BAB LAPAN BELAS

147 2 0
                                        

“Hoi hoi oi. Pagi-pagi si katak merompak. Merompak tinggi dalam kolam”. Shinchan yang sudah bersiap untuk pergi kesekolah menyanyi sambil memakai kostum katak hijau. Johan yang terkejut dengan nyanyian Shinchan terbangun dari tidur dan dia terkejut apabila melihat seekor katak yang besar sedang menari punggung dihadapannya. “Owh Johan sudah balik dari tidur. Mari Johan merompak bersama katak hijau” kata Shinchan sambil dia terus menyanyi. Johan bingkas bangun dan mula mengikut rentak tarian punggung Shinchan. Selesai menari, Johan pergi kebilik mandi untuk bersiap. Kemudian, Johan pergi bersarapan bersama keluarga Nohara.

“Johan mari sarapan cepat. Pagi ni boleh tak tolong saya hantar Shinchan kesekolah sebab dia dah ketinggalan bas. Nanti awak gunalah basikal saya” kata Puan Nohara kepada Johan. “Saya ketinggalan bas sebab mama berdengkur lebih kuat dari loceng jam. Mama telah menyebabkan pencemaran rumah” kata Shinchan sambil menghirup sup yang panas. Puan Nohara yang sedar dia telah diperli bangun dan menyimbah Shinchan dengan sup yang panas. Kemudian Puan Nohara seperti biasa mengetuk kepala anaknya dengan kuat sehingga keluar tiga benjolan dikepala. “Aaaahh habislah. Kulit katak saya sudah basah dikencing harimau betina. Macam mana saya nak merompak disekolah nanti?” kata Shinchan pula. “Sudahlah! Kenapa pula awak nak merompak di sekolah. Tak baik nanti akan masuk penjara” kata ibu Shinchan pula. Johan hanya berdiam saja sambil menghabiskan sarapannya.

Selesai bersarapan, Johan pun pergi mengambil basikal kepunyaan Puan Nohara. “Shinchan cepat pakai kasut sekolah awak. Kita dah lambat ni” kata Johan kepada Shinchan. “Kalau katak pakai kasut, macam mana dia nak merompak nanti?” tanya Shinchan pula. “Nang gilalah family tok. Nang kejam” kata Johan pula didalam hatinya. “Tak apa. Cepat naik basikal. Saya akan hantar awak kesekolah” teriak Johan kepada Shinchan. “Ya katak hijau datang dengan aksi merompak menggunakan punggung!!”. Shinchan melompat dan duduk diatas kepala Johan. Mereka pun bergegas pergi kesekolah Shinchan iaitu Tadika Kasukabe.

Mereka sampai di Tadika Kasukabe seminit sebelum kelas bermula. “Shinchan masuk kelas cepat. Masih ada masa lagi” kata Johan kepada Shinchan. “Ya katak akan merompak hingga ke sekolah. Selamat malam Johan. Lagi jumpa” kata Shinchan dan dia terus melompat pergi kearah sekolahnya. Johan yang masih lagi kepenatan kerana mengayuh basikal dengan laju terus duduk dan berehat dihadapan Tadika Kasukabe. Dia kemudian tertidur dihadapan tadika tanpa sedarkan diri.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jun 27, 2012 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

SAKIT KAKITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang