata Johan kepada ibunya dan telefon bimbit terus dipadamkan.
Johan kembali duduk diruang tamu sambil menunggu orang yang dimaksudkan ibunya datang untuk menghantar makanan kepada Johan. Sambil menunggu, Johan menonton tv yang sedang menyiarkan dokumentari tentang kehidupan haiwan purba seperti siput sedut dan kambing hutan. Lebih kurang 15 minit berlalu, pintu rumah Johan diketuk. Johan terkejut dan bangun serta merta. Dia meluru kearah pintu rumah dan membukanya. “Eh, ko paduhal Louis. Pa polah ko datang? Mok men holo ka?” tanya Johan kepada pemuda yang baru datang iaitu Louis. “Holo palak hotak ko. Tok burger mak ko suoh ku anta tek key ko makan” kata Louis sambil menghulurkan bungkusan makanan kepada Johan. “Burger jak ka? Bukan ada manok KFC ka mak ku tepon tek?” tanya Johan sambil membelek-belek rupa burger yang masih kepanasan. “Manok KFC ya dah di tax oleh dak kastam. Suma dah masok perut aku” kata Louis diikuti ketawa yang kuat. Johan pun turut ketawa sambil dia melahap burger dengan berselera sekali.
Louis yang sedang duduk disofa berkata kepada Johan, “mun ko gik lapar g makan diluar jak. Aku boleh drive tapi ko spon aku makan lah”. Sambil makan Johan berkata, “boleh jak, no hal ya. Siney nak makan? Sik kan makan kueh chap? Boring dah ari-ari kueh chap” kata Johan sambil dia terus makan lagi. Louis yang sedang giat menghafal sifir empat belas menjawab “sukati ko nak makan siney, aku drive jak. KFC pun ok sebab takut ko punek klak sikda makan manok”. Johan bersetuju dengan cadangan rakannya itu. Setelah selesai makan burger, mereka pun berangkat untuk mencari tempat makan diluar. Sebelum menutup pintu rumah, Johan memandang kearah dapur dan berkata “tok, kamek ngan kawan g luar lok kejap. Kitak tolong mek nyaga umah jap k”. Johan diam seketika sambil memandang kearah dapur dan kemudian berkata lagi “aok. Sikda kamek lamak. Kuar g makan jap. Mun kitak dah nak balit kitak pergi jak” teriak Johan sambil menutup pintu dan mereka pun pergi meninggalkan rumah.

YOU ARE READING
SAKIT KAKI
HumorJohan is the man that has no worries in his life. Together with his friends, Johan is trying to create a world without borders. He can't die and would not be. Join Johan into the world with worst imaginations that can cause your legs to rot. Peace o...