Pagi dikampung Johan kelihatan suram akibat awan mendung yang besar menyelubungi seluruh kawasan. Angin yang mulanya bertiup lembut kini semakin kencang. Debu jalan yang berterbangan menyukarkan pihak pembangkang masuk ke kampung untuk berkempen sempena pilihanraya yang akan datang. Johan yang baru balik dari reban ayam ternakan mereka memandang ke langit sambil berkata “sikpat lah nak kuar ngail tok. Sikpa, ku tepon Louis ngan Riner lok. Ney tauk ada plan len gik” katanya sendirian sambil terus memandang langit. Johan duduk di depan pintu rumahnya sambil mendail telefon bimbitnya. “Hallo macha, ari tok mok hujanlah. Camney masih on ka mancing ritok?” tanya Johan kepada Riner didalam telefon. “Bah aoklah mun camya ko inform Louis jak. Aku nunggu dirumahlah. Klak ku inform bala len gik. Manok ku dah ada. Ko ngan Louis meli arang dolok takut sik cukup” kata Johan dan telefon bimbitnya dimatikan.
Johan pergi kearah dapur dan menuju kearah peti sejuk. Dia memeriksa samada masih terdapat apa-apa makanan yang dapat dimasak pada hari itu. “wing ada sepeket ok lah. Sosej tiga peket cukup dah. Klak daknya nambah gik” kata Johan sambil terus memeriksa peti sejuknya. Dia mengeluarkan segala makanan yang telah beku kearah sinki untuk melembutkan daging sambil menunggu rakannya datang. Johan mengambil sebiji periuk besar untuk menanak nasi. “Riner, Louis, Billy, Luther, Ez, Tilson, Joseph, Nru. Sapa gik owh? Masak jak lah dolok. Mun sik cukup klak masak gik” kata Johan sambil dia terus memandang kearah bumbung rumah dan menghitung. “Ok, nasik dah settle” kata Johan sambil mengelap kering tangannya dengan sebiji batu bata. Dia meninggalkan dapur dan duduk diruang tamu. Telefon bimbit dikeluarkan dan Johan mula menghantar pesasan ringkas kepada rakan-rakannya yang lain mengenai aktiviti mereka pada hari tersebut.
“Praanngg!!”. Johan tersentak dengn bunyi itu. Dia bergegas menuju kearah dapur untuk kepastian. Setibanya didapur, Johan terkejut melihat sebiji cawan kopi pecah berderai dilantai dapur. Johan dalam keadaan terkejut berkata “adeh cangkir atok ya. Pa kes tok? Pahal cangkir kitak boleh pecah?” kata Johan seorang diri. Dengan segera Johan mencapai sebatang penyapu dan dia terus menyapu kaca-kaca yang bertaburan. Johan menjadi lebih terkejut apabila mendapati ada titisan darah diatas lantai. Johan segera memeriksa tapak kaki dan tangannya kerana takut terkena serpihan kaca. “sikda pa-pa pun” ringkas Johan pendek. “Jangan-jangan atok ada lukak. Kitak g sapu ubat lok tok. Kamek sik tauk pahal kitak mecah cangkir ya tek. Klak mun kitak online kitak cita ngan kamek jak” teriak Johan sambil memandang kesemua arah didapur. Kaca-kaca yang bertaburan sudah habis disapu Johan. Setelah berpuas hati, Johan kembali keruang tamu dan menyambung kerjanya menghantar pesanan ringkas kepada rakan-rakannya.

YOU ARE READING
SAKIT KAKI
HumorJohan is the man that has no worries in his life. Together with his friends, Johan is trying to create a world without borders. He can't die and would not be. Join Johan into the world with worst imaginations that can cause your legs to rot. Peace o...