Hari sudah pagi. Seperti biasa, Mak Pi akan menghabiskan masa depannya dengan bermesra bersama ayam ternakannya direban. Johan yang baru selesai mandi keluar sambil menjenguk langit. Hari begitu cerah. Johan senyum sambil berkata “yes, dapatlah ngail ritok”. Dia kembali kedalam rumah dan mencapai telefon bimbitnya. “Macha, kol bapa mancing klak? Boh akher takut ari hujan”. Selesai telefon, Johan pun menyiapkan segala kelengkapan memancingnya. Mak Pi yang baru balik dari reban ayam melihat Johan begitu sibuk diruang tamu. “Nak ke siney ko klak Johan?” tanya Mak Pi. “kamek nak g ngail lok mak. Lamak dah sik ngail. Ney tauk ada nasib dapat kita makan udang malam klak” jelas Johan kepada Mak Pi sambil senyum. “Bah bait-bait time ngail. Mulut jangan celupar ilak” pesan Mak Pi kepada Johan. Johan mengangguk sambil meneruskan aktivitinya.
Lebih kurang pukul Sembilan pagi, datang sebuah kereta Myvi. Johan yang menunggu diluar rumah terus meluru kearah kereta tersebut dan membawa semua kelengkapan memancingnya. Louis dan Riner yang berada didalam kereta keluar. Louis membuka bonet keretanya. Johan terkejut apabila melihat kedalam bonet kereta Louis. “Apa nama tok pok? Pakey ko apa bom ya?” kata Johan dengan nada terkejut sambil melihat sebiji bom yang besar berada didalam kereta Louis. “Tok klak pakey kita ngebom ikan lah. Pancing ya klak pakey kita eksen-eksen jak” kata Louis sambil ketawa. “Gila ko nak?” kata Johan lagi dengan nada terkejut. Selesai menyimpan semua kelengkapan memancing, mereka pun bertolak.
“siney nak ngail tok?” tanya Louis kepada Johan. “Mun mok dekat kita g langkawi jak. Sia banyak ikan. Sik rugi ko embak bom ya tek” terang Johan kepada Louis dan Riner. Louis menjawab dengan nada tinggi “gila apa nak g Langkawi mancing. Ko ingat keta ku tok dapat transform jadi kapal selam ka?. Johan dan Riner hanya mampu ketawa. “Mun cam ya bagus kita g bako jak. Sia pun ok mun mok manicng” Jelas Johan lagi. “Ok set” kata Louis. Mereka sampai di bako sebelum tengah hari. Tanpa membuang masa mereka mengeluarkan segala kelengkapan memancing termasuk bom yang dibawa oleh Louis. Mereka memulakan aktiviti memancing di jeti yang berdekatan. Orang ramai yang berada dikawasan jeti berasa terkejut kerana melihat Louis sedang memikul sebiji bom yang besar dibahunya. Ada yang terkejut terus menerjunkan diri kedalam air laut. Semua kaki pancing yang datang lebih awal terus mengemas semua peralatan mereka dan kemudian mereka pun turut serta terjun kedalam laut kerana ketakutan.
Setelah mencari tempat yang sesuai, Johan dan rakannya memulakan aktiviti memancing. Sambil menunggu pancing mereka dimakan ikan, Louis mengeluarkan peralatan bermain holo. “Juh sapa mok maen holo. Boring nunggu ikan”. “Gila apa main holo kat tempat awam cam tok” kata Riner sambil ketawa. “Ku on jak” kata Johan pula. “Aoklah, aoklah” kata Riner sambil dia menggelengkan kepalanya. Mereka bermain holo sambil memancing hingga hari bertukar malam.
Sedang asyik bermain, Johan melihat jam tangannya, “adeh, dah kol sepuloh tok. Balit gik. Gila main holo sik sedar dunia dah gelap. Tanpa rasa segan silu Louis dan Riner terus bangkit dan menuju kearah kereta. Segala kelengkapan memancing dan permainan holo ditinggalkan begitu saja. Mereka sampai dirumah Johan pada tengah malam. “Esok apa plan kita?” tanya Johan kepada Louis. “Esok kita plan, ku pun sik tauk mok polah apa” jawab Louis. “Bukan esok kita pergi pustaka ka? Kan ada tournament esok?” kata Riner pula. “Aoklah. Nasib ko masih ingat tek ner” kata Johan. “Bah oklah mun cam ya esok jak jumpa. Malam tok hafalkan apa yang patut. Ok chow lok bro” kata Johan sambil dia menutup pintu kereta. Johan berjalan menuju kerumah. Lampu di ruang tamu masih lagi terbuka. “Mak lom tido gik ka?” tanya Johan sendirian.
Sampai didepan pintu Johan melihat kearah ruang tamu. Dia melihat Mak Pi sedang asyik leka bermain Xbox sehingga tidak perasan ada orang datang. Johan menuju kearah ibunya dan memberi salam. Mak Pi yang sedang leka bermain Xbox berhenti seketika sambil memandang Johan dan berkata, “ney hasil oleh ko ngail? Banyak udang sik?” tanya Mak Pi. Johan dengan selamba menjawab, “sikda oleh pa-pa tek mak. Sampey sinun mekorang men holo jak”. Mak Pi yang tidak merasa sedikit hairan dengan jawapan anaknya itu kembali menyambung permainan Xboxnya. Johan yang berasa amat letih masuk kebiliknya untuk mandi dan berehat. Selesai mandi, Johan terus baring diatas katilnya. Ipad dikeluarkan dan Johan melayari internet sehingga dia tidak sedarkan diri dan tidur.
Mak Pi yang masih berada diruang tamu melihat jam didinding. “Bah lah, kol tiga dah jam. Tido gik. Esok ada aktiviti lasak gik” kata Mak Pi sambil dia berdiri. Beliau menutup semua suis diruang tamu rumah. Lampu ditutup dan Mak Pi pergi kebilik tidurnya untuk berehat.
YOU ARE READING
SAKIT KAKI
HumorJohan is the man that has no worries in his life. Together with his friends, Johan is trying to create a world without borders. He can't die and would not be. Join Johan into the world with worst imaginations that can cause your legs to rot. Peace o...