“Kok kok kok kooook!!!” kedengaran bunyi ayam ternakan Mak Pi berkokok. Pagi itu hari kelihatan cerah dan awan-awan putih banyak kelihatan diatas langit dengan pelbagai jenis rupa dan bentuk. Sinaran matahari yang terang menusuk masuk ke celah-celah jendela dan pintu rumah. Johan yang masih tidur diatas lantai tersentak dengan bunyi telefon bimbitnya yang diletak di sebelah telinga kirinya semasa tidur. “Hello” jawab Johan dengan nada baru bangun tidurnya. “Macha, ko masih tido ka? Aku dah on the way g rumah ko tok. Kolok Mee sikda tek so aku tapau canai jak. Dalam duak ploh menet ku sampey” kata Riner kepada Johan. “ok ok, ku kemas rumah lok” kata Johan yang masih lagi dalam kekeliruan. Johan bingkas bangun dan mengemas ruang tamu. Kemudian dia meluru ke bilik tidurnya untuk mandi.
**********
Mak Pi seperti pagi-pagi yang lain akan berada didalam reban ayam ternakannya untuk memberi makan dan kaunseling. Selesai tugasnya bersama ayam-ayam tersebut, dia kembali kerumah untuk mengambil kunci kereta. Sebelum keluar Mak Pi berteriak, “Johan! Mak nak g sekolah lok training men bol. Ko makan masak kedirik jak. Mak balit malam kali” kata Mak Pi sambil mengambil semua peralatan sukannya dan dibawa masuk kedalam kereta. Johan yang sedang mandi menyahut “Ok Mak!!”. Mak Pi mendengar teriakan anaknya itu sambil memasang topi keledar. Dia masuk kedalam kereta dan enjin dihidupkan. Sebelum beredar, Mak Pi membuat dua pusingan 360 darjah dihadapan rumahnya seperti aksi drift. Pusingan tersebut menyebabkan bunyi yang bising akibat geseran dari tayar kereta kancilnya dengan jalan tar. Ayam-ayam ternakan mereka seperti biasa merusuh lagi akibat dari bunyi bising dan asap yang terhasil semasa adegan drift oleh Mak Pi. Selesai saja aksi drift, Mak Pi terus memecut laju kereta kancilnya keluar rumah. Pagar rumah yang belum dibuka oleh Mak Pi hanya mampu dilanggarnya tanpa rasa belas kasihan. Johan yang baru habis mandi tidak sempat melihat ibunya membuat aksi drift. Yang kelihatan cuma kepulan asap dan debu-debu yang berterbangan diudara hasil dari aksi ibunya sebentar tadi serta pagar rumah yang tersadai kaku diatas jalan raya tanpa ada sesiapa datang untuk membantu.
Selepas selesai mandi, Johan kedapur untuk masak air sambil menunggu rakannya Riner datang. iPadnya yang sudah 80 peratus hancur masih dapat memainkan lagu untuk hiburan Johan. Johan melihat jam pada iPadnya yang menunjukkan pukul 8.15 pagi dan kemudian Johan melihat juga jam didinding rumah yang selama lebih dua tahun telah mati menunjukkan pukul tiga. Sambil bernyanyi Johan berkata kepada iPadnya “Sah nak rusak lah iPad ku tok”. Jam pun dah sik betul gik dipadahnya” kata Johan sambil mencari aplikasi yang masih berguna didalam iPadnya itu. Kira-kira sepuluh minit kemudian, kedengaran bunyi motosikal masuk ke halaman rumah Johan. Johan bangun dan melihat keluar rumah. “Masok Riner! Aku gik masak aek key polah kopi tok” teriak Johan kepada Riner. Riner masuk kerumah membawa masuk bungkusan makanan yang dibelinya dari kedai makan.
“Kontot sik ekot ko tek?” tanya Johan kepada Riner. Sambil duduk Riner menjawab “nya ada ngekot training men bol di sekolah ritok. Tadik time g sitok ada ku nangga mak ko drive nang laju. G siney mak ko?” tanya Riner pula kepada Johan. “Mak ku pun g training men bol kat sekolah katanya tek. Malam bok nya balit”. Nasib ko ada tapau lebih. Sik perlu lah masak lunch klak” kata Johan sambil ketawa kecil. Riner yang sedang sibuk melayari internet melalui telefon bimbitnya seperti tidak hiraukan kata-kata dari Johan. Setelah membancuh kopi, Johan mempelawa Riner sarapan. Selesai sarapan, mereka pergi ke ruang tamu untuk memulakan perlawanan bola sepak seperti yang telah dijanjikan pada hari sebelumnya.
“Dah practice ko malam tadik?” tanya Riner kepada Johan dengan nada bongkak. “Celen lok bok tauk” jawab Johan pula seperti tidak mahu mengalah. Mereka duduk dan mula bermain permainan Xbox sehingga hari petang.

YOU ARE READING
SAKIT KAKI
HumorJohan is the man that has no worries in his life. Together with his friends, Johan is trying to create a world without borders. He can't die and would not be. Join Johan into the world with worst imaginations that can cause your legs to rot. Peace o...