BAB TIGA

143 0 0
                                    

Mak Pi sedang duduk di pintu depan rumah sambil melihat jam tangannya. Keadaan diluar sudah gelap. “Kol lapan dah tok alu lom balit gik dak duak ya. Jangan jak dak nya lepak di batu tiga nangga men bol terus” kata Mak Pi sendirian sambil dia makan kuaci. Selang beberapa minit, kedengaran bunyi bising di jalan raya depan rumah mereka. “panjang umo” ujar Mak Pi didalam hati. Sekali lagi bunyi bising dari kereta kebal Uncle John membuatkan ayam-ayam ternakan Mak Pi merusuh lagi.

Mak Pi hairan kerana hanya melihat Uncle John sahaja yang keluar dari kenderaan besar itu. Sambil berdiri Mak Pi bertanya “Johan sik balit dengan kitak tek?”. Uncle John yang kelihatan sedikit kepenatan duduk di tangga rumah sambil mengelap peluh yang membasahi mukanya, “Johan dah kenak mbak belon cigek ya terbang tek. Salahnya juak sik nangga schedule belon ya terbang kol bapa. Keluar jak dari keta, mbak nya seguni rian ngan sebakul petai, terusnya berekot ngagak belon sebuah ya. Masok jaknya dalam ya, pintu belon alu tutup. Alu terbang belon ya” jelas Uncle John sambil bermain iPad Johan yang telah pecah skrin. “ke siney lah tuju belon ya terbang” tanya Mak Pi dengan nada yang risau. “Australia” jawab Uncle John selamba. Mak Pi bertanya lagi kerana masih tidak berpuas hati dengan jawapan Uncle John, “kitak kenak lah sik nahan Johan time ya?”. “kamek tengah ncarik parking time ya, sikda masa nak nangga schedule belon ya terbang kol bapa. Pas parking bok kamek agak counter nangga”.

Mak Pi tidak bercakap lagi. Dia bangun dan menuju kearah tv dan bermain permainan video Xbox. Uncle John yang leka bermain iPad tidak juga kelihatan risau dengan apa yang terjadi terhadap Johan sewaktu berjual di airport tadi. “Datoknya tek dah datang lom?” teriak Uncle John dari luar rumah. “udah kali, ada bunyi periok didapur nun” ujar Mak Pi selamba sambil dia terus bermain permainan video. Uncle John yang masih kepenatan bangkit dari duduk dan menuju ke dapur. iPad Johan dicampakkan ke tanah sekali lagi. Sampai didapur, uncle John memberi salam dan terus duduk dan makan sambil berbual-bual seorang diri.

Sewaktu menjamu selera, telefon bimbit uncle John berdering. “hallo! Sapa tok kah?” tanya uncle John sambil terus makan. “Johan tok uncle, kitak siney tok? Kamek sesat di Australia tok uncle. Boleh padah ngan mak suohnya ngirum duit tambang key balit kuching sik? Duit rian ngan petai tek sik cukup. Mun mbak duak guni gik tek dapat mek meli tiket balit” kata Johan yang sudah selamat sampai di Australia. Uncle John menjawab “sik perlu ko balit key belon, jalan kaki jak ko balit. Sik jauh ney Australia ya ngan Kuching tok” katanya sambil ketawa. “Aoklah uncle, isok kitak ngambik mek kat pantey sematan k. kamek dah jalan tok. Kira pagi isok kol Sembilan kamek sampey sematan” kata Johan sambil ketawa juga. “OK” jawab uncle John selamba dan terus dimatikan telefon bimbitnya. Dia kemudian menyambung kembali aktiviti makannya sambil bercakap dan ketawa seorang diri seperti ada orang lain bersamanya.

SAKIT KAKIWhere stories live. Discover now