BAB TUJUH BELAS

148 0 0
                                    

“Bye bye bye, pulang selamat. Taman tasik jumpa lagi” kata Shinchan sambil melambai-lambai kearah Kazama dan yang lain. Johan mengikut Shinchan pulang kerana dia tidak tahu hendak pergi kemana. Dalam perjalanan, Shinchan bernyanyi sambil menggoyangkan punggungnya, “hari ini tahi seronok sekali bermain bersama kawan. Marilah kita balik membakar rumah”. Johan yang mendengar Shinchan menyanyi tiba-tiba menyampuk “Shinchan, bukan tahi tapi hati. Kita balik kearah rumah. Bukan membakar rumah”. Shinchan mengangguk tanda faham dan kemudian dia menyanyi lagi, “ibu masak kaki yang lazat dimakan. Dalam mesin basuh ada seluar dalam. Ho ho ho oi”. Dalam diam Johan berkata “nang gila miak tok. Orang masak karilah bongok. Key pa masak kaki?”. Mereka terus berjalan hingga sampai ditempat kediaman Shinchan.

“Jemputlah masuk. Inilah kandang saya. Didalam ada seekor harimau betina yang garang dan terlebih berat” pelawa Shinchan kepada Johan. Ibu Shinchan sudah menunggu mereka didepan pintu sambil tersenyum, “selamat datang. Jemputlah masuk. Buat macam rumah sendiri ye” kata ibu Shinchan iaitu Puan Nohara dengan mesra. Shinchan pun mempelawa Johan masuk, “ye ye masuklah, buat macam kandang sendiri. Masuklah, jalan dulu-dulu” katanya sambil membuka kasut. “Bukan jalan dulu-dululah, jangan malu-malu!” kata Puan Nohara pula sambil dia mengetuk kepala Shinchan. Johan akan tinggal bersama dengan keluarga Nohara bermula dari malam itu.

Setelah membersihkan diri, Johan pun menyertai keluarga Nohara untuk makan malam. “Itadakimasuu!!!” kata Shinchan. Dia terus makan sambil menyanyi, “lazatnya kaki dimasak mama. Nasi dan ikan dibuat menjadi teksi. Ibu Shinchan yang mendengar nyanyian Shinchan berkata, “bukan kakilah Shinchan tapi kari. Nasi dan ikan yang mama buat bukan menjadi teksi tetapi sushiiii” kata Puan Nohara sambil mengetuk kepala Shinchan dengan periuk nasi yang panas. “Sudahlah tu. Makan je. Ada tetamu ni tak malu ke?” kata bapa Shinchan pula iaitu Encik Nohara.  Johan hanya tunduk malu melihat gelagat keluarga barunya itu. Mereka makan dalam keadaan yang tidak tenteram.

Selesai makan malam, Johan menyertai keluarga Nohara di ruang tamu. Mereka sedang berehat sambil menonton tv. “Marilah duduk” kata Encik Nohara kepada Johan. Shinchan yang sedang sibuk menyiapkan kerja sekolah sambil ditemani anjingnya iaitu Shiro. Johan yang melihat gelagat Shinchan dan Shiro telah mengigatkan dia kepada kawannya iaitu Riner dan juga anjingnya Kontot. “Apa Shiro buat?” tanya Johan kepada Shinchan yang sedang sibuk mewarna kerja sekolahnya. “Owh Shiro sedang mendorong saya mewarna” kata Shinchan sambil menyanyi. “Bukan mendorong tapi menolonglah Shinchan” kata Encik Nohara pula kepada anaknya. Johan yang kagum melihat kehebatan Shiro berkata lagi, “saya ada kawan yang ada anjing seperti Shiro. Namanya Kontot dan dia pandai membaca surat khabar. Shiro pun anjing yang hebat” kata Johan pula sambil tersenyum. “Ya Shiro memang sejenis pancing yang hebat. Dia pandai mengoyakkan surat khabar dan juga dia pernah mengubati penyakit taun saya minggu depan” kata Shinchan pula. “Shiro bukan pancing tetapi anjing!” kata ibu Shinchan pula sambil berehat dan minum teh hijau yang panas. Tepat pukul sepuluh malam, keluarga Nohara pun bersiap untuk tidur. Johan telah disediakan bilik tidur dan Shinchan akan tidur bersamanya. “Selamat jalan” ucap Shinchan kepada Johan. “Ya selamat malam Shinchan. Esok kita sambung cerita lagi” kata Johan pula. Lampu bilik ditutup dan mereka pun tidur.  

SAKIT KAKITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang