“Kol tiga dah tok. Lom balit gik sidak tok kah?” kata Mak Pi yang sedang berdiri dihadapan pintu rumahnya sambil melihat jam didinding. Mak Pi duduk didepan pintu. PSP dikeluarkan dan dia mula bermain Tekken 6 story mode expert version. Pada masa yang sama, Mak Pi juga sibuk menganyam bakul rotan dengan kedua-dua belah kakinya. Sambil bermain PSP dan menganyam bakul, mata Mak Pi juga tertumpu kepada salah satu rancangan di tv yang sedang menayangkan drama korea kegemarannya. Tangan kiri Mak Pi juga sedang sibuk menjahit baju untuk digunakan pada sukan drag minggu hadapan. Semuanya dilakukan dengan serentak, jitu dan juga dengan kepantasan yang mengagumkan.
Sejam telah berlalu. Drama korea di tv baru berakhir. Pada masa yang sama, game Tekken 6 juga sudah habis dimain oleh Mak Pi. Bakul rotan yang dianyam menggunakan kakinya juga sudah siap dianyam. Mak Pi berhenti untuk berehat sambil dia menyandar kepenatan di muka pintu. “Habis dah Tekken ku men” kata Mak Pi sambil dia mencari butang off pada PSPnya. Setelah dipadamkan, Mak Pi membaling PSP itu ke luar rumah. Bakul rotan yang sudah siap dianyam juga ditikam ke arah reban ayamnya yang membuatkan ayam didalam reban terkejut dan merusuh dengan liar dan tak bertamadun. Begitu juga dengan nasib baju yang sudah siap dijahit untuk sukan drag minggu depan. Mak Pi bangun dengan rasa malas. Dia pergi kearah sofa dan berbaring. Dia terlelap disofa akibat kepenatan.
**********
“Nasib baeklah ku kalah tek” kata Riner didalam kereta. Mereka baru saja selesai dengan acara masing-masing di pustaka negeri dan sedang dalam perjalanan balik kekampung. “Pa soklan ditanyak orang tek ner?” tanya Johan pula kepada Riner. “Senang jak soklan nya tek, tapi aku buat-buat sik tauk jak sebab ku takut menang. Nya tanyak semua perkataan yang terdapat dalam muka surat 561 hingga muka surat 600. Dapat aku jawab tapi aku sengaja polah salah” jelas Riner kepada Johan dan Louis. Louis yang sudah habis bertanding masih juga sibuk menghafal sifir tiga dengan matanya tertutup. “Woi, dah habis lah contest. Sik perlu ko hafal gik” kata Riner kepada Louis. Johan yang melihat gelagat rakannya itu hanya mampu ketawa. “Malam tok kita nangga Euro mok? Team pa men malam tok owh?” tanya Johan kepada rakannya. “Malam tok Russia lawan German nak?” kata Riner pula. Louis yang sudah selesai dengan sifir tiganya berkata, “kita nangga kat rumah aku jak. Malam tok kita bbq”. Riner dan Johan bersetuju dengan cadangan Louis.
Mereka sampai dirumah Johan pukul enam petang. “K bro, malam klak jumpa gik” kata Johan sambil dia menghempas pintu kereta. Louis dan Riner pun berlalu pergi dari situ. Johan berjalan menuju kerumahnya. “Praakk!!” Johan berhenti. Dia terkejut apabila melihat PSP kepunyaan ibunya telah pecah dipijak olehnya tanpa dia sedari. ”Adeh. Pahal PSP tok disitok?” kata Johan sambil dia mengambil PSP tersebut. “Gila, nak kan dah pecah skrin. Maka bok jak beli last month” kata Johan lagi sambil dia menggelengkan kepala. Johan membawa PSP itu masuk kerumah. Pintu rumah terbuka dan keadaan didalam rumah gelap. Johan memetik suis lampu dan dia terkejut melihat ibunya sedang tidur nyenyak diatas sofa. “Mak, pahal kitak tido luar tok? Keta dah siap kitak service tek?” tanya Johan sambil dia meletakkan PSP ibunya diatas meja. Mak Pi yang terkejut dengan kehadiran Johan bangun dan berkata “dah. Mak anta g workshop Ah Tat tek suoh sidaknya tuning. Ada mbak tapau tek?” tanya Mak Pi kepada Johan. “Ada kamek mbak tapau tapi tingggal lam keta kawan. Lupak kamek nak ambik kuar” jawab Johan sambil dia tersengih. “Malam tok join kamek orang nangga Euro dirumah Louis la. Ada polah BBQ klak” pelawa Johan kepada ibunya. “Aoklah. Kol bapa jalan? Mak lapar dah tok alu sik makan dari pagi tek” kata Mak Pi. “Kinek tok lah jalan. Ready jak. Nak g shopping lok, then bok agak rumah Louis” terang Johan. Mak Pi terus masuk kebilik untuk bersiap. Johan juga pergi kebilik untuk mandi. Tepat pukul tujuh malam, Johan dan ibunya pergi ke pasar membeli keperluan untuk barbeque. Kemudian mereka pergi kerumah Louis untuk aktiviti BBQ dan menonton perlawanan Euro.

YOU ARE READING
SAKIT KAKI
HumorJohan is the man that has no worries in his life. Together with his friends, Johan is trying to create a world without borders. He can't die and would not be. Join Johan into the world with worst imaginations that can cause your legs to rot. Peace o...