“Pahal bising ilak di luar ya?” tanya Johan kehairanan sambil dia menyikat rambutnya. Setelah selesai menyiapkan diri, Johan keluar dari bilik untuk kepastian. Dia menuju ke pintu depan dan melihat Mak Pi sedang sibuk membaiki kereta kancilnya. Johan duduk ditangga dan berkata, “pa hal keta ya mak? Rusak ka?” tanya Johan kepada Mak Pi. “sikda rusak, mak cuma service jak. Nak tambah turbo gik lam tok. Next week ada drag di ujong kampong” terang Mak Pi kepada Johan. Johan hanya mengangguk saja. “Ko sikda kluar ritok?” tanya Mak Pi kepada Johan. “Mungkin nak g pustaka negeri. Ritok ada event kat sia,” jawab Johan ringkas. “Event apa?” tanya Mak Pi lagi. “Pertandingan hafal sifir. Kakya ada aktiviti hafal kamus dewan. Kamek ngan kawan ada register last week” terang Johan sambil dia bermain Ipad. “Apa la prize kitak orang dapat?” tanya Mak Pi lagi. “Mun menang, dak Pustaka akan ambik mek orang bertanding kat Jamaica. Sapa kalah kat Jamaica terus sik pat balit sitok gik” terang Johan kepada ibunya.
Sedang asyik berbual, tiba-tiba datang sebuah kereta masuk kedalam rumah. “Louis dah sampey” kata Johan sambil dia terus berdiri dan melompat ke bawah. “Kamek jalan lok mak” kata Johan kepada Mak Pi. “Aok. Mun ada makan-makan time event ya, tolong tapau ngan mak klak” jawab Mak Pi. “Okeh!” teriak Johan sambil dia masuk kedalam kereta. Pintu ditutup dan mereka pun pergi meninggalkan rumah dan menuju ke Pustaka Negeri.
Dalam perjalanan, semua orang kelihatan sangat sibuk. Louis yang sedang memandu pada masa yang sama juga sedang giat menghafal sifir tujuh dengan matanya tertutup. Riner dengan cermin mata gelapnya sedang tekun menelaah kamus dewan edisi ke-10 sambil memasak mi maggi kari didalam kereta. Johan pula yang duduk di kerusi belakang sedang sibuk menjahit kasutnya yang telah koyak teruk setelah digunakan oleh ibunya semasa berlatih bermain bola tempoh hari. Keadaan menjadi lebih cemas apabila Louis dan Riner menghafal sifir dan kamus mereka dengan suara yang tinggi dan bising. Pada masa yang sama juga, radio didalam kereta sedang mendendangkan lagu heavy metal dari kumpulan system of a down. Louis yang masih lagi menghafal sifir tiga puluh mula kelihatan seperti dirasuk oleh mambang tanah dan dia menggoyangkan kepalanya dengan kuat seperti aksi head banging ala rock kapak. Riner juga mempamerkan aksi yang sama sambil meminum kuah mi maggi karinya. Johan juga menjadi separa gila dengan menghentakkan kasutnya kesekeliling kereta rakannya itu sambil dia melompat-lompat dan menjerit seperti aksi zombie kampung pisang.
Mereka sampai di Pustaka Negeri pukul sepuluh pagi. Orang ramai yang datang kelihatan bersemangat untuk acara yang akan dipertandingkan pada hari tersebut. Johan dan rakan-rakannya yang masih lagi aktif dengan aktiviti paranormal mereka kini sedang sibuk mencari parking kereta pula. “Siney nak parking tok bro?” tanya Louis. “Parking kat mana-mana jak lah yang ada ruang kosong”, kata Riner pula sambil dia menghabiskan kuah mi magginya. Johan yang sudah siap menjahit kasutnya berkata, “parking jak ko dalam parit besar ya bro. Time balit klak mintak tolong orang la tarit balit keta tok. Rami orang sitok bah”. Louis tanpa berkata apa-apa terus memecut laju keretanya kearah sebuah longkang besar yang dalamnya lebih sepuluh kaki. “Duuuoomm!!” bunyi yang kuat terhasil akibat kereta jatuh kedalam longkang. “okeh bro, juh kluar cepat. Nak register gik tok ambik nombor awal” kata Louis kepada Johan dan Riner sambil dia mematikan enjin kereta dan membuka pintu. “Adeh sakit palak ku kenak dashboard tok. Gila na parking cam tok. Hilang dah segala ilmu yang aku hafal dari marek” kata Riner pula sambil memegang dahinya yang lebam. “Sik hal ya. Balit klak atornya” kata Johan pula sambil dia menahan tangannya yang sakit akibat terseliuh semasa kereta jatuh kedalam longkang tadi. Mereka keluar dari kereta dan menuju ke pustaka dengan menahan kesakitan yang teramat sangat. Orang ramai yang berada disekitar mereka hanya mampu melihat dengan muka yang hairan dan ada juga yang pengsan akibat terkejut.
Setelah selesai mendaftar dan mengambil nombor, Johan dan rakannya pergi ke kantin di dalam pustaka untuk sarapan. “bapa nombor ko dapat tek bro?” tanya Johan kepada Louis. Louis yang masih lagi tekun menghafal sifir enam puluh dengan matanya tertutup rapat dan hidungnya berdarah menunjukkan nombor gilirannya kepada Johan dan Riner. “Gila apa ko dapat nombor 12,000 ya. Banyak na jak orang contest hafal sifir tok? Pukul bapa ndak kita tok balit klak?” kata Riner bimbang sambil dia meletakkan ketulan ais diatas dahinya yang lebam dan kebiruan. “Ko tek ner dapat nombor bapa lah?” tanya Johan kepada Riner pula. “Aku dapat nombor duak. Cuma ada tiga orang jak yang contest hafal kamus dewan termasuk aku. Sik mok ku menang takut kenak mbak g Jamaica klak” jelas Riner sambil mengerang kesakitan. “Sikpa, Jamaica ya sik jauh. Jalan kaki ko boleh balit sitok gik” kata Johan pula sambil ketawa kecil. Riner hanya mampu tersenyum sambil menahan sakit. “Ko tek sik ambik nombor ka?” tanya Riner pula kepada Johan. “Sikda. Ku lupak mbak IC ku tek. Mak ku ari ya pinjam pakey nya ambik form BR1M kat rumah penghulu” jelas Johan kepada Riner. Selesai sarapan, mereka pun pergi ke tempat pertandingan masing-masing bersama-sama dengan peserta-peserta yang lain juga.

YOU ARE READING
SAKIT KAKI
HumorJohan is the man that has no worries in his life. Together with his friends, Johan is trying to create a world without borders. He can't die and would not be. Join Johan into the world with worst imaginations that can cause your legs to rot. Peace o...