BAB EMPAT

142 0 0
                                    

Uncle John melihat jam ditangannya sambil melihat kearah reban ayam. Mak Pi berada di dalam reban untuk memberi makan dan kaunseling kepada ayam-ayam ternakannya. “Pi, kamek g sematan pagi tok nak ngambik Johan lok. Kelak petang bok balit.” Mak Pi dari dalam reban ayamnya menyahut “aoklah. Boleh ngirum meli nombor sik? Klak meses. Sikda masa tok masih merik manok kaunseling”. Uncle John memberi isyarat tangan dan berkata “no hal ya. Mensek nya?”. Uncle John menghidupkan enjin kereta kebalnya dan dia terus berlalu pergi.

**********

Johan sudah sampai di sematan. Dia pergi ke sebuah kedai makan untuk sarapan. Sampai di kedai dia duduk. “Minum apa kitak jang?” tanya Jaimah, pengusaha kedai makanan dan minuman tersebut. “kamek mok teh o panas. Mee kolok sigek kak.” Kata Johan sambil menunjuk isyarat satu dengan tangannya. Johan menunggu sambil menyanyikan lagu kegemarannya “freestylo, lak ko mai kro fon! Freestylo, lak ko lak ko mai kro fon!”. Sambil menyanyi Johan melihat sekeliling kedai. Tidak jauh dari tempat dia duduk, kelihatan seorang pemuda yang baru datang bersama seekor anjing peliharaanya. Johan sedikit terkejut kerana dia mengenali orang itu. “Riner! Pa polah ko sitok? Asuk ko ya ka? Pa namanya?” tanya johan kepada pemuda yang baru sampai tadi. “Aok. Namanya kontot. Ku datang sitok jalan-jalan jak release tension. Ko apa polah di sematan tok?. Bukan marek ko padah nak g airport ka jual buah?” tanya Riner. Anjingnya Kontot duduk dengan posisi santai di tepi meja sambil membaca surat khabar yang baru dibeli oleh Riner. Sambil makan Johan berkata “ku bok balit dari Australia tek jalan kaki dari sinun. Ku jual buah dalam belon, tapi belon ya sik madah nya dah mok terbang. Ekot jak lah ku tek. Sampey sinun terus ku jalan kaki balit sitok”. Riner dengan muka berkerut berasa hairan dengan jawapan Johan dan dia terus bertanya lagi, “camney ko mok balit kuching lah? Jalan kaki juak ka?” tanya Riner sambil makan Mee Kolok juga. “Siklah, uncle ku ambik ku klak. Sik lamak gik nya datang” kata Johan.

Selesai Johan makan, dia melihat lagi sekeliling dan sekali lagi terkejut apabila melihat anjing peliharaan Riner, kontot makan. “Riner, asuk ko makan key tangan ka? Pandeynya owh? Makan nasik lemak gik ya”. Riner yang sedang membaca surat khabar melihat seketika gelagat anjingnya dan kemudian berkata, “aoklah. Nya dolok ada sekolah bah. Aku datang sitok tadikpun nya yang drive”. Johan kelihatan sedikit kagum dengan jawapan Riner sambil dia terus melihat gelagat kontot makan dengan kaki hadapannya. Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi kenderaan yang bising dari jauh. Makin lama makin bising dan keadaan bumi terasa bergegar. Semua orang didalam kedai makan Jaimah panik seketika. Ada pelanggan yang terus bangun dari duduk dan berlari sambil makan. Ada juga yang berasa bimbang dan takut terus terjun ke dalam laut yang berdekatan. Semuanya tidak tentu arah akibat bunyi bising dan gegaran kuat yang terjadi.

Tidak lama kemudian, kelihatan sebuah kereta kebal yang besar melimpas di hadapan kedai makanan Jaimah dan terus berhenti. Enjin dimatikan dan turun seorang lelaki. “Uncle! Sitok uncle! Jerit Johan dari dalam kedai”. Uncle John berjalan sambil senyum dan melihat sekeliling. Dia duduk dihadapan Johan. “Bapa oleh ko nyual rian marek?” tanyanya kepada Johan selepas duduk. “Suma marek limak atus inggit. Buah rian ada duak ploh igek jak marek. Kamek jual duak ploh inggit sigek. Kakya petai kamek lego jak sebakol ya satus inggit” terang Johan kepada pakciknya sambil mengeluarkan duit hasil jualan buahnya semalam. “Oklah ya. Nah tok ambik kawu” kata uncle John sambil menghulurkan sekeping wang RM50 kepada Johan. Muka Johan tampak riang sambil berkata “Thank You sir. Nak g siney pas tok uncle?”. “Pas tok kita agak lundu nak meli nombor mak ko dolok. Pas ya balit umah jak. Petang klak uncle ada training nembak burong key keta kebal ngan dak askar dikuching” kata Uncle John sambil menghisap rokok daunnya. Johan mengangguk saja tanda faham.

Selepas selesai makan dan membayar, Johan dan pakciknya pun berangkat dan menuju kearah kereta kebal. “Riner, aku jalan lok. Ada masa esok ko agak umahlah. Celen Fifa twelve” kata Johan kepada Riner. Riner sambil berdiri berkata “baiklah. Training jak ko dolok malam tok sampai ko terer sak ko sik malu dikalahkan lagik. Sikda feel la lawan dengan team sayur-sayuran. Mala jak aku yang menang”. Johan dari atas kereta kebal melihat kearah Riner sambil memberi isyarat ok dan berkata “isok ko tapau kolok mee ngan aku. Call dolok before ko datang rumah”. Riner juga memberi isyarat ok kepada Johan. Si Kontot yang sudah habis makan dan minum juga bangun dan melambai-lambai kepada Johan seperti mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Enjin kereta kebal dihidupkan. Sekali lagi kedai makan Jaimah bergegar dan orang ramai didalam kedai kembali panik. Ada yang terus bangun dan berlari sambil membawa makanan dan ada juga yang terus terjun ke dalam laut sambil menjerit keriangan.

Selepas melihat kereta kebal berlalu pergi, Riner pun berkata kepada kontot, “malam tok sik jadi men badminton. Esok ada perlawanan lebih penting. Malam tok mesti practice” kata Riner kepada kontot. “Woof, woff” jawab si kontot sambil melibas ekornya ke kiri dan ke kanan dengan kelajuan dua ratus kilometer sejam. Selepas selesai membayar, Riner dan kontot pun berlalu pergi dari kedai makan Jaimah dan mereka kembalilah ke pangkal jalan.

SAKIT KAKIWhere stories live. Discover now